SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE (888236) NURHASANAH CHE MAT KAWASAN PUTRAJAYA, CYBERJAYA, DENGKIL, BANTING, NILAI DAN BBST

Thursday 18 September 2014

TEKNIK POWER PUMPING

                Terdapat pelbagai kaedah dalam membantu diri untuk memperbanyakkan kembali susu ibu. Salah satu kaedahnya adalah melalui power pumping.
                Kaedah ini merupakan teknik mengepam yang sangat berkesan membantu anda meingkatkan penghasilan susu. Caranya mudah. Hanya pam dan masa selama satu jam diperuntukkan untuk menjayakan misi ini.
                Teknik ini melibatkan rutin mengepam sepertia yang biasa anda lakukan setiap hari. Namun ia dijalankan dalam cara yang lebih unik berbanding cara biasa. Idea asal kaedah ini adalah untuk meniru corak bayi menyusu yang secara tidak langsung dapat meningkatkan pengeluaran susu ibu.
                Dalam usaha menambah kuantiti susu perahan yang mahu disimpan untuk kegunaan bayi sepanjang bekerja, anda digalakkan untuk melakukan teknik power pumping ini sekerap yang mungkin. Sekali sehari pun memadai sekiranya anda terlalu sibuk dengan tugasan harian. Jika mempunyai banyak masa terluang, anda boleh melakukan lebih daripada sekali dalam tempoh 24 jam. Namun begitu, anda sangat digalakkan untuk menyusukan bayi anda mengikut keperluan.
                Waktu yang paling sesuai untuk melakukan power pumping adalah di tengah malam. Ini kerana pengeluaran hormon prolaktik yang merangsang pengeluaran susu sangat tinggi pada waktu ini. Namun begitu, tidak semestinya anda perlu melakukan pumping hanya pada waktu ini. Ia terpulang pada keselesaan anda.
                Dalam pada itu, perlu diingat walaupun pada peringkat awal proses PP ini pengeluaran susu mungkin sedikit, anda dinasihatkan untuk terus melakukannya. Lazimnya kesan kaedah ini akan mula kelihatan selepas satu hingga dua minggu.
                Tidak dinafikan ramai juga yang mengalah sebelum berjuang. Ada yang berpendapat ia agak leceh dan memakan terlalu banyak masa. Jangan begitu! Percayalah usaha yang diiringi kesungguhan dan kesabaran secara berterusan akan menjadi tonggak kejayaan tidak terbanding nilainya.

TIPS ASAS BANYAKKAN SUSU IBU
1. Pam atau susukan bayi setiap dua ke tiga jam
Susu ibu terhasil berdasarkan konsep penawaran dan permintaan. Oleh itu, semakin kerap diminta, lebih banyak susu dapat dihasilkan. Ada andaian menyatakan susu akan kering apabila bayi menyusu terlalu kerap atau mengepam terlalu kerap. Ia adalah andaian yang tidak benar. Yang sebetulnya lebih kerap bayi menyusu atau anda mengepam payu dara, ia merangsang otak dan tubuh untuk menghasilkan lebih banyak susu bagi memastikan keperluan bayi dapat dipenuhi dengan baik.

2. Usah tunggu sehingga penuh
Bagi yang bekerja, buangkan persepsi bahawa anda hanya boleh mengepam susu apabila payu dara mula terasa penuh. Salah tanggapan sebegitu! Anda harus didik diri untuk menghasilkan susu pada suatu tempoh tertentu. Oleh sebab itu, anda digalakkan untuk mengepam ketika di tempat kerja setiap dua ke tiga jam. Lakukannya secara tetap. Dengan yang demikian, otak dan tubuh sudah terbiasa dengan rutin ini dan akan berterusan menghasilkan susu untuk keperluan bayi.

3. Tandem Pumping
Hal ini dapat anda lakukan dengan mengepam sebelah payu dara sambil menyusukan anak. Langkah ini dapat memaksimumkan penghasilan susu. Apabila susu dihasilkan pada sebelah kanan, secara automatiknya payu dara sebelah kiri turut menghasilkan susu apabila amalan tandem pumping ini diamalkan.

4. Kebaikan menyusu malam
Penyusuan yang kerap di waktu malam terutamanya di awal pagi adalah baik kerana ketika ini hormon prolaktin banyak dihasilkan. Tambahan pula ketika ini , diri anda berada dalam keadaan tenang. Jadi, ia membantu anda melancarkan proses penghasilan susu.

