SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE (888236) NURHASANAH CHE MAT KAWASAN PUTRAJAYA, CYBERJAYA, DENGKIL, BANTING, NILAI DAN BBST

Sunday 20 October 2013

APA KATA DOKTOR TENTANG SHAKLEE?

Assalamualaikum.... Salam petang ahad yang nyaman...

Tadi menggodek2 fb, jumpa perkongsian Dr. Malinda tentang Shaklee. Doktor perubatan yang dah lama jatuh cinta dengan Shaklee.. kat bawah ni boleh baca macam mana beliau boleh bersama Shaklee. Bagaimana beliau sebagai seorang doktor cuba merawat orang-orang kesayangannya tapi dalam masa yang sama tidak mahu ada kesan negatif. Beliau membuat pilihan bijak dengan memilih Shaklee. Di sini, apa yang ingin saya kongsikan tentang kisah beliau ialah beliau tahu tentang ubat-ubatan yang memang dibuat dengan bahan sintetik, juga yang ditambah drug untuk kesan lebih cepat yang kemudiaannya digunakan oleh kita semua. Beliau sedar semua itu kerana itulah beliau sangat teruja berkongsi kebaikan Shaklee dengan semua.

Ya, saya sangat bersetuju dengan poin-poin yang diutarakan oleh beliau. Terutama perenggan ini :

"Shaklee has changed my life since 2004.

It changed our health. It changed our thinking. It change our maturity."

Ok.. Jom kita baca perkongsian oleh Dr. Marlina.

KENAPA SHAKLEE ?

Assalamualaikum untuk anda yang dirahmati Allah.

Kerapkali saya menerima inbox yang bertanya kenapa saya mencadangkan atau mengesyorkan produk Shaklee. 

Tidak kurang juga yang melamar untuk pelbagai produk pemakanan yang lain. 

Selalu juga orang bertanya, Doktor buat Shaklee ke?

Terpanggil untuk berkongsi pengalaman saya. 

September 2004 ~ 9 tahun lepas.

Saya rasa buntu dengan keadaan suami yang menghidap migraine yang sangat kronik. Hampir setiap minggu, pasti ada attack sehingga tahap menghantuk-hantuk kepala ke dinding. 

Pelbagai ubat tahan sakit dah saya beri, dari yang biasa-biasa, sampailah yang paling kuat. Sama je. Habis ubat tahan sakit, sakit la semula. In a process untuk dapatkan Ct-brain appointment. Takut juga ada ketumbuhan, etc.. Nauzubillah.

As a doctor, banyak pesakit saya yang ‘bocor’ usus disebabkan terlalu banyak makan ubat tahan sakit. Yang menderita kegagalan buah pinggang pun tak kurang banyaknya. 

So, saya dah boleh jangka, jika keadaan berterusan begini, risiko untuk suami menjadi sebahagian dari statistik sangat tinggi. NO! Saya tak sanggup. Sudahlah arwah ayah dulu.

Saya mula mencari alternatif kepada rawatan dan mula mencari jawapan melalui kekuatan nutrisi. Mula menjinak-jinakkan diri ke farmasi untuk mencari supplement. Walaupun tahu kebanyakkan di farmasi adalah ‘chemical based’ tetapi, tidak banyak pilihan ketika itu. 

Allah Maha Mendengar.

Tiba-tiba saya mendapat panggilan telefon di satu petang, ada pula rakan sekolah lama ingin datang ziarah ke rumah. Benarlah kata orang, tetamu datang membawa rezeki.  Tapi rezeki kali ini ~ Satu hadiah yang mula-mula saya nak tolak juga, almaklumlah.. Bila dengar melalui MLM, ada juga rasa nak lari.. hihi

Tapi, saya sentiasa bersikap terbuka. 

Walaupun bergelar doktor perubatan, tak semestinya kita tahu semua. Saya buang ego sebagai seorang doktor. Berapa banyak la subjek nutrisi di ajar masa di sekolah perubatan dulu, kurang dari 5% rasanya. Kalu ubat memang banyak la. 

Tapi, ilmu Allah tu luas. Apa yang kita tak tahu, tak semestinya tak bagus. Betul ke Betul? 

Jangan perlekeh pengetahuan insan lain.  

Macam payung terjun, kena terbuka luas baru berfungsi dengan baik, sama juga dengan minda kita. Kalu tertutup taksub, kita akan banyak hilang peluang yang Allah berikan.

Walaubagaimanapun, orang yang dah biasa menggunakan otak kiri - masih akan mencari fakta. Clinical studies.

Saya mula mencari fakta-fakta sains dan ujian klinikal ke atas produk-produk Shaklee. Bimbang jugak jika ada steroid etc. 

Alhamdulillah, semua pembacaan dan kajian sendiri saya menunjukkan jawapan yang positif terhadap produk Shaklee. Bukan senang nak percaya. Biasanya doktor mmg dilatih utk melihat evidence based medicine. 

Shaklee mempunyai banyak back-up science studies.

So, saya lebih confident dan saya dibukakan hati  untuk seterusnya menggunakan produk Shaklee, of course, specially for my beloved hubby. Antara produk awal yang dia makan malam tu – ESP, Bco, Vita C, Vitalea + Calsium. 

