SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE (888236) NURHASANAH CHE MAT KAWASAN PUTRAJAYA, CYBERJAYA, DENGKIL, BANTING, NILAI DAN BBST

Monday 31 December 2012

MASALAH ANAK DEGIL, NAKAL DAN TAK MENDENGAR KATA

Secara fitrahnya semua ibu bapa mahukan anak-anak yang menghormati ibu bapa, mentaati hukum agama, sentiasa menjauhi maksiat serta tidak terjebak dengan gejala sosial.

Pengalaman penulis di Darussyifa’ sering bertemu dengan ibu bapa yang mengadu tentang anak-anak mereka yang terjebak dengan gejala sosial seperti anak-anak yang lari dari rumah, bergaul dengan remaja yang rosak akhlak, berzina, menagih dadah, melawan ibu-bapa, kasar serta biadab dengan ibu bapa dan seumpamanya.

Ibu bapa yang datang ke Darussyifa’ ini meminta perawat mengikhtiarkan sesuatu supaya anak-anak mereka boleh dipulihkan. Di antara yang biasa dilakukan oleh perawat ialah membaca doa-doa tertentu pada air seperti Surah al-Fatihah, Doa Pelembut Hati (Surah Taha ayat 1 hingga 5), Selawat Syifa’, Selawat Tafrijiyah, Doa Menghindar Maksiat (Surah al-Mu’min ayat 3) dan beberapa doa-doa yang lain. Air yang telah dibacakan dengan doa ini diberi minum kepada anak-anak yang bermasalah ini juga dibuat bilasan mandi.

Salah satu ikhtiar yang sangat mujarab bagi mengatasi anak-anak yang suka melawan ibu-bapa ialah dengan memberi minum anak-anak ini dengan air tadahan lebihan wuduk ibu-bapa. Caranya seperti berikut;

1. Ibu dan bapa terlebih dahulu membersihkan semua anggota wuduk dengan sabun. Anggota-anggota wuduk ini termasuk yang rukun dan sunat iaitu mulut, hidung, muka, kedua tangan, kepala, kedua-dua telinga dan kaki hingga buku lali.

2. Setelah dibersihkan anggota-anggota wuduk tersebut, gunakan air minuman atau air mineral untuk mengambil wuduk.

3. Cara yang mudah, duduk di atas kerusi dan letakkan baldi di bahagian antara kedua belah kaki. Biar isteri tolong menuangkan air untuk mengambil wuduk.

4. Membasuh semua anggota wuduk tiga kali. Mulakan dengan membaca bismillah. Basuh kedua belah tapak tangan diikuti dengan berkumur-kumur, membersihkan hidung. Pastikan air yang telah digunakan untuk membasuh tapak tangan dan berkumur-kumur masuk ke dalam baldi.

5. Berniat mengambil wuduk diikuti membasuh muka, seterusnya membasuh kedua tangan hingga ke siku, menyapu sedikit air di bahagian kepala, membasuh telinga dan akhir sekali membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali.

6. Setelah suami selesai, isteri pula mengambil wuduk dengan cara yang sama manakala suami pula yang membantu menuangkan air.

7. Setelah selesai, air lebihan wuduk yang terkumpul di dalam baldi tersebut dicampurkan dengan air biasa.

8. Beri minum air tersebut kepada Mandikan anak-anak yang bermasalah dengan air tersebut. Insya’Allah dia akan menjadi anak yang patuh kepada kedua ibu-bapanya.

Last but not least, sebagai langkah pencegahan awal, sebelum bersama baca doa :
'Allahuma jannibnassyaiton, wa jannabissyaiton.'

Yang mana maksudnya "Ya Allah, jauhkan syaitan daripada kami dan jauhkan syaitan daripada anak yang akan Engkau anugerahkan kepada kami"

Moga kita diberikan zuriat yang bakal membahagiakan kita dunia akhirat.. Amin ya Rabbal Alamin

KENAPA KITA PERLUKAN MULTIVITAMIN?

Ada sesetengah orang berkata yang berkata kenapa perlukan supplement? Sedangkan kita boleh dapatkan semua sumber vitamin dan mineral yang diperlukan untuk menampung keperluan tubuh melalui pemakanan harian. Betul ke macam tu? Jom kita baca sikit kenapa kita perlukan vitamin yang mencukupi pada badan..