5. Minum air mencukupi
Adalah penting untuk anda memastikan tubuh mendapat bekalan cecair yang mencukupi setiap hari. Bagi ibu yang menyusu, anda disarankan minum sekurang-kurangnya tiga liter air setiap hari.

TEKNIK POWER PUMPING
1. Pam Tunggal
Pam payu dara kanan terlebih dahulu selama 10 minit. Kemudian beralih ke payu dara sebelah kiri pula untuk tempoh 10 minit. Tukar semula ke payu dara kanan selama 10 minit dan seterusnya payu dara kiri. Ulang langkah ini berterusan selama satu jam.

2. Pam Berganda

Pam kedua-dua belah payudara serentak selama 10 minit. Kemudian rehat 10 minit dan sambung kembali mengepam untuk 10 minit. Ulang langkah ini sehingga cukup tempoh selama satu jam.

Wednesday 27 August 2014

Fibroid Semasa Mengandung

                       Bila sebut sahaja fibroid pun sudah rasa ngeri, macam mana kalau ada fibroid semasa mengandung?? lagi la rasa tak tentu arah. Saya sendiri pernah mendapat cyst sebanyak 3 kali. Cyst ni adik sikit pada fibroid. Kali pertama cyst pecah dalam uterus. Jadi terpaksa buat pembedahan kecemasan. Kali kedua buat laparoscopic dan yang ketiga saya makan ubat untuk stopkan period sebab saya berusaha untuk dapatkan anak. Mengikut Doc O&G saya, dia kata lagi banyak tebukan atau usikan pada kawasan peranakan, lagi sikit ovum yang akan tinggal. Jadi untuk kali ketiga saya mengambil suntikan untuk menghentikan haid. Oleh kerana cyst saya adalah jenis darah, bila tiada darah haid turun, cyst tu akan mengecut sendiri. Alhamdulillah. Syukur. 



                      Jom tambah info tentang Fibroid. Terutama semasa mengandung.

                     Ramai yang menyangka fibroid berisiko kepada golongan wanita berumur sekitar 30 tahun ke atas sahaja, namun sebenarnya ia boleh berlaku kepada setiap wanita yang sudah mencapai umur akil baligh.

            Kebanyakan wanita tidak tahu bahawa mereka mempunyai fibroid kerana tidak mengalami gejala atau tanda-tanda penyakit tersebut. Hanya 20 hingga 30 peratus sahaja yang mungkin menunjukkan gejala yang dihadapi bergantung pada saiz, lokasi dan bilangan fibroid.
Pakar Perunding Obsetrik dan Ginekologi Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr. Adilah Ahmat berkata, wanita yang mempunyai fibroid yang merupakan penyakit yang berkaitan dengan rahim, tidak perlu bimbang tentang kehadirannya kecuali jika ia mendatangkan masalah kepada mereka.

“        Fibroid ialah sel-sel otot rahim yang bergumpal dan bukan sejenis kanser. Hanya kurang satu peratus fibroid boleh bertukar menjadi kanser yang dipanggil Sarkoma.

“        Lebih 50 peratus wanita mengalaminya, namun daripada mereka tidak tahu pun mereka mempunyai fibroid sehinggalah membuat pemeriksaan berkala dan doktor mengesahkan di dalam rahim mereka terdapat ketulan fibroid," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

            Begitupun, ia tidak berbahaya bergantung kepada kedudukan dan saiznya. Fibroid boleh berlaku sama ada dalam satu biji yang besar atau beberapa biji yang kecil tetapi dalam bilangan yang banyak.

            Beliau menambah, tiada sebab-sebab dan punca-punca tertentu mengapa wanita mempunyai ketulan fibroid di dalam rahim mereka kerana ia sendiri terdiri daripada otot rahim.

            Lazimnya, fibroid membesar secara perlahan-lahan dan tanpa simptom. Lokasi fibroid di dalam rahim sama ada di luar, tengah, dan dalam akan memberi gejala berbeza kepada penghidapnya dan sering mempengaruhi gejala yang dialami oleh seseorang.

            Dr.Adilah berkata, terdapat lima jenis fibroid iaitu fibroid sidemucosa, fibroid intramyometrium, fibroid subserosa, fibroid broad ligament, dan fibroid servikal.
“        Jika fibroid bersaiz kecil, ia akan melekat di dinding rahim sahaja (fibroid subserosa) tetapi jika ia terbonggol ke dalam (fibroid sidemucosa), ia akan mengubah lapisan tempat darah haid yang akan menyebabkan pengeluaran darah haid dalam jumlah yang banyak.