Pukul 3 pagi, tiba-tiba dia bangun sakit perut, cirit birit. Wah.. Risau jugak, keracunan ke apa ni? Shaklee ‘Natural based’, produk sejak tahun 1915, takkan la keracunan kot.. Confirm toksik banyak dan healing crisis ni, that was my thought.

Tapi , dengan kuasa diktator sebagai menteri kesihatan di rumah..hihi.. Saya paksa dia untuk teruskan pengambilan supplement tersebut. Suprisingly, selepas seminggu, tak ada migraine attack. 

Lepas 2 minggu pun tak ada.  Siap tunggu attack lagi dan ada pernah sekali, cuba kenakan hujan di kepala. Selalunya kalu kena hujan, sure tumbang, tapi Alhamdulillah. It really works.

Ok, gembira dengan testimoni pertama saya yang menunjukkan hasil positif.

Saya beralih  ke mak saya pula – Gastrik yang sangat teruk, almost setiap bulan kena. Pantang salah makan sikit, terus sakit perut, muntah-muntuh, cirit birit dan flat untuk sehari dua. 

Bertangguh nak buat scope sbb kesian sangat nak tengok mak saya di masukkan ‘wayar hitam berkamera’ tu kat mulut.. huhu. Ubat gastric dah macam-macam la. Kalu setakat ubat biasa dah tak jalan. 

Saya just bagi mak saya masa tu – ESP, Alfalfa, Zinc + Beta carotene. 

She shown tremendous improvement within one month. Mula-mula macam tak percaya. Tak kan la supplement lagi power dari ubat. Kalu cam tu, kenapa tak ajar masa kat medical school dulu? Kenapa government tak supply? 

Tapi, bila saya membaca lebih lanjut– saya dapat jawapan. 

Badan kita adalah satu mesin kompleks yang istimewa yang Allah ciptakan. 

Beri dia nutrisi atau zat yang diperlukan, dia tahu untuk ‘repair’ sendiri. 

Body Healing Mechanism. Subhanallah.

Saya terfikir, jika suami dan mak saya mendapat kebaikan dari produk Shaklee. Kenapa tidak saya berkongsi dengan keluarga, rakan-rakan dan pesakit saya. 

Then, bermulalah sessi sharing saya yang membawa kepada pelbagai tanggapan negative keluarga, kawan-kawan etc etc..

Pelbagai reaksi saya terima ..

Supplement? Rubbish! Just an expensive urine!

Dah tak cukup duit ke jadi doktor sampai nak buat Shaklee?

Shaklee mahal. Nak cepat kaya la tu.

Doktor mana boleh berniaga. Langgar etika.

Desperate sangat ke?

Boleh. Doktor kalu jual tahi bungkus cantik-cantik pun orang beli.

Itu tak termasuk panas telinga bila kawan-kawan perli.

Orang kaya la. Jutawan la. Saya amin kan saja doa-doa itu.

This is what I get, 9 years ago. Sinis. Pedih. Sedih. Hanya Allah je yang tahu.

Hippocrates Oath kata : DO NO HARM. Itu yang saya pegang.

Saya tak jual ubat batuk haram di klinik.
Saya tak ada jual ubat tidur. 
Saya tak tambah apa-apa dadah yang membahayakan diri. 
Saya tak bantu siapa-siapa gugurkan anak melalui produk. 

Saya hanya berkongsi nutrisi, pemakanan yang sel kita perlukan. 

Itu yang menjadi pegangan saya. Tak perlu rasa bersalah. Itu yang menjadi visi dan misi saya bahawa satu hari nanti, pasti ramai yang sedar kepentingan pemakanan tambahan dalam kehidupan dunia sekarang.

Ini yang menyuntik semangat saya untuk mendalami ‘Preventive Medicine’. Biar agak lari dari mainstream medicine, tapi saya tahu saya ada misi dan visi saya sendiri. 

Walaupun dibesarkan dalam keluarga bussiness minded - Mak dan arwah ayah mmg nak jadi jadi bisnesswoman, tapi sy berkeras nak jadi doktor. Jiwa sains kata saya..hihi. Tapi rupa-rupanya darah bisness memang ada sedikit sebanyak. Saya juga tengok lifestyle orang berniaga. Masa urus sendir. Tak de punch in dan punch out. Bebas!

Saya mula berkongsi dengan ramai orang. Bila kita berkongsi kebaikan, kita juga akan dapat kebaikan. Buat baik kan dapat pahala. By sharing, kita dapat Cash, Car dan Convention bonus dari company Shaklee. Tak apa, kalu kita nak tolak pun boleh, tapi dah company nak bagi.. Rezeki jangan di tolak. 

Apa yang saya perhatikan. Ramai orang datang dan pergi bila buat bisnes Shaklee. 

Tapi saya di sini bukan sekadar untuk Duit, Kereta atau Pelancongan percuma sahaja. Alhamdulillah, 5 figure income, 2 kali bonus kereta dan pelancongan ke luar negara dah banyak kali kami rasa tapi bukan itu sahaja matlamatnya.