Peningkatan taraf hidup dan ekonomi menyebabkan berlakunya lambakan makanan. Jadi, mendapatkan keperluan nutrien sepatutnya tidak menjadi masalah besar. Namun, menjalani kehidupan sehari-hari yang sibuk menyebabkan hal berkaitan penjagaan kesihatan dan kesempurnaan pemakanan terabai.

Mungkin ada di kalangan kita cuba mendapatkan makanan yang berkualiti dan terbaik di celah kesibukan menguruskan kehidupan harian tetapi percayalah anda sebenarnya masih gagal menjaga pemakanan dengan sempurna.

Kebanyakan orang tahu pemakanan yang kaya dengan vitamin dan mineral seimbang sangat bermanfaat untuk kesihatan. Pun begitu, hal ini sering diabaikan. Oleh sebab itu, anda perlulah berubah sikap. Tabiat pengambilan suplemen vitamin dan mineral boleh membantu mengatasi masalah ini. Tambahan pula suplemen multivitamin yang diambil setiap hari boleh menyediakan seribu satu kebaikan dalam jangka masa panjang dalam menampung keperluan zat pemakanan yang tentunya kurang dalam pemakanan anda.

Multivitamin penting untuk tubuh
Perlu diketahui bahawa seiring dengan peningkatan usia, keperluan nutrien juga turut berubah. Kajian menunjukkan bahawa walau pun individu tersebut mengamalkan pemakanan sihat penuh dengan vitamin dan mineral, keperluan tersebut tidak mampu menampung keperluan tubuh terutama sekali di dalam kesibukan dan keadaan individu itu sendiri. Maka multivitamin harian memainkan fungsinya dengan memberikan pelbagai manfaat kepada tubuh.
Secara umum, suplemen multivitamin dapat membantu dari segi:
Menjaga kesihatan jantung.
  • Meningkatkan tahap tenaga
  • Meningkatkan sistem imun tubuh
  • Menguatkan tulang
  • Kesihatan mata dan penglihatan
  • Menjaga kualiti kulit sihat
Zat pemakanan memainkan peranan penting dalam meningkatkan mutu kesihatan. Selain menampung kekurangan vitamin pada tubuh, bahan tambahan ini juga bertindak sebagai merawat penyakit yang berkaitan dengan kekurangan vitamin dan mineral. Antara indivitu yang digalakkan mengambil multivitamin ialah
  • Wanita hamil dan menyusu anak
  • Pengamal diet yoyo
  • Perokok
  • Pengamal vegetarian
  • Peminum alkohol yang kerap
  • Pesakit yang perlu mengikuti jadual pemakanan yang khusus.
  • Warga tua yang tidak boleh menyerap vitamin B12.
  • Golongan yang kerap memakan makanan yang dimasak panas. Hal ini kerana vitamin hilang dalam proses memasak.
Sebutir suplemen multivitamin setiap hari mampu memenuhi kekurangan zat pada tubuh. Malah, ini juga merupakan kaedah yang paling berkesan dalam menggalakkan pengambilan mikronutrien. Perlu diketahui ketika meninjau untuk membeli multivitamin, anda disarankan untuk memberi tumpuan kepada gabungan vitamin dan mineral yang ada, bukan amaun bagi setiap kandungan mineral dan vitamin. 
Ketahuilah suplemen multivitamin yang baik seharusnya mempunyai gabungan zat pemakanan yang seimbang dan memenuhi keperluan vitamin dan mineral teras. Hanya dengan cara itu, barulah tubuh memperoleh semua kebaikannya. 

Sumber: PaMa


Sunday 30 December 2012

TANDA BAYI MENDAPAT SUSU YANG CUKUP

Assalamualaikum w.b.t...
Macamana ye nak tahu yang baby kita mendapat susu yang cukup? Mungkin persoalan ni pernah bermain di fikiran mummies kan.. ye la..baby ni tak pandai cakap lagi..so dia tak bleh la nak bagitau "mummy! susu tak cukup.. boleh baby nak lagi?" hehe..so kat sini saya sediakan jawapan untuk persoalan ni..

Dalam beberapa minggu pertama, anda mungkin tertanya-tanya jika bayi anda mendapat susu yang secukupnya, terutamanya jika dia mahu menyusu setiap masa atau ternampak tidak puas selepas menyusu. Apabila telah lepas satu atau dua hari pertama, bayi anda akan selalu berasa lapar. Dan kemungkinannya memang dia lapar, sebab susu badan selesai dicernakan dalam dua jam selepas dia menyusu.

