SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE (888236) NURHASANAH CHE MAT KAWASAN PUTRAJAYA, CYBERJAYA, DENGKIL, BANTING, NILAI DAN BBST

Saturday 28 September 2013

BAHAYA BAYI TIDAK MENANGIS KETIKA DILAHIRKAN

Bahaya bayi tidak menangis ketika dilahirkan. Orang tua-tua menyatakan bayi yang lahir menangis kerana takutkan syaitan dan jin yang jahat yang menunggu di alam dunia. Namun perubatan moden menyatakan bayi yang lahir perlu menangis untuk menggalakkan fungsi paru-paru untuk bersedia menerima oksigen. Ini kerana, semasa di alam rahim, bayi mendapatkan bekalan oksigen melalui uri (plasenta). Setelah dilahirkan, bayi ini perlu menangis untuk membuka rongga pernafasan dan menyedut udara ke dalam paru-paru.

kegagalan bayi untuk menangis ketika dilahirkan menyebabkan belakan oksigen tidak dapat sampai ke otak dan menyebabkan otak bayi mengaami kerosakan.

Jadi, istilah yang digunakan adalah Neonatal Encepahalopathy. Istilah ini menggambarkan 'masalah saraf yang dihadapi oleh bayi sejak kelahirannya. Menyebabkan bayi itu sukar bernafas secara normal, tidak mempunyai kekuatan otot dan refleks otot, mempunyai tahap kesedaran yang tidak normal dan selalunya mengalami sawan'.

Masalah saraf ini boleh berlaku atas pelbagai sebab, sama ada ketika hamil, sedang melahirkan atau setelah dilahirkan. Tetapi jika masalah kerosakan saraf pada bayi akibat oksigen tidak cukup, ia dinamakan sebagai Hypoxic Ischemic Encephalopathy (HIE).


Bagi memahami prognosis atau masa depan bayi yang mengalami kekurangan oksigen dan tidak menangis ketika dilahirkan, seorang doktor harus memeriksa saraf bayi itu ketika berada dalam NICU.

Bukan setakat itu saja, banyak lagi pemeriksaan yang melibatkan pengambilan darah, pemeriksaan EEG dan sebagainya. Pendek kata, kadang kala kita tidak sampai hati dengan penderitaan bayi ketika menjalani pemeriksaan-pemeriksaan tersebut. Walaubagaimanapun, pemeriksaan ini amat penting.

Dianggarkan 15-20% bayi yang lahir dengan masalah ini akan meninggal dunia sama ada ketika dilahirkan atau sebelum berumur setahun. Sementara 25-30% bayi yang hidup menghadapi masalah saraf apabila besar dan mengalami masalah cerebral palsy, mental retardation dan kesukaran belajar.


Terdapat tiga peringkat kerosakan otak (encephalopathy) di kalangan bayi yang dilahirkan.

Stage 1
  • Untuk beberapa hari selepas kelahiran, kekuatan otot (muscle tone) mungkin akan lebih sedikit. Ini bermakna, apabila kita cuba merenggangkan tangan, bayi seolah-olah cuba 'melawan'. Beberapa ujian refleks (deep tendon reflexes) yang dilakukan oleh doktor menunjukkan tanda yang berlebihan (brisk). Beberapa hari kemudian, kekuatan dan reflex menjadi normal.
  • Bayi juga mungkin kelihatan lemah untuk menyusu, mudah menangis dan menjerit kuat ketika terjaga. Apabila tidur, ia tidur dengan nyenyak dan lama.
  • Pemeriksaan saraf lain mungkin normal.
  • Pemeriksaan electroencephalogram juga normal.

Stage 2
  • Bayi kelihatan letih, kekuatan ototnya lemah dan pemeriksaan deep tendon reflexes menjadi negatif.
  • Bayi mungkin sudah tidak berdaya menghisap susu lagi.
  • Bayi diserang sawan dalam masa 24 jam dilahirkan. Kadangkala sukar bernafas ketika tidur.
  • Jika keadaannya bertambah baik dalam masa 1-2 minggu, InsyaAllah ada kemungkinan bayi tidak menghadapi masalah saraf ketika dewasa.

Stage 3
  • Bayi kelihatan pengsan dan tidak sedarkan diri. Ia tidak respon terhadap ransangan.
  • Mengalami kesukaran bernafas dan mungkin memerlukan bantuan mesin ventilator
  • Pemeriksaan EEG menunjukkan tiada gelombang yang aktif.

 Menurut satu kajian, bayi yang berada dalam kategori Stage 3 atau Stage 2 melebihi seminggu, atau pemeriksaan EEG masih tidak normal pada umurnya tujuh hari, selalunya akan mengalami masalah saraf di kemudian hari atau meninggal dunia.

Oleh itu, pemeriksaan saraf pada umur 12 bulan amat penting bagi menentukan sama ada bayi mengalami rencatan otak (mental retardation), telah boleh bergerak (meniarap, merangkak, bangun dan berjalan dengan sokongan atau bantuan) dan sama ada bayi boleh diberikan makan dengan mudah.

Ramai yang mahu mengetahui masa depan anak meraka. Terutama apabila anak mereka tidak menangis ketika dilahirkan. Terlalu sukar untuk diandaikan. Namun ada kajian yang dilakukan dimana dikatakan secara purata kanak-kanak yang tidak bergerak dan diberikan makanan melalui tiub di hidung hidup sehingga tujuh tahun. Satu lagi kajian yang diterbitkan didalam jurnal paediatric menyatakan 80% kanak-kanak yang menghadapi kerencatan otak (severe cognitive impairment) tetapi boleh bergerak dengan bantuan, boleh hidup sehingga 18 tahun dan kebanyakkannya boleh survive sehingga umur 35 tahun. 

Kajian ini menyokong terhadap kajian sebelumnya. Jika kanak-kanak itu mampu bergerak (dengan bantuan) insyaAllah umurnya panjang. Cuma kualiti hidup mereka terjejas kerana terpaksa bergantung kepada pembantu. 

Semoga Allah tidak menguji kita dengan ujian berat dan semoga Allah membantu ibubapa yang bersusah payah membesarkan anak yang mengalami masalah ini. Amin...

Wallahua'lam.

Credit : drzubaidi.com

No comments:

Post a Comment