Bukan itu matlamat saya. Ada banyak perkara yang lebih besar dari itu. 

Saya tidak mahu anda semua memenuhi katil-katil di hospital. 

Biar tak ramai pesakit. Biar semua orang sihat. Biar kawan-kawan doktor saya di hospital boleh rehat sedikit. Health is Wealth!

Selain kesihatan. Kekuatan ‘Emotional Intelligence’  banyak yang kami dapat melalui bisnes Shaklee. 

Ni gambar kami masa 2004 - tak sangka, hanya seronok berkongsi kekuatan nutrisi shaklee, ter'buat' bisness pulak.. hihi. Tetapi, itu lah keputusan yang terbaik saya telah lakukan. Meskipun banyak cabaran dalam perniagaan ini, sangat berbaloi.

Syukur. Kini saya sedar, Allah has a good plan for us dan Shaklee adalah platform untuk dia mengasah kekuatan jiwa kami. Dia ada plan untuk kami. Feeling Blessed.

Pergantungan pada Allah semakin akrab. Melayan pelbagai karenah manusia, mematangkan kami dalam komunikasi kemanusiaan. 

Banyak perkara ini saya tak dapat dalam dunia pekerjaan. Setiap bulan ada gaji, rasa sangat selamat. 

Bersyukur tetapi ada sesuatu yang kurang dan kosong dalam diri. 

Kebebasan membuat apa yang saya suka!. 

Terlalu sibuk jaga orang sakit, kadang-kadang anak sendiri sakit, bibik yang jaga sebab tak dapat cuti. Masa di rumah terhad. 8 jam dah tentu di tempat kerja. Tak nampak anak depan mata. Sebagai ibu, syurga kita adalah bila sentiasa bersama anak-anak. Dan itulah impian saya. Spending more time with them.

Itu semua pengalaman yang saya kutip 9 tahun lepas. Sangat mematangkan kami. Hidup sekali je, kenapa perlu stress hari-hari. Betul ke Betul? 

Alhamdulillah, Things changed now! Dulu susah nak tengok orang sekulit dengan kita makan supplement. Sekarang ni bila buka fb – ramai yang dah mula share produk-produk Shaklee. Pada saya itu menunjukkan kesedaran tentang kepentingan supplements dalam kehidupan sekarang. 

Saya gembira bila melihat ramai prihatin terhadap kesihatan sendiri. Cuma apa yang saya perhatikan, jangan terlalu mengejar UV. Bila niat kita lebih ikhlas, perkongsian akan jadi lebih manis. Rezeki Allah seperti udara. Cukup untuk semua orang. Hidup lebih tenang.

Shaklee has changed my life since 2004.

It changed our health.
It changed our thinking. 
It change our maturity.

For me, it is not just health or products, but a gift of new opportunity to a new life. 

Kepada anda yang prihatin untuk menggunakan supplement - Shaklee adalah  pilihan yang anda boleh fikirkan secara serius.

Credit : drmalinda

Kepada yang berminat untuk menyertai kami di Shaklee, boleh menghubungi saya di talian, 019 559 7792 untuk sebarang pertanyaan. InsyaAllah, saya akan guide anda untuk mencapai 3C (cash, car, convention). Jom bersama payung Jutawan. Anda tidak akan dipinggirkan. Asal ada kemahuan dan usaha, pasti akan berjaya.. 

Tuesday 15 October 2013

ANAK : 5 Perkara Yang Anda Rasa Betul, tetapi sebenarnya SALAH

1. Anak anda mendapat kecederaan di kepala hingga tidak sedarkan diri.

Tindakan awal anda mungkin membawa mangsa tersebut balik ke rumah atau mengejarkan mangsa ke hospital. SALAH! Mengikut pakar, tindakan bijak yang perlu dilakukan ialah menghubungi 999 untuk bantuan kecemasan. 

Ini kerana dengan kecederaan kepala, anda tidak tahu betapa seriusnya kecederaan yang dialami. Mangsa mungkin turut mengalami kecederaan otak atau tulang belakang, dengan mengubah kedudukan mangsa mengakibatkan keadaan bertambah buruk.

Apa yang perlu anda lakukan ialah memastikan mangsa masih bernafas dan mempunyai nadi. Jika jawapannya ya, anda boleh menepuk mangsa sedikit dan memanggil namanya untuk melihat samada kanak-kanak itu masih sedar. Jika mangsa tidak bernafas mulakan CPR dengan segera.

 2. Anak anda hilang di tempat awam. 

Tindakan awal anda mungkin mencarinya sendiri. SALAH! Dalam keadaan dunia sekarang, kita harus mengandaikan yang terburuk. Mencari seorang diri di tempat yang luas dan besar akan mengambil masa yang panjang. Tindakan yang sewajarnya ialah meneliti di kawasan sekeliling anda dan menjerit memanggil namanya. 

Jika itu tidak berhasil, minta pertolongan dan bantuan daripada kakitangan di tempat tersebut dengan segera. Pekerja dan kakitangan gedung-gedung yang besar selalunya telah dilatih untuk mengatasi situasi sebegini. Mereka boleh memantau laluan keluar masuk, memeriksa tandas-tandas dan sebagainya. Jika tindakan itu gagal untuk menemui anak anda, hubungi polis dengan segera.

