SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE (888236) NURHASANAH CHE MAT KAWASAN PUTRAJAYA, CYBERJAYA, DENGKIL, BANTING, NILAI DAN BBST

Thursday 11 October 2012



Kelebihan GLA COmplex
  • Menggalakkan kesihatan semasa kitaran Haid
  • Menyokong sistem imun
  • Setiap kapsul Shaklee GLA Complex mengandungi asid-asid lemak utama daripada campuran minyak bunga matahari dan vitamin E, serta Shaklee Guard, iaitu sistem antioksidan semulajadi Shaklee yang eksklusif untuk memastikan keberkesanan penuh dan kesegarannya
  • Vitamin E membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriiti sel

Siapa yg perlukan GLA Complex:

~ Diabetes

~ Period tidak teratur
~ Mencantikkan kulit


Asid lemak untuk wanita

Soalan: Saya telah mengamalkan pengambilan minyak evening primrose (EPO) sejak lebih daripada setahun yang lalu. Saya dapat rasai perubahan pada kelembapan kulit dan saya terfikir untuk diberikan kepada ibu. Apakah pengambilannya turut memberi kebaikan kepada ibu yang sudah berusia 52 tahun ?

Jawapan:Kegunaan minyak evening primrose bukanlah sesuatu yang baru, malah secara tradisionalnya ia telah digunakan oleh masyarakat asli Amerika untuk menangani masalah kulit dan keseluruhan pokoknya direbus untuk masalah batuk, sakit kerongkong, artritis, lebam dan beberapa lagi. Pada kurun ke-20 ahli saintis Jerman mengetahui bahawa minyak daripada biji evening primrose boleh diekstrak. Hasil analisis mendapati bahawa minyaknya kaya dengan asid lemak perlu (EFAs), iaitu linoleik (LA) dan asid gamma-linolenik (GLA).
Kandungannya yang kaya dengan GLA ini semakin mendapat perhatian dan kajian tidak terhenti begitu sahaja, malah kini ia dikenali dan digunakan di seluruh dunia.Keajaiban dan kemujaraban kandungan minyak evening primrose ini mendapat pengiktirafan banyak pihak untuk menyokong kegunaannya ke atas beberapa masalah kesihatan termasuklah sindrom prahaid (PMS), artritis reumatoid, diabetik neuropati (masalah terjejasnya fungsi saraf akibat diabetes), ekzema, kesakitan payudara, alergi, menopos dan beberapa lagi. Ini menjadikan tumbuhan yang berasal dari Amerika Tengah ini semakin berkembang dan lebih dikenali.

Asid-asid lemak perlu (EFA) adalah kumpulan lemak politaktepu yang penting untuk fungsi tubuh. Asid lemak perlu merupakan komponen membran sel dan sel-sel saraf. Ia juga membantu mengekalkan intergriti membran-membran sel yang membenarkan nutrien-nutrien memasuki sel-sel dan penyingkiran bahan buangan. Asid-asid lemak ini juga menyumbang kepada kebendaliran membran sel untuk membolehkan komunikasi antara sel-sel berlaku.Bagi mereka yang mengalami sesetengah masalah kesihatan seperti diabetes, pengambilannya mungkin lebih diperlukan kerana penukaran linoleic acid kepada GLA menjadi lebih sukar dan perlahan. Ini penting kerana untuk membolehkan ia digunakan sepenuhnya oleh tubuh, ia perlu ditukar kepada GLA.Selain itu, faktor pemakanan dan gaya hidup juga boleh menjejaskan penukaran ini. Ini merangkumi makanan yang tinggi dengan lemak tepu, makanan proses, kolesterol, gula dan alkohol, stres dan peningkatan usia. Penukaran yang lemah ini boleh mengakibatkan paras prostaglandin yang lebih rendah.