Kebanyakan bayi baru lahir mahu menyusu lapan hingga 15 kali sehari pada tiga atau empat hari pertama kehidupannya. Ramai bayi yang masih menyusu 10-12 kali sehari selepas minggu pertama. Bayi akan terus menyusu begini sehingga satu minggu lagi sebelum mengurangkan penyusuan ke lapan hingga 10 kali sehari. Susukan bayi anda sekerap yang dia kehendaki. Anda dapati bahawa anda tidak boleh lagi melakukan kerja harian biasa dalam beberapa minggu pertama semasa menyempurnakan rutin menyusukan bayi.

Malangnya, menimbang berat badan bayi pada beberapa hari pertama tidak akan menyakinkan anda, sebab berat badan bayi baru lahir selalunya turun lima hingga 10 peratus daripada berat lahir mereka dalam minggu pertama atau seterusnya. Walau bagaimanapun, bayi anda sepatutnya menambah berat badan selepas itu, dan jika anda menimbangnya semula pada hari ke-10 hingga ke-14, anda akan mendapati berat badan bayi anda sudah pulih kepada berat lahirnya.

Terdapat beberapa cara untuk mengukur jika bayi anda menyusu secukupnya, dan terdapat juga tanda-tanda yang dia tidak menyusu secukupnya. Penyahidratan dalam bayi baru lahir jarang berlaku tetapi anda perlu mengetahui tanda-tanda bayi menyusu dengan sempurna supaya anda boleh menghubungi doktor anda jika terdapat sebarang keadaan yang tidak menyenangkan. Ini termasuklah:

• Bayi anda menyusu lapan hingga 10 kali sehari pada dua atau tiga minggu pertama.

• Buah dada anda sudah melepaskan susu sepenuhnya dan berasa lebih lembut selepas penyusuan.

• Kulit bayi anda berasa tegang – ia akan memantul semula apabila dicubit.

• Sepatutnya terdapat sekurang-kurangnya enam kali tukaran lampin basah dalam masa 24 jam. (Lebih mudah untuk mengetahui lampin biasa yang basah daripada lampin pakai buang yang basah.) Urin bayi anda akan berwarna jernih dan tidak berbau.

• Kelihatan bayi menelan semasa penyusuan.

• Najis bayi anda berwarna kuning gelap atau sering gelap, atau najis semakin berwarna cerah pada hari kelima selepas kelahiran.

Apakah tanda-tanda amaran bahawa bayi saya tidak mendapat susu secukupnya? 

Tanda-tanda bahawa bayi anda tidak mendapat susu secukupnya selalunya termasuk perkara yang berikut:

• Bayi anda tidak mendapat balik berat lahirnya atau menambahkan berat badan selepas dua minggu.

• Payu dara anda tidak berasa lebih lembut selepas penyusuan.

• Bayi anda meragam atau sering letih.

• Pipi bayi anda lekung atau membuat bunyi berdecit semasa menyusu. (Ini adalah tanda yang bayi anda tidak menghisap dengan betul dan anda perlu mendapatkan nasihat pakar perunding penyusuan untuk memastikan anda menggunakan teknik yang betul.)

• Selepas hari kelima kelahiran, anda tidak menyalin lampin bayi anda sebanyak enam hingga lapan kali dalam masa 24 jam.

• Bayi anda tidak membuang air besar sekurang-kurangnya sekali sehari atau najisnya masih berwarna gelap lima hari atau lebih selepas kelahiran.

• Bayi anda semakin berwarna kekuningan, bukannya semakin kurang, selepas minggu pertama.

• Muka bayi anda tidak berisi dalam masa tiga minggu.

• Kulit bayi anda tetap berkerut selepas minggu pertama.

Jika anda risau mengenai sebarang tanda-tanda berikut, hubungi doktor atau ahli pediatrik keluarga anda.

Anda akan tahu yang anda menyusukan bayi dengan secukupnya apabila:

• bayi anda melekap pada buah dada anda dengan baik dan menyusu apabila terasa lapar;

• penyusuan adalah selesa dan tidak menyakitkan;

• dan, bayi anda akan menukar ritmanya semasa menghisap dan berhenti seketika semasa penyusuan, mula menyusu tanpa berhenti dan melepaskan hisapan secara spontan apabila sudah kenyang.