 3. Anda melihat anak kecil anda memegang botol ubat atau bahan keperluan rumah yang merbahaya dan anda tidak tahu samada ia telah menelannya.

Tindakan awal anda mungkin menyimpan bahan tersebut dan memerhati keadaannya samada jika dia mula jatuh sakit. SALAH! Pakar-pakar mengesyorkan supaya anda tidak tunggu dan lihat apa yang akan berlaku. 

Sebaliknya, bawa anak anda untuk menjalani pemeriksaan atau hubungi bantuan kecemasan dengan segera. Mereka boleh memberi nasihat samada bahan tersebut tidak beracun atau pun membawa anak anda ke bilik kecemasan.

 4. Anda dapat lihat tubuh anak anda di dasar kolam renang. 

Nauzubillah!!! Jika keadaan ini berlaku apa yang terlintas pada fikiran setiap ibu bapa ialah terjun dan selamatkan. SALAH! Mengikut kata pakar kebanyakkan orang tidak mampu untuk melakukannya bersendirian.

Tindakan yang sewajarnya; jika boleh, ialah dengan memberitahu orang lain apa yang terjadi dan meminta mereka menghubungi bantuan dengan secepat mungkin. Kemudian, sebelum anda terjun cari sesuatu untuk mengapungkan tubuh anda.

Sejurus keluar dari air, cuba hidupkan semula jantung dan paru-parunya dengan melakukan CPR. Teruskan CPR samada sehingga bantuan tiba, anak itu kembali pulih atau sehingga anda sudah tidak terdaya lagi.

5. Semasa perkelahan di tepi pantai, anak anda telah terkena senggatan ubur-ubur (jellyfish). 

Tindakan awal anda mungkin membasuh tempat senggatan tersebut dengan air bersih atau sebarang bahan alkohol atau bagi sesetengah orang menyiramnya dengan air kencing. SALAH!

Tindakan yang sepatutnya anda lakukan menurut pakar perubatan ialah, membilas tempat senggatan itu dengan air laut. Air tawar atau air yang anda rasakan bersih sebenarnya akan menambahkan kesakitan.

Seterusnya buang semua sesunggut binatang berkenaan yang boleh anda nampak. Tekap tempat berkenaan dengan cuka putih (white vinegar) sehingga kesakitannya hilang. Jika keadaan bertambah buruk kejarkan ke hospital.

 ------------------------------
Sumber:  Mohd Shubhi Abdul

Monday 14 October 2013

TIPS UNTUK IBU BAPA YANG DIANUGERAHKAN ANAK HYPERACTIVE

Ramai ibubapa yang mempunyai anak hiperaktif memandang ringan masalah yang melanda anak-anak mereka. Bagaimanapun, ada juga ibubapa menggunakan kekasaran untuk menangani perilaku anak-anak hiperaktif. Anak-anak hiperaktif seharusnya di didik menggunakan pendekatan yang sedikit berbeza daripada anak-anak normal yang lain.

1. Latih anak-anak hiperaktif untuk displin, agar dia dapat mengatur dirinya dengan baik.

2. Jangan menghukumnya kerana perilaku hiperaktif tersebut bukan sepenuhnya kesalahan anak anda.

3. Jangan sesekali melabel anak hiperaktif ( atau anak-anak) sebagai anak nakal, malas atau bodoh, kerana akhirnya  ia akan bersikap seperti yang dilabelkan kepadanya. Berhati-hati dengan apa yang anda keluarkan dari mulut anda. Kata-kata adalah doa. Beringatlah selalu.

4. Keefektifan sesebuah rawatan berbeza-beza bagi setiap anak. Ibu bapa harus menentukan rawatan yang terbaik buat anak.

5. Berikan kasih sayang (bukan memanjakan) pada anak hiperaktif melebihi saudaranya. Alasannya, seberapa banyak kasih sayang yang ditumpahkan pada anak hiperaktif, ia tetap tidak akan penuh.

6. Dalam mengajar anak hiperaktif, jangan bosan untuk terus menerus mengulang hal-hal yang sama, agar cepat dapat dipelajari dan diingati seperti anak yang normal.

7. Apabila di depan anak, katakanlah pada orang lain bahawa ida adalah anak yang baik, dan jangan mengunkit-ungkit kesahan-kesalahan yang pernah dilakukan.

8. Selalulah berwaspada, perhati dan kawal anak agar ia tidak bertindak sesuatu yang boleh membahayakan diriny atau orang lain.

9. Perbanyakkan komunikasi dengan anak. Jika pada anak normal kita cenderung berkomunikasi pada saat-saat tertentu, pada anak hiperaktif kita seharusnya berkomunikasi 'setiap satu minit sekali'.

10. Salah satu hal yang paling sulit mengatasi anak hiperaktif adalah ketika sedang berada di meja makan dan kita meminta mereka memakan sendiri. Mungkin dia akan memainkan makanannya atau berlari-lari mengelilingi meja makan. Jangan marah dia! Yang harus anda lakukan adalah menyuapkan mereka dengan sabar.