Prostaglandin adalah bahan yang menyerupai hormon yang bertanggungjawab kepada beberapa fungsi tubuh, termasuklah dalam pengawalan tekanan darah, merehatkan salur darah untuk peredaran darah yang lebih baik, mencegah pembekuan darah, menghalang sintesis kolesterol, mengawal tindak balas hormon dalam sistem reproduktif dan juga mengawal paras insulin dan sebagainya.Pengambilan asid lemak melalui makanan harian adalah perlu memandangkan ia tidak boleh dihasilkan oleh tubuh. Sumber GLA daripada makanan agak terhad dan hanya boleh dijumpai dengan jumlah yang kecil dalam oat dan juga daging organ. Untuk memperolehi sejumlah GLA yang lebih tinggi atas alasan kesihatan tertentu, minyak yang diekstrak daripada biji bunga evening primrose, iaitu dalam bentuk suplemen merupakan alternatif yang lebih mudah dan menyenangkan.Dengan itu, jika diambil kira faktor-faktor seperti peningkatan usia, faktor kesihatan, pemakanan dan gaya hidup kini, pengambilan minyak evening primrose boleh memberi manfaat kepada wanita sama ada untuk alasan kesihatan mahupun kecantikan secara umum.


GLA (asid linolenik gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin - bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses-proses badan yangg normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid-asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.



** Boleh hubungi saya untuk cara pengambilan suplemen ini.

Sila hubungi saya di 019-5597792 (Sms/Whatsapp) | anas.hasanah@gmail.com | http://www.facebook.com/anas.hasanah27 untuk sebarang pertanyaan & pesanan
ID Shaklee : 888236

MITOS PENYUSUAN SUSU IBU


Oleh Prof Madya Dr Poh Bee Koon, Pakar Pemakanan


Penyusuan susu ibu merupakan topik hangat dan kebaikannya sering ditekankan di media. Namun begitu, mitos yang berleluasa mengenai penyusuan susu ibu. Salah tanggapan mengenai penyusuan susu ibu adalah berbahaya kerana ia mendorong anda membuat keputusan yang kurang wajar. Artikel ini memberi penjelasan yang sebenarnya kepada anda:

“Ramai wanita tidak menyusukan bayi dengan susu ibu dan anak mereka masih membesar dengan sihat!”

Ya, jika dilihat dari luaran sahaja…tetapi bayi yang tidak menyusu susu ibu sebenarnya lebih terdedah kepada penyakit dan alergi seperti ekzema, rinitis alergik dan asma. Sesetengah kajian menunjukkan bayi yang tidak diberikan susu ibu lebih berisiko untuk mendapat diabetes dan obesiti apabila membesar kelak. 

  “Payudara saya kecil. Rasanya mungkin tidak dapat menghasilkan susu yang mencukupi”

Saiz payudara ditentukan oleh tisu lemak, yang tidak berkaitan dengan penghasilan susu. Penghasilan susu bergantung kepada saiz kelenjar mamari di dalam payudara. Kelenjar mamari adalah serupa tanpa mengira saiz payudara anda.

“Tidak! Penyusuan susu ibu akan menyebabkan payudara saya kendur!”


Penyusuan susu ibu tidak menyebabkan payudara menjadi kendur;ianya disebabkan oleh faktor usia dan graviti. Malah, penyusuan susu ibu membantu anda untuk kembali kepada bentuk badan asal lebih cepat dengan membakar lemak yang tersimpan semasa hamil. Ia juga mengeluarkan hormon yang membantu mengecut dan mengembalikan rahim kepada saiz yang asal.



  “Tidakkah penyusuan susu ibu menyakitkan?”

Tidak. Meskipun ada sebilangan ibu yang mungkin rasa sedikit bengkak pada peringkat awal, tetapi keadaan ini tidak berlanjutan. Jika anda masih rasa sakit, ini mungkin disebabkan mulut bayi tidak menghisap puting dan areola dengan betul. Belajarlah untuk membantu bayi menyusu dengan cara yang betul.

“Penyusuan susu ibu menyusahkan!”

Penyusuan susu ibu sebenarnya memudahkan anda. Anda tidak perlu membawa peralatan, tidak perlu risau tentang bekalan susu, penyimpanan dan penyediaan susu. Tambahan pula, penyusuan susu ibu boleh dilakukan bila-bila masa, di mana-mana sahaja dan ia juga tidak melibatkan sebarang kos.