Saiz Fibroid yang pelbagai


“        Fibroid yang besar jika terbonggol ke dalam akan menekan pundi kencing yang akan menyebabkan masalah kencing seperti kerap kali hendak kencing atau sering kali tidak dapat mengawal kencing.

“        Jika hal ini berterusan, air kencing akan bertakung di dalam pundi kencing dan akan menyebabkan seseorang wanita itu berisiko mendapat jangkitan kuman pada pundi kencing.

“        Jika membonggol ke belakang pula, ia akan menekan saluran usus di belakang. Ia mungkin akan menyebabkan kesukaran membuang air besar dan sembelit.

            "Apabila ini berlaku, sepatutnya mereka berjumpa doktor dengan segera untuk pemeriksaan dan rawatan selanjutnya," katanya.

            Beliau menambah, wanita yang mengalami ketumbuhan fibroid masih boleh mengandung kecuali ia tumbuh di bahagian servik dan sekiranya fibroid itu terlalu besar, ia akan menyebabkan salur fallopio tersumbat sehingga seseorang itu sukar untuk hamil.

“        Ibu yang mempunyai fibroid di dalam rahim biasanya dinasihatkan bersalin secara pembedahan kerana bayi akan bersaing untuk ruang dengan fibroid.

“        Bagaimanapun pembedahan membuang fibroid tidak boleh dilakukan semasa proses bersalin. Ia akan menyebabkan risiko pendarahan," katanya.

            Dr. Adilah menegaskan, sekiranya didapati ia tumbuh dalam saiz yang kecil pesakit tidak digalakkan untuk membuangnya melalui pembedahan kerana dikhuatiri pada masa akan datang akan wujud lagi ketulan-ketulan yang lain kerana benih yang ada menyebabkan risiko tumbuh memang ada.

“        Jika ia tidak berbahaya, mengapa mahu melakukan pembedahan berulang kali, Sebenarnya pada fasa menopous, fibroid akan mengecut kerana wanita tidak lagi mengeluarkan hormon estrogen yang menggalakkan pembesaran ketulan fibroid.

“        Pembedahan juga agak berisiko kerana akan mengakibatkan pendarahan yang banyak kerana rahim merupakan sumber bekalan darah yang utama," ujarnya.

            Ujarnya, biasanya fibroid yang tidak mengganggu pesakit akan dibiarkan saja tetapi saiznya yang semakin membesar dan keras akan menyebabkan pesakit tidak selesa. Fibroid perlu dirawat sekiranya ia mula menunjukkan tanda-tanda tersebut.

            Beliau menambah, doktor akan mengesyorkan ia dibuang sekiranya saiz terlalu besar sehingga menyebabkan perut kembung seperti orang mengandung yang menimbulkan ketidakselesaan.

            Pengeluaran darah haid yang begitu banyak sehingga pesakit perlu dimasukkan bekalan darah baharu kerana kekurangan darah, juga digalakkan untuk membuang fibroid.

            Katanya, fibroid yang terlalu terbonggol ke dalam sehingga terkeluar ke pintu rahim yang boleh menyebabkan jangkitan kuman, juga perlu dibuang.

            Katanya, wanita perlu mengurangkan pengambilan produk berasaskan estrogen seperti susu, kacang soya, ubi keladi dan produk kecantikan yang menggunakan estrogen sebagai bahan utama selain amalan gaya hidup yang sihat.

- NURSYAMIMI SAIDI


Monday 16 June 2014

TIPS BERPANTANG BAGI IBU SELEPAS BERSALIN


Ada sebab dan logik tertentu juga mengapa orang tua-tua zaman dahulu menyuruh kita ibu-ibu berpantang semasa bersalin. Pengalaman mendewasakan mereka. Pengalaman yang sebenarnya ada keterangan saintifik di sebaliknya. 


Mari kita lihat beberapa pantang larang semasa seorang ibu itu berada dalam pantang selepas bersalin:

*DILARANG TIDUR TIDAK BERBANTAL

Tidur tidak berbantal akan mengakibatkan seorang yang berada dalam pantang akan mengalami sakit kepala, ini juga berkemungkinan darah kotor sukar untuk keluar dan angin naik ke kepala menyebabkan sakit meroyan kepada ibu yang masih lemah

*MEMAKAI SARUNG KAKI (STOKIN)

Cara ini untuk menjaga agar tapak kaki tidak sejuk dan dimasukki angin, jika angin menguasai badan, kesihatan ibu-ibu akan terganggu dan menjadi lemah. Memakai sarung kaki selama dalam pantang akan menjaga kesihatan ibu.