11. Kita sebagi ibubapa bolehlah bertanyakan kepada doktor untuk mengentahui apakah anak-anak kita akan mengalami alahan terhadap beberapa jenis makanan yang tertentu serta apaka perlu ada cara penyediaan yang khusus untuk hidangan anak-anak hiperaktif.

12. Untuk anak-anak hiperaktif, kita sebagai penjaga perlu berhati-hati dengan program-program di kaca television yang menampilkan adegan-adengan yang ganas, tidak bermoral serta boleh memudaratkan cara berfikir mereka.

13. Anak hiperaktif memang kurang bijak untuk mengendalikan diri mereka terutamanya di kala sikap agresifnya menguasai. Sebaik-baiknya fikirkan cara agar tenaga agresifnya itu disalurkan pada aktiviti yang tepat. Misalnya dengan mengizinkan mereka mengikuti aktiviti-aktiviti luar atau membuat pekerjaan rumah atau sebagainya.

14. Selain dari itu, ibubapa yang mempunyai anak-anak hiperaktif menggunakan pendekatan berdasarkan agama seperti membaca doa. Antara doa-doa yang sesuai diamalkan oleh orang tua untuk anak-anaknya.

a) Al Bagarah : 128 Doa agar anak patuh kepada Allah
b) Al Imran : 38 Doa agar diberi anak yang baik.
c) Furqan : 74 Doa agar diberi zuriat yang menyenangkan hati
d) Ibrahim : 40 Doa agar anak tetap mengerjakan solat

Sunday 13 October 2013

ANAK : 5 PERKARA YANG ANDA RASA BETUL, TAPI SEBENARNYA SALAH

ANAK : 5 PERKARA YANG ANDA RASA BETUL, TAPI SEBENARNYA SALAH

1. Anak anda mendapat kecederaan di kepala hingga tidak sedarkan diri.

Tindakan awal anda mungkin membawa mangsa tersebut balik ke rumah atau mengejarkan mangsa ke hospital. SALAH! Mengikut pakar, tindakan bijak yang perlu dilakukan ialah menghubungi 999 untuk bantuan kecemasan. 

Ini kerana dengan kecederaan kepala, anda tidak tahu betapa seriusnya kecederaan yang dialami. Mangsa mungkin turut mengalami kecederaan otak atau tulang belakang, dengan mengubah kedudukan mangsa mengakibatkan keadaan bertambah buruk.

Apa yang perlu anda lakukan ialah memastikan mangsa masih bernafas dan mempunyai nadi. Jika jawapannya ya, anda boleh menepuk mangsa sedikit dan memanggil namanya untuk melihat samada kanak-kanak itu masih sedar. Jika mangsa tidak bernafas mulakan CPR dengan segera.

 2. Anak anda hilang di tempat awam. 

Tindakan awal anda mungkin mencarinya sendiri. SALAH! Dalam keadaan dunia sekarang, kita harus mengandaikan yang terburuk. Mencari seorang diri di tempat yang luas dan besar akan mengambil masa yang panjang. Tindakan yang sewajarnya ialah meneliti di kawasan sekeliling anda dan menjerit memanggil namanya. 

Jika itu tidak berhasil, minta pertolongan dan bantuan daripada kakitangan di tempat tersebut dengan segera. Pekerja dan kakitangan gedung-gedung yang besar selalunya telah dilatih untuk mengatasi situasi sebegini. Mereka boleh memantau laluan keluar masuk, memeriksa tandas-tandas dan sebagainya. Jika tindakan itu gagal untuk menemui anak anda, hubungi polis dengan segera.

 3. Anda melihat anak kecil anda memegang botol ubat atau bahan keperluan rumah yang merbahaya dan anda tidak tahu samada ia telah menelannya.

Tindakan awal anda mungkin menyimpan bahan tersebut dan memerhati keadaannya samada jika dia mula jatuh sakit. SALAH! Pakar-pakar mengesyorkan supaya anda tidak tunggu dan lihat apa yang akan berlaku. 

Sebaliknya, bawa anak anda untuk menjalani pemeriksaan atau hubungi bantuan kecemasan dengan segera. Mereka boleh memberi nasihat samada bahan tersebut tidak beracun atau pun membawa anak anda ke bilik kecemasan.

 4. Anda dapat lihat tubuh anak anda di dasar kolam renang. 

Nauzubillah!!! Jika keadaan ini berlaku apa yang terlintas pada fikiran setiap ibu bapa ialah terjun dan selamatkan. SALAH! Mengikut kata pakar kebanyakkan orang tidak mampu untuk melakukannya bersendirian.

Tindakan yang sewajarnya; jika boleh, ialah dengan memberitahu orang lain apa yang terjadi dan meminta mereka menghubungi bantuan dengan secepat mungkin. Kemudian, sebelum anda terjun cari sesuatu untuk mengapungkan tubuh anda.

Sejurus keluar dari air, cuba hidupkan semula jantung dan paru-parunya dengan melakukan CPR. Teruskan CPR samada sehingga bantuan tiba, anak itu kembali pulih atau sehingga anda sudah tidak terdaya lagi.