“Kenapa nak bersusah payah? Tambahan pula, saya akan kembali bekerja.”

Penyusuan ibu, walaupun beberapa minggu atau bulan, akan beri manfaat kepada bayi. Mula bekerja tidak bermaksud anda perlu menghentikan penyusuan susu ibu. Penjaga bayi boleh memberi susu ibu yang sudah diperah pada siang hari dan anda boleh menyusukannya sendiri pada waktu malam.


___________________________________________________
Sila hubungi saya di 019-5597792 (Sms/Whatsapp) | anas.hasanah@gmail.com | http://www.facebook.com/anas.hasanah27 untuk sebarang pertanyaan & pesanan
ID Shaklee : 888236

Wednesday 10 October 2012

SET MENYUSU (3M)


Apa kepentingan setiap supplemen ini pula?
Vitalea@ Multivitamin dengan formula zat besi : untuk memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian dipenuhi. Rata2 pengambilan makanan seharian kita tidak dapat memenuhi keperluan ini atas banyak sebab dan kekangan.Dan uniknya Vitalea @ multivitamin shaklee kerana ianya mengandungi iron formula yang sangat penting bagi tubuh.
B complex : lengkap dengan 8 kumpulan B termasuk asid folik yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil.Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress ,menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.
Vitamin C : membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. Penambilan bersama Vita-lea Iron Formula meningkatkan kadar penyerapan iron dalam tubuh
Alfalfa : raja segala tumbuhan, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu MEMPERCEPATKAN PENGHASILAN SUSU IBU. Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim. Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan…secara automatik kesan baik pd bby..susah nak kena kembung.
Kalsium@ Ostematrix : 
Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. Bagi ibu-ibu yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu.
Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.
Sebab itu pengambilan sumber kalsium tidak boleh dipandang ringan sama sekali. Jika perasan ada sesetengah ibu yang apabila melalui menstrual (period) susunya akan merundum…ini disebabkan kekurangan kalsium yang kritikal di saat badan mengeluarkan darah kotor yang perlu disingkirkan.
ESP @ Energizing Soy Protein :
Kompisis vitamin utama dalam susu ibu ialah protein. Protein adalah makanan sel. Sel tak kenal nasi lemak, air soya atau tempe tetapi sel hanya perlukan protein iaitu khasiat dari makanan yang diambil. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan.Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.
Protein sangat sensitif. Ianya wujud pada suhu badan kita dan mudah terhapus pada suhu yang tinggi. So apabila kita memasak sumber protein seperti ikan goreng pada suhu yang tinggi, hakikatnya banyak protein yang telah musnah semasa proses memasak itu sendiri.

____________________________________________________
Sila hubungi saya di 019-5597792 (Sms/Whatsapp) | anas.hasanah@gmail.com | http://www.facebook.com/anas.hasanah27 untuk sebarang pertanyaan & pesanan

SET KECANTIKAN


Pernah cuba belek pencuci muka anda? Atau barang penjagaan badan mahupun shampoo?? Mesti anda perasan di label ada perkataan VITAMIN C atau VITAMIN E. Betul tak?? Malah jika kita pergi ke spa pasti ada rawatan vitamin c, kolagen atau masker vitamin E.
Vitamin C dan Vitamin E adalah antioksidan yang bagus untuk kulit cantik kerana kita sering terdedah dengan persekitaran alam sekitar yang tercemar, sinaran UV yang memancar terik, asap-asap daripada kenderaan serta pencemaran udara lain.

Kenapa perlu mengambil Vitamin?

Penuaan kulit muka bermula daripada radikal bebas yang kerjanya merosakkan kulit. Radikal bebas ini terhasil daripada persekitaran yang kotor terutama sinaran UV. Jadinya untuk lebih mudah faham, saya umpamakan radikal bebas sebagai anasir jahat dan ANTIOKSIDAN sebagai WIRA yang bertindak memusnahkan radikal bebas. 
Hebatkan fungsi antioksidan. Anda boleh mendapatkannya daripada buah-buahan serta kekacang.
Cranberries, blueberries, and blackberries were ranked highest among the fruits studied. Beans, artichokes, and Russet potatoes were tops among the vegetables.
Pecans, walnuts, and hazelnuts were the winners in the nut category, and ground cloves, cinnamon, and oregano were the top three antioxidant-rich spices. 
Persoalannya ialah adakah badan kita dapat menyerap semua kandungan antioksidan yang terdapat di dalam buah dan kekacang ini?