*Jangan Duduk Mencangkung

Jika seorang ibu yang baru melahirkan duduk mencangkung akan menyebabkan rahim yang masih lemah itu tergelungsur atau terturun (uterus prolapse). Antara punca terjadinya tombong dan ini boleh mengakibatkan ibu-ibu dlm pantang tumpah darah.

*Mandi Duduk Di Bangku Ketika Mandi

hendaklah duduk di bangku, ini caranya untuk menjaga kesihatan peranakan. Dengan duduk di bangku, ibu-ibu tidak banyak mengeluarkan tenaga dan meneran otot rahim kerana ibu-ibu yang baru melahirkan masih dalam keadaan lemah.

*Rapatkan Kaki Bila Tidur

Jika tidur hendaklahh merapatkan kaki. Cara ini untuk memastikan tulang punggung merapat semula dan bahagian intim yang kena jahit tidak terkoyak semula.

*Jangan Terlalu Aktif.

Ibu yang baru melahirkan hendaklah tidak terlalu aktif melampau dan bertenang di atas tempat tidur selama seminggu. Ada baiknya jika ada pembantu yang boleh menguruskan bayi dan rumahtangga. Ibu memerlukan rehat untuk memulihkan tenaga yang telah hilang dan supaya badan benar-benar dapat berehat.

*Jangan Makan Ubi-Ubian.

Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan makan makanan dari jenis ubi-ubian seperti keladi, keledek dan ubi kayu kerana makanan ini boleh mengganggu pencernaan dan ibu-ibu mungkin terasa kembung dan sakit perut. Terutama ibu-ibu yang menyusukan anak kerana penyakit ibu boleh berjangkit kepada anak.

*Jangan Tidur Di Waktu Matahari Naik.

Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan tidur diwaktu matahari naik, ini boleh menyebabkan badan ibu bertambah lesu dan sakit-sakit, lebih baik ibu-ibu berjalan di tepi tingkap untuk mendapatkan cahaya matahari pagi yg mengandungi vitamin D yg tinggi.

*Jangan Tidur Waktu Senja

Ibu-ibu yang baru melahirkan dilarang tidur di waktu senja, kerana di waktu senja adalah masa syaitan berkeliaran, jika diamalkan mungkin fikiran ibu-ibu yang dalam pantang akan terganggu dan boleh menyebabkan penyakit gila.

*Jangan Menjahit Pakaian Dan Membaca

Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang menjahit dan membaca, ini disebabkan keadaan fizikal yang lemah boleh menyebabkan ibu-ibu akan cepat mengalami rabun sebelum tua.

*Tidak Boleh Keluar Rumah Waktu Senja

Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang keluar rumah waktu senja, waktu ini syaitan berkeliaran yang mungkin boleh mengganggu ibu-ibu yang lemah fizikal dan mentalnya serta masih kotor dgn darah nifas.

*Ibu Jari Tidak Boleh Terhantuk

Ibu-ibu yang pantang hendaklah menjaga ibu jarinya supaya tidak terhantuk. Jika terhantuk, kesakitan boleh merangsang saraf lalu menyebabkan ibu pitam atau bentan jika ibu itu seorang yang lemah.

**Cara Mandi Daun jambu, daun pandan, daun serai wangi, daun inai, bahan-bahan ini direbus untuk mandian bagi ibu-ibu selepas melahirkan anak. Jirus dari kepala dengan air suam kuku dengan air rebusan daun-daun. Ibu-ibu selepas melahirkan hendaklah duduk pada bangku, tidak boleh berdiri atau mencangkung kerana cara ini tidak baik untuk ibu-ibu dalam pantang.Sebelum mandi hendaklah bercebuk dengan air rebusan daun sirih. Daun sirih bersifat antiseptik. Guna menyembuhkan luka-luka selepas melahirkan. Ratakan air di seluruh badan jangan sampai mengigil dan kesejukan. Mandi pada setiap pagi dan petang. Mandi air rebusan daun-daun ini selama seminggu.

**Cara Berbaring / TidurTidur terlentang tidak berbantal dan terdedah kepada angin sejuk adalah dilarang bagi ibu-ibu di dalam pantang. Tidur dengan bantal tinggi adalahdigalakkan ketika ibu dalam pantang kerana darah kotor tidak naik ke kepala.