Jika bayi anda menunjukkan tanda-tanda berikut, anda menyusukannya dengan secukupnya. Salah satu perkara yang paling sukar semasa memulakan penyusuan ialah merasa yakin bahawa anda menyusukan bayi anda secukupnya. Memang anda menyusu dengan betul, tetapi jangan teragak-agak untuk mendapat nasihat dan bantuan daripada ahli pediatrik, doktor keluarga atau perunding penyusuan semasa peringkat awal penyusuan.

Sumber :
http://www.babycenter.com.my/malay/baby/susu-mencukupi/

Saturday 29 December 2012

FAHAMI KONSEP MENYUSU


FAHAMI KONSEP SUPPLY vs DEMAND BUAT IBU MENYUSU
=====================================


Ini fenomena biasa yang berlaku.. Saya sering terima PM/email/sms dari ibu menyusu yang merasakan susunya semakin berkurangan akan segera mencari suppleme

nt dengan tujuan utk BANYKKAN SUSUnya kembali. 

Namun sebelum proceed order, saya akan tanya dulu.

- berapa kali puan pam susu dalam sehari?
- berapa banyak air yang puan minum dalam sehari?

Rata-rata yang mengalami masalah susu kurang akan memberi jawapan yang hampir sama...

- saya x pam waktu kerja..cuma bagi anak direct feeding waktu malam jer.
- saya pam sekali je waktu kerja sebab susu sikit sgt...jadi buat apa pam. Pam pun susu xde.
- saya tak suka minum banyak air..nanti asyik ke toilet jer.

Dalam hati saya berkata..."Oh..patutlah."


TAHUKAH IBU-IBU KENAPA KITA PERLU MENGEPAM DENGAN KONSISTEN 



SETIAP 3-4JAM SEKALI?

-Tujuan mengepam (selain utk kumpul stok susu) adalah utk menghantar SIGNAL kepada otak utk terus HASILKAN SUSU dalam badan. Lagi kerap signal dihantar, maka lagi banyaklah susu akan terhasil. Bila kurang atau tiada signal, bagaimana susu nak terhasil? 

Sebab itu ibu2 yang rajin mengepam, susu mereka sentiasa ada..sampai bengkak2 susu!

- Teruskan mengepam dengan KONSISTEN walaupon tiada langsung susu yang keluar..kadang2 angin jer..tak mengapa. Anda sekarang sedang berusaha menghantar signal utk menghasilkan susu yang banyak.

- Amalkan POWER PUMPING sekali sehari jika jadual mengepam anda agak 'huru-hara' di siang hari. Mungkin disebabkan kekangan waktu kerja contohnya ada meeting yang panjang ker..jadi gantikan waktu mengepam di siang hari tadi (utk hantar signal) dengan power pumping di sebelah malam. 

- Supplement adalah sampingan sahaja utk menjadikan tubuh anda lebih sihat, tidak leti, tidak stress agar penyusuan dapat berjalan dengan lancar. 

VITAMIN BUKANLAH UBAT UNTUK BANYAKKAN SUSU. Walaupon anda ambil set bf, kekerapan mengepam itu perlu dijaga.

- Bila ibu2 menyusu kurang faham konsep sebenar penyusuan, dan bergantung sepenuhnya kepada supplement semata-mata dengan harapan susu kembali normal...dan hasilnya susu tidak bertambah seperti dibayangkan dek kerana tidak/kurang mengepam..supplement akan dipersalahkan..sehinggakan ada segelintir yang jadi ANTI-SUPPLEMENT.

Renung2kan dan selamat beramal...SUSU IBU THE BEST!!!! Saya doakan semua ibu2 dapat menyusukan bayi kalian dengan lancar sehingga 2 tahun. InsyaAllah!!!! ~credit~ 

Berminat dengan untuk dapatkan supplement set penyusuan Shaklee, boleh hubungi saya :

Puan Nurhasanah [Anas]
Shaklee Independent Distributor [ID No : 888236]
019-5597792| anas.hasanah@gmail.com | fb:anas.hasanah27

VITAMIN CINTA


Assalamualaikum, Salam hujung minggu.. 
Hari ni saya nak kongsi kisah seorang pengedar Shaklee yang mengenai kisah beliau dengan vitamin cinta ni.. Jom baca kisah beliau... dari Blog Umie Iman's

Assalamualaikum.....terpanggil rasanya utk ceritakan pengalaman sendiri...
saya tahu ramai wanita & ibu-ibu di luar sana mengalami RASA DINGIN 
utk bersama selepas melahirkan...sama seperti saya...lebih-lebih lagi timbul
rasa SAKIT & SERAM utk bersama selepas tempoh berpantang..
.kadang-kadang ada sesetengah isteri mengeluh bila en suami complaint
 sana sini terasa LONGGAR & KENDUR...tu yang membuatkan ramai 
wanita rasaTIDAK YAKIN & DOWN dengan diri sendiri....