Menurut penyelidik Ronald Prior, PhD seorang ahli kimia dan pakar nutrisi dengan the USDA’s Arkansas Children’s Nutrition Center di Little Rock, Ark, “ Faktor major yang memainkan peranan adalah apa yang berlaku dalam proses pencernaan dan penyerapan ke dalam badan. Walaupun bahan-bahan itu mengandungi kapasiti antioksidan yang tinggi, ianya mungkin tidak dapat diserap”

Penyelidik juga mendapati cara penyediaan makanan juga akan menyebabkan kandungan antioksidan berkurangan.

Sudah pening untuk mendapatkan antioksidan yang insya Allah badan kita akan mampu serap tanpa risau kandungan antioksidan berkurang?? Kami ada penyelesaiannya.

Set Skincare yang merangkumi B-complex, Vitamin C dan juga Vitamin E.

B-complex – Mengandungi 8 kumpulan vitamin B yang melengkapi antara satu sama lain. Ianya membantu untuk mengekalkan tona kulit yang sihat. Umum mengetahui yang B-complex sangat berguna untuk mengawal stress dan membuatkan kita jadi gembira serta tenang. Jangan lupa yang stress adalah punca kepada masalah serius kulit berjerawat.

Vitamin C – antikoksidan yang berfungsi untuk melindungi antioksidan lain. Ianya juga bertindak melambatkan proses kerosakan oleh radikal bebas yang menjadi punca kemusnahan kolagen serta masalah kulit kering, kedut serta garis penuaan.Vitamin C juga bertindak melindung dan membaiki kulit. Selain itu, Vitamin C adalah bahan utama dalam sintesis kolagen.

Vitamin E – Merupakan antioksidan yang powerful dan tidak dapat dihasilkan oleh badan. Bertindak meneutralkan radikal bebas serta mencegah proses penuaan daripada berlaku. Kajian menunjukkan pengambilan vitamin E untuk jangka panjang akan dapat mengurangkan sunburn akibat dedahan kepada sinaran UVB. Oppss, jangan salah sangka yang anda akan selamat daripada dibakar matahari dengan mengambil vitamin E atau lotion mengandungi Vitamin E. Cuma ianya akan membantu untuk mendapatkan kulit yang sihat jika mengambil vitamin antioksidan secukupnya.

Selain 3 vitamin di atas, pengambilan set ini bersama-sama dengan GLA complex dan Energizing Soy Protein (ESP) sangat disarankan.

ESP – diperbuat daripada non-GMO (genetically modified organism) soya yang lengkap dengan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan. Sel kita diperbuat daripada protein dan ESP membantu untuk menghasilkan sel yang sihat, menggantikan sel kulit yang sudah mati serta membaiki struktur kulit semula.

Nota : ESP membantu penyerapan vitamin lain dengan LEBIH CEPAT berbanding tanpa pengambilannya.

GLA complex – Gamma-Linolenic Acid adalah asid lemak omega-6 di mana badan akan menukar kepada bahan untuk mengurangkan inflamasi (keradangan). Berdasarkan testimony pengguna, kulit mereka menjadi lebih lembab dan masalah jeragat juga berkurangan.**
sumber : MyChibiBox

_______________________________________________________
Sila hubungi saya di 019-5597792 (Sms/Whatsapp) | anas.hasanah@gmail.com | http://www.facebook.com/anas.hasanah27 untuk sebarang pertanyaan & pesanan

MENGENALI TANDA KEKURANGAN VITAMIN


Vitamin adalah vitamin yang sangat sangat rapuh. Ia mudah rosak pada suhu yang terlalu tinggi. Maka apabila cuaca panas, vitamin C dalam badan yang sedia ada akan musnah. Apakah tanda kekurangan vitamin C yang sangat ketara?