5. Semasa perkelahan di tepi pantai, anak anda telah terkena senggatan ubur-ubur (jellyfish). 

Tindakan awal anda mungkin membasuh tempat senggatan tersebut dengan air bersih atau sebarang bahan alkohol atau bagi sesetengah orang menyiramnya dengan air kencing. SALAH!

Tindakan yang sepatutnya anda lakukan menurut pakar perubatan ialah, membilas tempat senggatan itu dengan air laut. Air tawar atau air yang anda rasakan bersih sebenarnya akan menambahkan kesakitan.

Seterusnya buang semua sesunggut binatang berkenaan yang boleh anda nampak. Tekap tempat berkenaan dengan cuka putih (white vinegar) sehingga kesakitannya hilang. Jika keadaan bertambah buruk kejarkan ke hospital.

 ------------------------------
Sumber:  Mohd Shubhi Abdul

SUPPLEMENT KEPERLUAN ATAU KEHENDAK?

Bila baca kajian-kajian perubatan terkini, rasa ngeri pulak bila melihatkan angka-angka yang dipaparkan. Mana tidaknya, semua berkait dengan penyakit-penyakit kritikal seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jangtung, kanser dan pelbagai lagi penyakit yang makin tinggi kena pada rakyat negara kita. Kenapa ye?
Jom kita baca n kaji list di bawah ni, kemudian tanyakan pada diri, "supplement~keperluan atau kehendak?"  dan "perlukah mengambil supplement?"

1 -Kita sering terdedah dengan pencemaran alam sekitar

Dalam sehari, bolehkan anda beritahu saya berapa kali anda tidak terdedah kepada pencemaran? TIADA?? Dari saat anda menghidupkan enjin kereta anda telah pun terdedah kepada pencemaran. Tahukah anda pemeluwapan dari bahan-bahan didalam kereta terutama dari dashboard kereta anda itu mengandungi bahan kimia berbahaya? YA, ia mengandungi karsinogen, sejenis bahan kimia toksik yang boleh menyebabkan kanser.

Bagaimana pula dengan Cat rumah! Asap Rokok! Asap kenderaan! Jika di senaraikan semua puncanya, nanti ada pula yang memakai sut pelindung dan berkurung didalam rumah. SATU lagi fakta penting yang anda perlu tahu: PENCEMARAN adalah satu faktor yang menyumbang kepada pertambahan RADIKAL BEBAS kedalam tubuh kita! Jadi tidak hairan ramai rakyat Malaysia kini mendapat penyakit yang misteri dan chronic.

2 - Tubuh badan kita memerlukan dos yang lebih tinggi bagi sesetengah nutrien

Apabila tubuh badan kita tidak sihat, kita memerlukan lebih nutrient yang membekalkan antioksidan dan menigkatkan imun sistem seperti Vitamin C, Vitamin E dan lain-lain. Sekiranya kita mengalami kecederaan, pengambilan nutrien protein adalah sangat crucial bagi membantu proses baik pulih sel yang rosak dan proses penghasilan sel-sel baru.

Untuk Ibu-ibu hamil dan ibu-ibu yang sedang menyusukan anak, jumlah nutrien harian yg diperlukan adalah lebih tinggi dosnya berbanding dengan individu yang tidak hamil atau menyusukan.

3 - Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin terjejas atau tercemar

Manusia lazim memilih sayuran atau buah-buahan yang tampak segar tanpa cela apabila membeli di pasaraya. Tahukah anda, kebiasaannya sayuran dan buah-buahan yang anda nampak lazat dan fresh itu boleh mengundang bahaya? Kebanyakan sayuran dan buah-buahan yang terdapat dipasaran kini diselaputi dengan racun serangga yang berbahaya dan bahan pengawet untuk membolehkan ia bertahan lama.  Penggunaan baja kimia pula kini semakin meluas digunakan.

Pastikan anda memilih sayuran atau buah-buahan yang ditanam secara ORGANIK.

4 - Mengamalkan gaya hidup tidak sihat

Cuba anda ceritakan jadual seharian anda kepada saya, berapa ramai yang menghabiskan lebih masa ditempat kerja berbanding berehat dan beriadah bersama keluarga? Waktu berkerja lazimnya bermula seawal jam 8 pagi dan berakhir seawal jam 5 petang (8 jam waktu berkerja dan 1 jam waktu rehat). Namun apa yang jelas kini, terutama bagi warga kota keluar rumah seawal jam 7 bersesak didalam LRT atau menyerah diri pada kesesakan di jalan raya dan pulang pula sehingga lewat jam 9... tiba dirumah setelah bersesak jam 10 malam...WOW!!

Bersesak dalam LRT = STRESSJalan Jammed = STRESSKerja Banyak = STRESS

STRESS ---> Membawa kepada kemusnahan Vitamin B dan Vitamin C kerana kedua-dua vitamin ini sangat FRAGILE!