Masalah ini semua pernah saya lalui sama seperti ibu-ibu di luar sana...
Sangat upset bila bersama, Miss V kurang cecair dan sangat sakit bila bersama...
nak ceritadekat orang, malu....tapi sampai bila kita nak simpan...takut sendiri 
yang merana...kerana saya percaya salah satu kunci kebahagiaan rumah tangga
 adalah hubungan antara suami isteri...

Takut untuk terima kesan buruk akan datang...kemudian saya nekad
utk ceritakan masalah saya kepada BFF saya, Zura Betty...masa tu da 
tak kira malu da demi kebahagiaan rumahtangga...kemudian dia mencadangkan
 agar saya 
cuba mengamalkan VITAMIN E & ALFALFA...mula-mula mmg 
tak percaya...betul ke vitamin blh bantu???...nak makan jamu, mmg tidak lah...
so takde pilihan, saya makan juga...

Selang beberapa minggu (saya tak ingat) saya amalkan pengambilan 
VITAMIN E &ALFALFA...Alhamdulillah berkat usaha & dengan izin ALLAH, 
Miss V dah tak kering & tak sakit bila bersama...dan yang paling best,
 en suami puji rasa mcm mula2 kahwin dulu walaupun anak da dua...
hehehe...apa lagi...kembang kuncup la...dan yang saya perasan, 
masalah keputihan juga kurang...rasa bersih & senang nak solat...

Dan sejak itu saya terus amalkan pengambilan 2 vitamin ni selain dari 
suplement-suplement lain...

Jom saya kongsikan apa kebaikan ALFALFA & VITAMIN E dalam 
hubungan suami isteri:

*********************************************
Alfalfa Complex Shaklee
Selain membantu membanyakkan susu dan mengurangkan masalah 
keputihan, Alfalfa mengandungi phytoestrogens juga menyebabkan ia 
mempunyai fungsi seperti Kacip Fatimah, maka membantu dalam
'hubungan' suami isteri (enhance libido).  Malah ada juga mengaitkannya
 dengan membantu pembesaran payudara...

Vitamin E Complex Shaklee
Vitamin E pula selain daripada untuk mencantikkan kulit, antioksiden 
dan memanaskan badan (bagi yang mengalami lenguh-lenguh sendi) 
Vitamin E juga berkaitan dengan intimacy!...Vitamin E to stimulate 
the production of sex hormones, thus leading to a healthier sex life...

These statements have not been evaluated by the Food & Drug Administration.  These products 
are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Akhir kata, sekiranya anda berminat untuk menjadi ahli Shaklee, 
dan mula menjana pendapatan 2-5-angka dengan Shaklee
 bersama GROUP EXCLUSIVE tertutup,
anda dialu-alukan untuk menghubungi saya di talian 019-5597792
 @ email anas.hasanah@gmail.com. ;)

Thursday 20 December 2012

USUS KOTOR

♥ Usus Kotor ♥

Tanda-tanda usus atau kolon kita tidak bersih:
1. Sembelit
2. Selalu kentut
3. Sering sakit kepala
4. Susah nak hadam
5. Selalu rasa lesu dan tidak bertenaga
6. Mood yang tidak menentu dan mudah marah
7. Nafas dan najis berbau
8. Perut buncit
9. Selalu lapar
10. Wajah kusam
11. Gastrik
12. Radang hati (pedih ulu hati)
13. Ulser Peptic.
14. Cirit-birit
15. Kanser kolon

Kesan jika usus kita kotor dan toksin berlebihan dalam badan:
1. Jantung stres atau lemah
2. Sakit sendi dan arthiritis
3. Menjejaskan fungsi otak dan boleh mengakibatkan nyanyuk
4. Menyebabkan muka pucat, berkedut, kulit cela, psoriasis
5. Badan lesu dan otot lemah
6. Berat badan bertambah
7. Cepat nampak tua
8. Kanser


Namun begitu, masalah ni boleh diatasi dengan pengambilan ubatan atau supplement. Kekurangan ubatan pula kadang-kala ia dibuat secara sintetik. bukan semulajadi. jadinya usus dipaksa untuk mengeluarkan kotoran dengan kasar. Manakala supplement dari Shaklee pula adalah semulajadi dan mencuci usus dengan lembut dan tidak memaksa usus dengan keras untuk bekerja membuang toksin/kotoran dalam badan. pilihan di tangan anda. pilihlah yang terbaik.. 