  • Mudah tertekan ( stress)
  • Kulit kelihatan sangat kering dan bersisik
  • Tapak kaki keras dan kasar
  • Luka yang lambat baik
  • Mudah selsema/ bersin
  • Wajah nampak tua berbanding umur (Vitamin C penting utk pembentukan kolagen)
  • Mudah dapat ulcer
  • Mudah demam
  • penyakit Skurvi
_______________________________________________________
Sila hubungi saya, Nurhasanah Che Mat di 019-5597792 (Sms/Whatsapp) | anas.hasanah@gmail.com | http://www.facebook.com/anas.hasanah27 untuk sebarang pertanyaan & pesanan

VITAMIN C YANG TERBAIK!

Shaklee Sustained Release Vita-C™  berupaya memberikan perlindungan berkekalan, jam demi jam dengan menggunakan sistem perlepasan berkekalannya. Vitamin C merupakan bahan antioksida yang berkeupayaan tinggi yang juga turut dikenali sebagai nutrisi yang berupaya melakukan semua perkara. Sustained Release Vita-C mengandungi:


  • Kandungan Vitamin C yang tinggi.
  • Sistem perlepasan berkekalan dalam menyalurkan Vitamin C yang menyamai kandungan satu setengah biji buah oren untuk setiap jam selama lima jam.
  • Formulasi yang membantu mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi, kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Q & A MENGENAI B-COMPLEX


1. Apakah B Complex ?
B complex terdiri dari kumpulan lapan (8) vitamin B iaitu thiamin (B-1), riboflavin (B-2),niacin(B-3), pantothenic acid (B-5), pyridoxine (B-6), folic acid (B-9) and cobalamin (B-12) dan Biotin.


2. Apakah makanan yang mengandungi zat Vitamin B sebenarnya?

Antara makanan yang mengandungi vitamin B ialah gandum, daging, susu, kacang hijau, ragi, beras, telur, buah-buahan, gandum, ragi, hati, ikan, ginjal, kentang manis dan sebenarnya banyak lagi. Namun kita perlu tahu bahawa vitamin B yang LENGKAP atau nama lainnya ialah B Kompleks terdiri daripada lapan (8) vitamin B.


3. Apa kebaikan vitamin B complex sebenarnya?

Banyak keperluan vitamin B complex ini, antaranya ialah untukmengurangkan tekanan emosi dan kelesuan, Membantu dalam kestabilan saraf dan meningkatkan proses pemikiran, Menukarkan makanan kepada tenaga-menolong memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein, Mencegah barah serviks, penyakit jantung dan kecacatan spina, menggalakkan kesihatan system kardiovaskular yang lebih baik.

4. Apa kelebihan vitamin B complex Shaklee?

Selain lengkap dengan lapan kumpulan vitamin B , vitamin B Complex Shaklee dilengkapi dengan Sistem penyerapan Boaktif Berpaten. Lebih tepat lagi asid Folik, iaitu sejenis vitamin B tidak dapat diserap dengan mudah. Namun begitu Shaklee telah menghasilkan suatu selaput asid folik yang unik ntuk menjadikan zat tersebut lebih mudah diperolehi dan digunakan dalam badan.Teknologi berpaten ini adalah ekslusif bagi Shaklee. 
Secara ringkasnya Vitamin B yang lebih baik mempunyai ciri2 berikut :
  • Sistem penyerapan bioaktif berpaten
  • Kesemua lapan jenis vitamin B yg diperlukan termasuk Biotin
  • Peningkatan penghantaran zat
  • Tablet mudah ditelan

Siapa sebenarnya yang perlu B complex?

