SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE (888236) NURHASANAH CHE MAT KAWASAN PUTRAJAYA, CYBERJAYA, DENGKIL, BANTING, NILAI DAN BBST

Monday 25 March 2013

ANDA PERLU MAKANAN TAMBAHAN

Makan dari dapur yang di masak sendiri tanpa menggunakan cili sos, tomato sos, kicap, mee yang dibuat sendiri, makanan yang dijeruk sendiri, perasa yang dibuat sendiri? Macam dalam drama Korea Jewel In The Palace tu.. (err.. i ni peminat drama ni tau.. banyak kali tengok pun tak jemu.. hihi..). itu beberapa contoh makanan yang selalu kita guna kat rumah la.. Nak buat sendiri? Boleh. Tak ada masalah. Tapi sukar.. Sebab kita hidup sekarang ni memang terkejar-kejar. Semua nak cepat. Tu tak masuk lagi makanan macam jajan, fast food semua tu.. Hmmm.. tu la antara penyebab utama kita semua ni perlukan pemakanan tambahan untuk tingkatkan kualiti hidup.. Bukan setakat badan aje nak slim, cantik. tapi dalaman pun nak jugak sihatnya.. Ok jom kita semak kenapa kita semua ni perlukan makanan tambahan..

Kesihatan menjadi idaman semua insan, semua insan mengakui sihat apabila diajukan soalan kepadanya, tapi hakikatnya kesihatan bukan dilihat secara zahir tetapi ia merupakan perkara rahsia kerana kita tidak dapat menjangkakan apa yang sedang berlaku kepada tubuh badan kita sehari-harian di zaman moden ini.Kenapa Pemakanan TambahanMakanan harian sepatutnya mengandungi zat-zat dan vitamin perlu untuk menjamin kesihatan tetapi malangnya kini ia terdedah kepada :
- pencemaran makanan dengan tambahan bahan kimia,
- pencemaran alam, makanan diproses oleh manusia,
- gaya hidup yang moden dan cepat / tidak sihat, seimbang
- pemakanan yang tidak seimbang.
- Selain bersenam dan amalan kesihatan lain ia tidak memadai jika tidak disertakan dengan program pemakanan tambahan.

Makanan tambahan bererti makanan seharian kita yang masih diperlukan untuk membentuk kesihatan yang benar-benar sempurna dan lengkap, untuk mengelakkan dan mencegah daripada menghidap penyakit. Ia merupakan langkah pencegahan dan berjaga-jaga bagi mereka yang mementingkan kesihatan, dan ingin hidup lebih lama, panjang umur ! Sihat & cergas untuk terus beribadah, bersama-sama orang-orang tersayang.
Nampaknya punca berlakunya penyakit ialah kesan tidak sempurna dan lengkapnya pemakanan, jadi ia perlukan makanan tambahan.

Mengapa Vitamin (Pemakanan Tambahan) Adalah Penting

Kerana Pemakanan Tambahan Adalah Keperluan Asas, Tiada Pilihan Lagi
- Tubuh kita perlukan dos yg lebih tinggi bagi sesetengah vitamin,
- Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin ditanam di atas tanah yg kurang subur,
- Mungkin berlaku kehilangan zat makanan semasa memasaknya,
- Gaya hidup kita mungkin mengganggu penyerapan zat makanan,
- Kepelbagaian makanan mungkin terhad dalam hidangan kita,
- Kita mungkin kerap makan di luar,
- Gaya hidup yang tidak aktif,
- Banyak stress di tempat kerja, di jalanan dll,
- Kerap demam atau jangkitan selesema dll
- Makanan kini digabungkan dengan bahan kimia, bahan awet, pewarna, perisa MSG dll.
- Peningkatan penyakit berkaitan diet (serangan jantung, kanser, kencing manis, tekanan darah tinggi, osteoporosis dll)

Siapa Yang Sangat Perlukan Vitamin ?

- Pengidap penyakit yg tenat,
- Org yg memelihara diet makanan,
- Org yg terlalu alahan 'alergi' dgn makanan,
- Kanak-kanak yg membesar,
- Remaja, pelajar sekolah yang meningkat usia,
- Wanita hamil dan ibu yg menyusukan,
- Warga tua,
- Ahli sukan,
- Pekerjaan yg stress tinggi,
- Selepas pembedahan,
- Pekerja shift,
- Mrk yg mencari kesihatan melalui pemakanan tambahan.


Sabda RasuluLlah (SallaLlahu alaihi wa sallam):
“ Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah dari pada mukmin yanglemah dalam setiap amal kebaikan" 
 credit : Grand Nanny E-Laila