Berminat?
Setiap pembelian dengan saya, anda layak menerima hadiah istimewa percuma jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di FB atau boleh inbox ke fb Anas Irdina.. Boleh whatsapp/sms ke 0195597792 untuk dapatkan harga terbaik untuk anda.  

Wednesday 19 December 2012

VIVIX SHAKLEE UNTUK KESIHATAN MENYELURUH


Salam..

Hari ni saya nak cerita sikit pasal Sirap Shaklee ni. Atau  nama penuhnya VIVIX Shaklee.. ia sesuai untuk mereka yang mementingkan kesihatan dalaman dan luaran. Sesuai untuk diberikan pada ibu ayah yang tak nak makan bermacam-macam pil tu.. cukup setakat sesudu teh sehari aje dapat menjaga kesihatan orang yang kita sayangi.. Pada sesiapa yang ada masalah buah pinggang dan supaya tak membebankan lagi buah pinggang dengan makan bermacam2 ubat yang menyebabkan buah pinggang terpaksa menapis bermacam2 bahan sebelum dapat dimanfaatkan pada badan, inilah yang terbaik untuk mendapatkan kesihatan yang optimum... Memang berbaloi dengan pembelian produk ni.. dah sudah membebel, jom kita tengok apa kebaikan VIVIX yang dapat kita manfaatkan.. Check it out...

Apakah sebenarnya Vivix ini?

  • Memperbaiki DNA. Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.
  • Memperbaiki tenaga sel. Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.
  • Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.

Revolusi Terbaru dari Shaklee
Vivix™ Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.

Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

Bakal dipatenkan tidak lama lagi. Bahan-bahan utamanya telah diuji secara klinikal dan ianya eksklusif untuk Shaklee.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 



Jangan terkejut ye Ayu Raudhah juga adalah pengguna produk Shaklee. Vivix adalah suplemen favourite Ayu Raudhah sehingga kini. Di antara tip-tip kecantikan Ayu Raudhah ialah;

Tips kecantikan wajah
- Membersihkan dan menjaga muka dengan kerap
- menyapu ais pada muka untuk merawat kulit bermasalah
- Menjalani rawatan muka dari produk2 yang dipercayai

Tips kesihatan rambut
- menggunakan daun bunga raya

Tips kesihatan tubuh badan
- menjaga pemakanan
- melakukan senaman (bangkit tubi 50 kali sebelum tidur)
- mengamalkan sirap Shaklee (Vivix)

VIVIX merupakan tonik anti-penuaan pelbagai manfaat yang sesuai untuk mereka yang menghidapi diabetes, arthritis, gout, dan macam-macam lagi. Mengandungi resveratrol yang dipercayai mampu memperbaiki DNA seterusnya mencegah penuaan berlaku dengan pantas.

Walaubagaimanapun, pengambilan Vivix adalah tidak dibenarkan untuk kanak-kanak, wanita hamil dan yang sedang menyusukan bayi kerana ia mengubah DNA.

"Terdapat empat mekanisma yang membuktikan kebaikan Vivix iaitu ia mengandungi resveratrol yang kebaikannya sama dengan 3,000 gelas arak merah. Vivix juga terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, tidak mengandungi alkohol dan menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan. Vivix mendapat sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," katanya. Menurut Carsten, Vivix berfungsi untuk melindungi dan memperbaiki sel DNA serta memberi kesan positif kepada genetik sekali gus mengurangkan sel penuaan. Katanya, Vivix kini menjadi perhatian pengguna di seluruh dunia disebabkan kebaikan kandungan selain melawan pelbagai jenis penyakit. Ia adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat dan tumbuh-tumbuhan lain. Dengan hanya minum sesudu sehari, pengguna akan merasai perbezaannya. Minuman yang sesuai untuk lelaki dan wanita berusia 18 tahun ke atas itu juga boleh dijadikan masker pada wajah iaitu caranya dengan menyapu dan biarkan beberapa minit untuk dilihat hasilnya.”