Semua individu perlukan vitamin B terutama mereka yang
  • Terdedah kepada sinaran matahari
  • Terdedah kepada tekanan kerja dan beban kerja yang banyak
  • Mereka yang mempunyai sakit kencing manis, tekanan darah tinggi, migraine
  • Mereka yang tidak dapat focus dalam pekerjaan yang dilakukan.
  • Mereka yang hendak menjaga kecantikan tubuh badan
  • Mereka yang nak nampak cantik dan awet muda
  • Mereka yang mengandung dan menyusukan anaknya
  • Wanita yang mengambil pil perancang


Maka, jika anda mempunyai kekangan dalam memastikan pengambilan vitamin B yang lengkap, cubalah amalkan pengambilan suplemen B Complex...



Bila kita tahu fungsi dan kebaikkan B Complex..automatik kita akan berdisiplin utk makan hari2.. B Complex membantu badan lebih bertenaga, lebih sihat, ceria dan mood lebih stabil di samping dapat mengawal tekanan yang kita hadapi.

_______________________________________________________
Sila hubungi saya di 019-5597792 (Sms/Whatsapp) | anas.hasanah@gmail.com | http://www.facebook.com/anas.hasanah27 untuk sebarang pertanyaan & pesanan


PERBEZAAN PROTEIN SOYA


Terdapat banyak jenis produk soya di pasaran, selain air soya, tauhu, tempe dan sebagainya. Selain itu soya juga terdapat dalam bentuk tepung seperti protin soya (soy protein). Soy protein juga mempunyai banyak kategori, antaranya soy protein concentrate, textured soy protein dan soy protein isolate.

Apakah beza antara 3 jenis soy protein ini?

Soy protein concentrate adalah protein soya yang diasingkan dari bahan larut air dan lemak dari serbuk kacang soya. Kandungan protein dalam soy protein concentrate dalam 65% dan ia masih ada rasa soya kerana karbohidrat di dalamnya masih ada.

Soy protein isolate pula adalah soy protein concentrate yang diasingkan karbohidrat daripadanya, menjadikan ia adalah protin soya paling ‘pure’ dengan kandungan protein lebih kurang 90%.

Textured soy protein pula bila tepung protein soya yang melalui proses extrusion yang mana menjadikan teksturnya menjadi padat dan kasar.

Perbezaan proses yang dijalankan ke atas soya-soya ini memberi seribu perbezaan terhadap kesan-kesan langsung dan kesan sampingannya.

Malah, soy protein isolate juga dihasilkan dengan proses berbeza yang turut memberi kesan kepada khasiat dan kandungan phytonutrien dalam soya tersebut. Antara proses2 yang mengurangkan khasiat malah memberi kesan buruk terhadap soy protein isolate ialah:

  • Diproses dengan suhu tinggi
  • Pengasingan dibuat dengan menggunakan alkohol
  • Penggunaan bahan kimia

Oleh sebab itu, dapatlah kita ketahui produk soy protein isolated dari Shaklee amat baik dan bermutu memandangkan ia perlu melalui kaedah yang teliti untuk menghasilkannya. Kita harus bijak memilih protein soya terbaik untuk diambil sebagai tambahan kepada diet. Pastikan produk soya pilihan anda selamat dari soya-soya yang boleh meningkatkan risiko kanser!

FAEDAH DAN KEBAIKAN ENERGIZING SOY PROTEIN SHAKLEE


Energizing Soy Protein Shaklee telah diiktiraf di seluruh dunia dengan menjalankan kajian klinikal yang paling banyak ke atas produk dan  protein kualiti tinggi yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan. Ia mengandungi hanya kacang soya non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik)  yang diproses di bawah suhu rendah. Selain itu, setiap tin 1kg ESP berasal dari 30 kg kacang soya dan ia adalah booster tenaga segera yang boleh bertahan selama berjam-jam.

Energizing Soy Protein Shaklee mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia. Ia adalah sesuai untuk semua peringkat umur – tua atu muda.

Protein kacang soya adalah dua kali lebih dari daging, 4 kali lebih dari telur, 12 kali lebih dari  susu. Ia juga rendah lemak, rendah kolesterol dan mudah diserap oleh badan manusia.

Faedah Energizing Soy Protein Shaklee yang utama:

Kekal Muda – Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.

Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.

Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.

Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan  parut.

Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.

Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.

Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.

Hubungi saya untuk membuat pesanan dan untuk mendapatkan harga istimewa!