Bila pulang jam 10, kemudian anda semua dinner? hehehe... Inilah punca ramai yang perut boroi dan ia semakin menjadi kelaziman. Tidak cukup dinner, tambah dengan supper di Uptown/downtown. Iffa ada buat survey beberapa kali di downtown cheras, boleh kira dengan jari jumlah pengunjung yang hanya pergi membeli belah, selebihnya sedang enak menikmati steamboat, satay ikan, jagung bakar, nasi lemak ...pukul 2-3 pagi?? Naik hairan sebab hari-hari pasti penuh.. kemudian balik kerumah dan tidur.. Agak-agaknye kemana ya makanan yg baru dimakan itu pergi?

Makan lewat malam = pengumpulan lemak berlebihan + peningkatan cholestrol = BOROI

Dan rutin harian inilah yang terus dan terus anda lakukan...jadi tidak hairanlah penyakit High BP dan High Cholestrol kini mula menyerang individu diperingkat umur yg masih muda.

5 - Kebanyakan rakyat Malaysia makan ikut selera rasa

Nasi lemak lazimnya dimakan diwaktu pagi untuk dijadikan santapan sarapan pagi. Namun kerana kelazatannya dan lemaknya nasi itu, ia kini dinikmati tidak kira masanya. Pelbagai gaya nasi lemak yang kita boleh dapatkan 24 jam terutama di kedai2 mamak. Fast Food pula kini menjadi budaya rakyat Malaysia. Jika dulu susah nak cari Fast Food sekarang kiosknya tumbuh bagai cendawan selepas hujan.. SEDAP dan CEPAT!

Bagi yang membesar di Melaka atau negeri sembilan, masakan berasaskan santan adalah suatu kemestian. Pertambahan calori amatlah mudah ya, manakala untuk membakarnya pula mengambil masa yang lama dan bergantung pula aktiviti apa yg dilakukan.

6 - Gangguan Penyerapan Nutrisi daripada Makanan

Anda penggemar makanan/minuman berkaffein? Tahukah anda kaffein boleh menghalang penyerapan Vit D dan Calcium kedalam tubuh? Ia juga turut menganggu menyerapan penyerapan beberapa nutrient penting dalam tubuh.

7 - Kehilangan nutrien dalam makanan

Mungkin anda rasa anda telah berikan yang terbaik buat keluarga anda. Menyediakan makanan kegemaran suami dan anak-anak adalah perkara yang sangat menyeronokkan. Tapi, adakah anda pasti anda berjaya mengekalkan nutrisi yang terdapat di dalam makanan tersebut?

Bahan-bahan segar dari ladang akan kehilangan nutrisi ketika proses pengasingan, pembungkusan dan penghantaran. Kemudian, sampai dirumah disimpan di dalam peti sejuk - hilang sedikit nutrisi lagi.. sayuran dipotong dan terdedah akan penyebabkan pengoksidaan vitamin c, hilang nutrisi lagi.. cara memasak? menggoreng? memasak terlalu lama? jadi apa pula yang tinggal ya? Renung-renungkanlah..

RUMUSAN: Bagi Iffa, apabila melihat gaya hidup Iffa, Iffa tahu suplemen adalah menjadi kewajipan untuk diambil TETAPI bukan untuk menggantikan makanan harian sebaliknya untuk menampung kekurangan zat nutrisi yang tidak Iffa dapatkan dari makanan harian yang Iffa ambil. Bukan sekadar itu, suplemen kini telah menggantikan ubat-ubat yang lazim Iffa ambil untuk rawatan SLE. Perbezaannya amat ketara, pengambilan ubatan dapat mengurangkan simptom penyakit tetapi mengundang kepada permasalahan lain walhal supplemen selain mengurangkan simptom penyakit dan menambahbaik mutu kesihatan.

Tepuk dada tanyalah minda anda yang waras... janganlah ditanya nafsu kerana ia membinasakan.

Credit to Iffa

Saya merupakan pengedar Shaklee (Sid : 888236) di kawasan Putrajaya, Cyberjaya, Nilai, Dengkil dan Banting. Sekiranya berminat untuk mendapatkan set makanan tambahan untuk kurus, untuk ibu menyusu, ibu hamil, selepas pembedahan, anak bijak, kecantikan kulit dalaman dan luaran, boleh menghubungi saya di talian 019 559 7792 (whatsapp / sms) untuk mendapatkan harga senyum, konsultasi ramah mesra, bersama support group kami serta pembelian berbaloi setiap kali bersama saya.

Saturday 28 September 2013

CARA BANTU UNTUK DAPATKAN ANAK YANG SOLEH

Credit : Dato' Dr Dato' Dr. HajiFadzilah

As salamu'alaikum shbt tersayang. Ramai yg mohon tip kaedah didik anak menjadi soleh. Pesan Nabi saw: Anak2 yg nakal atau degil semasa kecil, akan menjadi org dewasa yg bijaksana. So tukar paradigma kita ttg anak kita itu. Fikir & kata2 ibubapa/ guru adalah DOA YG MAKBUL. Sabda Nabi SAW: Allah bertindak seperti mana yg di fikirkan oleh hambaNya.