*kredit to Along dan Cery 

Berminat?
Setiap pembelian dengan saya, anda layak menerima hadiah istimewa percuma jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di FB atau boleh inbox ke fb Anas Irdina.. Boleh whatsapp/sms ke 0195597792 untuk dapatkan harga terbaik untuk anda.  

Monday 10 December 2012

ATASI MASALAH RESDUNG DENGAN SUPPLEMENT SHAKLEE


  • Anda rasa runsing kalau setiap pagi harus menghadapi bersin yang teruk sehinggakan bukan aje hidung aje berair, mata pun merah-merah berair kerana bersin akibat resdung.
  • Anda silap makan sikit dah asyik dok menggaru sana-sini macam kera kena belacan.
  • Anda runsing kalau terpaksa berpantang makan sebab risau semput kalau tak jaga makan.
  • Anda rasa runsing kalau tengok kulit anak berparut-parut dan merah-merah gara-gara eczema.
  • Anda rasa runsing kalau terpaksa buang kahak sepanjang masa sampai rasa perit tekak dan hidung.
Ni baru sikit gejala-gejala masalah ASMA, RESDUNG, ALERGI, GEGATAL dan ECZEMA. Hanya yang mengalami aje yang tahu keperitan menderita masalah macam ni... Tapi jangan bimbang, setiap penyakit tu pasti ada ubatnya.. Walaupun ini bukan ubat, dan hanya supplement, tapi perlu la berusaha.. takkan nak biarkan aje hari2 bersin, gatal2, kulit2 merekah tak cantik la camtu.. biasanya untuk melegakannya ambil ubat selsema or ubat alergik Ubat nie memang mengantok dan lepas ambil terus tidur. Bila bangun dah ok.

Tapi sampai bila nak makan ubat tahan sakit? Sampai bila nak tahan tekak?

Supplement apa yang disuggest pada yang bermasalah?

3 jenis supplement yang saya syorkan pada abah n adik iatu:
  • Vitamin C
  • B-Complex 
  • Alfalfa

Apa fungsi setiap supplement ni?
Vitamin C – Ianya sebagai antioksidan yang baik. Sangat penting untuk meningkatkan antibodi seseorang.
B-Complex – Bertindak sebagai penenang dan penstabil hormon.
Alfalfa – Mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit itu sendiri. Ianya kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutamana akibat dari eczema, resdung (sinus), alergi (allergy) dan gegata (hives). Walaubagaimanapun mereka yang mengidap penyakit SLE tidak digalakkan mengambil Alfalfa sebagai suplemen mereka.  

Bagaimanakah cara pengambilannya?
• B-Complex – 1 biji sehari (selepas makan).
• Vitamin C – 2 biji sehari. 1 biji pagi, 1 biji malam (selepas makan).
• Alfalfa – 4 biji sehari. 2 biji pagi, 2 biji malam (selepas makan).

Untuk dapatkan harga yang dijamin terbaik, boleh hubungi :- 


Puan Nurhasanah [Anas]
Shaklee Independent Distributor [ID No : 888236]
019-5597792| anas.hasanah@gmail.com | fb:anas.hasanah27

Sunday 9 December 2012

KENAPA PRODUK SHAKLEE TIADA SILICA GEL???

Pernah tak terfikir kenapa barangan Shaklee tiada silica gel? Mula-mula tu tak perasan jugak. Tapi lama2 baru perasan.. Sebab dah habis sebotol vita C, tengok eh tak ada pulak silica gel yang biasa kita jumpa dalam mana2 produk kan.. terus la cari pakcik Google.. oh.. begini rupanya.. Di sinilah rupanya keunikan Shaklee.. Jenama ni tak tak mengandungi silika gel. SILICA GEL?? Yang macam ni :


Sintetik...natural...silica gel...Jom baca apa yang Mommy Lyna dah tulis tentang topik ni.


Seorang rakan bertanya, "Kenapa Shaklee? Kan ada banyak jenis vitamin di farmasi? Pilih sajalah kat situ lebih senang". Ya, pil vitamin memang mudah didapati, di store2 farmasi malah supermarket juga ada menjual vitamin.