INGATAN BUAT DIRI YANG LUPA - By Ebit Lew

Jom kita nasihat anak kita belajar2 kata-kata Nabi SAW. Ianya penuh dengan nur yang menerangi hati umat ini.

Abdullah Ibnu Abbas menceritakan suatu hari aku membonceng satu tunggangan di belakang Nabi SAW,

Lantas Nabi SAW bersabda'

Wahai anak, sesungguhnya aku akan ajarkan kepada kamu perkara penting,

Peliharalah (perintah) Allah nescaya dia akan memelihara kamu

Jagalah hak Allah, nescaya kamu akan dapati ALLAH didepan kamu ( Pertolongannya sentiasa bersama kamu)

Apabila meminta,mintalah pada Allah. Apabila memohon pertolongan maka hanya pohon kepada Allah.

Ketahuilah jika semua umat ini berkumpul untuk memberi manfaat kepada kamu, sekali-kali mereka tidak akan memberi manfaat kepada kamu melainkan manfaat yang telah ditakdirkan oleh Allah untuk kamu.

Jika mereka berkumpul untuk memberi apa-apa mudharat kepada kamu, sekali-kali ia tidak akan memberi mudarat kepada kamu melainkan sesuatu mudarat yang telah ditakdirkan oleh Allah untuk kamu

Pena telah diangkat dan tintanya telah kering yakni tidak mungkin berlaku perubahan dalam keputusan takdir.( tirmizi)

Bagaimana nasihat kita kepada anak-anak kita. Ya ALLAH bangunkan orang Islam dengan nasihat dan percakapan tentang Allah-

Teringat Hj Abdul Wahab suka kata, Amerika tiada kuasa, Allah yang berkuasa. Bom , atom tiada kuasa , Allah yang berkuasa.
Wahai ahli batil, jangan kamu ganggu kerja dakwah kerana bersama orang yang buat kerja ini ialah Allah.
Jika orang yang niat dakwah dan sentiasa membesarkan Allah. Bersamanya ialah Allah. melawan dan menghinannya seperti berlawan dengan Allah. Semoga Allah memberi hidayat kepada seluruh manusia- ebit lew

ESP - SOY PROTEIN ISOLATED



Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.
Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik.  ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.  Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol.

Shaklee ESP:
•    Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan
      rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
•    Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
•    Mengandungi lima  vitamin B penting, separuh daripada
      keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones.  Kajian
      menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal
      kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
•    Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu
      Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP),
      di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari
      proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Hubungi saya di http://www.facebook.com/anas.hasanah atau whatsapp/sms : 019-5597792 (anas) untuk konsultasi atau maklumat lanjut.

Tuesday 9 October 2012

SALAM BUAT SEMUA...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...

Disini bermulanya saya bersama Shaklee. Semoga Allah permudahkan urusan yang saya lakukan untuk mencari rezeki yang halal. Segalanya bermula bila saya mencuba produk Shaklee dan berniat untuk berkongsi kebaikan produk ini dengan anda semua. Dengan adanya blog ini saya akan berkongsi kebaikan produk yang istimewa ini.

Saya adalah pengedar sah Shaklee (ID 888236) Malaysia.
Cash on Delivery untuk customer Putrajaya / Banting / Bandar Baru Salak Tinggi

Penghantaran terus ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju
Jika anda perlukan suplemen semulajadi bagi
SKIN CARE
PERMASALAHAN KULIT
PENYUSUAN BAYI
IBU MENGANDUNG
BERPANTANG

MASALAH BERAT BADAN
KESUBURAN
ANAK KURANG SELERA MAKAN
UNTUK IBU BAPA dan banyak lagi

anda boleh:
pm saya atau
SMS / Whatsapp  : 019-5597792
Anda boleh dapatkan dari saya atau anda boleh dapatkan Shaklee di Cawangan seluruh Malaysia dengan ID saya. Dengan pembelian terus dari saya, anda layak untuk mendapatkan :
1. FREE AFTER SALE CONSULTATION
2. FREE INVITATION TO EXCLUSIVE FB GROUP FOR CUSTOMER