Di antara perkara yg kita boleh lakukan utk bantu anak2 menjadi insan yg soleh:

1. Sentiasa berdoa utk mendapat anak yg soleh. Doa itu senjata terpenting org yg beriman.

2. Didik anak ttg solat & ibadah yg lain sejak kecil. Setelah beri ingatan & amaran, wajar rotan anak yg tak solat di umur 10 thn. Ramai ibubapa yg rotan anak atas berbagai kesalahan, tapi tak sampai 10% ibubapa yg rotan anak sbb tak solat!!!

3. Biasakan anak mengamalkan sunnah2 harian-- mkn & minum, amalan di bilik air, amalan berpakaian, tertib belajar, pergaulan, tertib tidur, dll

4. Pastikan anak2 makan mlm sebelum maghrib spt yg Nabi saw sarankan supaya mudah belajar waktu mlm. Mkn malam lepas maghrib buat anak mudah letih & mengantuk bila belajar. Makanan hadam sekitar 1- 1 1/2 jam selepas makan. So anak boleh belajar dgn berkesan & fokus jika belajar 11/2 jam selepas mkn mlm. Pastikan anak kurang makan daging merah, banyakkan daging putih spt ayam & ikan. Daging merah buat anak irritable & agresif. Pastikan mrk MAKAN BUAH2AN SBLM MAKAN NASI agar badan dpt serap Vit C yg ada dlm buah2an. Vit C membantu tenangkan fikiran anak di samping jaga kulit. Mkn buah selepas mkn nasi adalah amalan yg sia2 sbb badan tak dpt serap nutrien dlm buah2an bila perut dah kenyang!

5. Banyakkan memeluk & memuji anak2. Anak yg sering di peluk & di puji/ belai akan tenang, kurang degil, rasa selamat & di sayangi & tak perlu nak buat nakal utk tarik perhatian ibubapa.

6. Pesan kpd anak utk menghadap Qiblat semasa belajar/ mengaji. Ini akan tingkatkan keberkatan dlm belajar.

7. Beri anak supplemen yg dpt menguatkan minda, tenangkan fikiran & stabilkan emosi. Cuba dapatkan EXCEL SUPREME atau supplemen lain mengikut pilihan anda.

8. Cari peluang berjumpa guru2 anak di Sek tempat dia belajar. Minta nasihat & bimbingan ttg cara nak bantu anak belajar di rumah.

9. Bacakan di kepala anak: Fatehah, ayar qursi dan surah al Insyirah utk rangsang otak & memori anak dan jadikan dia anak yg tenang, baik akhlak, rajin ke sek & pintar. Bacakan waktu mlm masa anak nak belajar atau waktu anak nak pergi ke sek atau bila2 masa yg sempat.

10. Elakkan anak memakai pakaian berwarna merah atau orange. Ikut kajian, warna merah dan orange akan rangsang anak jadi agresif dan hyperaktif.

11. Suruh anak tidur mengiring kekanan agar otak jadi lebih pintar, puas tidur & ikut sunnah Nabi.

12. Pastikan rezki yg ibubapa terima benar2 berkat dgn mengelakkan perkara haram & syubahat & keluarkan zakat pendapatan & zakat emas perak jika berkenaan. Rezki yg kurang berkat juga jadi punca anak jadi agresif & extra nakal.

13. Kenali kwn2 anak & ziarah ke rumah mrk utk berkenalan dgn ibubapa kwn2 anak.

14. Doakan guru2, kwn2 anak & jiran kita agar cemerlang & soleh. In sya Allah akan di aminkan Malaikat & Malaikat akan doakan kita MENDAPAT APA YG KITA DOAKAN UTK ORG LAIN!

15. Anak tak ingat apa yg ibubapa tuturkan, tapi anak mudah ingat apa yg ibubapa pamerkan. Justeru, ibubapa wajib pamerkan amalan & peribadi yg Allah redha.

16. HARAMKAN SEMUA PERKATAAN NEGATIF (spt bodoh, jahat, degil, malas, bengong, goblok!) dlm rumahtangga. Kata2 ibubapa merupakan doa!

17. Padam semua kata2 negatif yg pernah di sebut kpd anak2 dgn memohon maaf & memuji anak dgn jelas. Cthnya: Abah minta maaf sbb kata kamu bodoh. Sebenarnya anak abah ni pandai-- buat homework sblm abah suruh, solat sblm ibu berleter, layan adik dgn baik & tak herdik2. Ikut kajian psikologi: Satu pujian yg jelas akan MEMADAM 300 KUTUKAN YG LALU! Maha suci Allah SAWT.

18. Ibubapa takkan mampu MENGUBAH ANAK2! Tapi bila ibubapa berubah, Allah akan ubah anak2. Justeru, ibubapa overhaul diri secara bersepadu agar Allah ubah anak2 jadi hebat & cemerlang.

19. Ibubapa JGN MENGHARAP ANAK2 BERUBAH, SBLM IBUBAPA BERUBAH DULU!

20. Setelah melakukan yg terbaik mengikut kemampuan, KITA BERSERAH KPD ALLAH SWT.

21. Saya BERPESAN KPD DIRI SAYA & KPD SEMUA SHBT TERSYG UTK SAMA2 BERUSHA utk mendidik anak menjadi anak2 yg Allah redha. Aameen, wassalam.