Masalahnya, bagus ke? Vitamin ni tak sama macam buah. Buah, di mana2 pun sama, kecuali mungkin dari segi rasanya. Buah strawberi di negara kita mungkin lebih masam dari strawberi di England, tapi kedua2nya masih buah yang sama dihasilkan dari pokok strawberi.


Tapi vitamin2 ni dihasilkan di kilang2 berbeza, dengan bahan2 berbeza.

Sesetengah vitamin yang dihasilkan secara sintetik, hanya mengandungi sedikit saja elemen vitamin, sebaliknya banyak kepada 'seakan vitamin'. Vitamin tiruan ini adakalanya bertindak secara agresif dengan tubuh. Ada yang 'menutup' kebolehan tubuh untuk menjalankan proses2 secara semulajadi, sebaliknya memerlukan bantuan dari vitamin2 ini, barulah boleh bekerja. Ada yang mendatangkan pelbagai reaksi seperti alahan, tekanan dalam otak dan sebagainya.

Jadi kita mesti berhati2 dalam memilih vitamin, bukan main pukul rata saja.

Apa keistimewaan Shaklee?
Shaklee dihasilkan dari bahan2 semulajadi, yang menjadikan ia sebagai vitamin natural yang tidak memberi kesan songsang pada tubuh. Satu perbezaan yang paling senang dilihat ialah ketiadaan bijian silika di dalam peket Shaklee, berbanding vitamin lain yang mengandungi silika untuk menyerap lembapan.

Kenapakah? Kerana bila
vitamin sintetik ini akan bertindakbalas dengan wap air (lembapan), ia akan berubah menjadi substance yang lain.

Buktinya
, cuba letakkan sebiji pil vitamin yang anda beli farmasi dan sebiji vitamin Shaklee di atas meja selama beberapa hari. Kemudian perhatikan perubahan kedua2 vitamin itu. Vitamin Shaklee masih mengekalkan keadaan asal (kecuali B-complex akan berbau sedikit tengik jika dibiarkan dalam suhu sederhana) sedangkan vitamin yang satu lagi akan bertukar hitam! Anda boleh cuba kalau tak percaya.

Anda juga boleh mengambil Vita Lea, hancurkan dan letakkan dalam mangkuk berisi air dan seikat sayur yang sudah hampir layu. Buat benda yang sama pada multivitamin dari farmasi. Anda akan dapat lihat sayur dalam larutan Vita Lea akan bertambah segar sedangkan sayur dalam bekas satu lagi bertambah layu.



Macam mana bentuk silika gel sebenarnya?

Ini antara bentuk silika gel boleh ditemui dlm beg tangan baru, kasut baru dan vitamin sintetik.





Mengapa group kami boleh membuat trial pack untuk 30 hari makan? Bukan 14 hari? (thanks to kak N, pengasas trial pack). Ini kerana dalam Shaklee sendiri tiada kehadiran silika gel. Sebenarnya silika gel adalah antara bahan yang tidak sepatutnya ada dalam makanan tambahan vitamin khususnya. Ini kerana apabila adanya kehadiran silika gel, vitamin itu adalah dalam golongan sintetik dan tidak asli.

Jika anda berkemampuan untuk menggunakan sesuatu yang lebih baik... Why not get a better one?
Shaklee adalah asli, tanpa pewarna tambahan, pengawet, perasa dan tanpa silika gel. Pilihan di tangan kita...

credit to Kak Cery & Mommy Lyna

KEBAIKAN COLLAGEN POWDER SHAKLEE


Terbukti dapat memperbaiki testur kulit wajah & menghilangkan kedutan selepas menggunakan selama 8 minggu* 

Meningkatkan kelembapan kulit >> 90%

Mengurangkan kekasaran & kekeringan >> 75%

Meningkatkan dalam penampilan keseluruhan >> 71%  

Meningkatkan kelembutan & kelicinan >> 69%

Meningkatkan pemakaian kekal mekap >> 60%

Meningkatkan keanjalan, ketegangan & elastisiti >> 55%

Meningkatkan ketebalan rambut >> 54%

Meningkatkan keserian, tona & warna kulit >> 50%

Mengurangkan garis-garis halus & kedut-kedutan

Faedah tambahan : Menyokong kesihatan sesendi dan menguatkan tulang. Membantu mengekalkan otot di dlm mata supaya lembut.



*Diuji secara klinikal