**Lain-Lain Amalan Semasa BerpantangMemakai baju tebal dan berstokin serta tidur dengan udara yang cukup nyaman selama 6 atau 7 tujuh adalah digalakkan untuk menjaga kesihatann ibu-ibu semasa dalam pantang. Duduk bersimpuh dan merapatkan kedua lutut adalah baik bagi ibu-ibu di dalam pantang. Cara ini untuk mempercepatkan sembuhnya luka-luka selepas melahirkan dan menjaga peranakan biar tetap baik.Berbedak/berparam juga dapat menjaga kesihatan ibu ibu selama dalam pantang supaya badan sentiasa panas dan tidak dimasukki angin. Lakukan cara ini pagi dan petang selama sebulan.

Jika cuaca sejuk hendaklah memakai selimut tebal agar ibu-ibu yang dalam pantang tidak masuk angin badannya, bila bangun pagi badannya terasa sihat dan segar.Bertungku adalah amalan yang baik bagi ibu-ibu semasa dalam pantang, bertungku boleh mengecutkan batu meroyan dan mencairkan darah beku dalam perut. Bertungku hendaklha dilakukan setiap hari pagi dan petang selama sebulan.Minum air pati kunyit selama 3 hari semasa dalam pantang adalah baik untuk mengecutkan peranakan dan mengeluarkan darah kotor dalam perut.

Ikan keli adalah ikan yang mengandungi bisa. Ibu-Ibu dalam pantang dilarang memakannya. Ikan berbisa jika dimakan oleh ibu-ibu dalam pantang boleh menyebabkan turun darah dan bentan.Lobak merah baik untuk dijadikan sayur ibu-ibu dalam pantang, kerana ia mengandungi banyak vitamin. Pucuk pegaga baik direbus dan dimakan bersama nasi bagi ibu-ibu dalam pantang, sayur ini berkhasiat untuk merawat vagina dan penyakit di bahagian vagina. Makanlah 2 kali sehari.Buah anggur dan kurma berkhasiat panas, buah ini boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang.Sayur-sayuran sejuk seperti kangkung, petola, terung dan cili, tidak boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang. Mengambil sayur-sayuran sejuk boleh menyebabkan ibu-ibu kembung dan sakit-sakit urat dan lemah badan.Selain daripada sayur-sayuran sejuk, buah-buahan seperti nenas, limau dan buah lai tidak boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang kerana buah-buahan ini berbisa dan sejuk. Jika ibu-ibu memakannya boleh menyebabkan bentan dan turun darah.

Thursday 5 June 2014

VIVIX MENGECUTKAN BATU KARANG

Hari ni saya dikejutkan dengan cerita seorang pelanggan tegar saya. Dia ni mmg la byk penyakit & awal-awal masa dia beli satu produk Shaklee ni dengan saya, saya dah maklumkan bahwa dia kena sabar dengan semua 'HEALING CRISIS' yg akan dialami...dia ok je pada mulanya.

Selepas seminggu makan produk tersebut, dia demam teruk & kena gatal-gatal merenyam...saya pujuk suruh teruskan dan dia bersetuju. Bila minggu kedua, datang pulak penyakit gout sehingga dia tak boleh jalan! Masa tu dia dh mula marah "Tak nak makan lagi, sebab habis semua penyakitnya keluar!" 
Saya jawab "Jangan macam tu, kalau nak sihat, kena banyak bersabar, beri peluang untuk penyakit awak sembuh"...pada masa yang sama saya turut memohon pada Allah untuk sembuhkan apa saje penyakit customer saya ini....Itu sahaja yang saya boleh buat untuk membuatkan dia tetap dengan pengambilan VIVIX

Seminggu selepas itu, dia mengadu sakit kepala pula...saya nasihat sabar lagi...sehingga saya takut nk promote pada customer lain takut saya dipersalahkan bila keluar semua Healing Crisis tu...Healing Crisis ni kita boleh ibaratkan seperti paip air lama yang telah mendak kotoran didalam paip tersebut, bila kita salurkan suplemen atau sabun dalam paip tersebut (untuk contoh perbandingan yang saya beri)..air yang kotor akan keluar dahulu untuk membersihkan paip yang telah lama kotor dengan mendakan. Ini lah yang diperbandingkan dengan 'Healing Crisis'. Lama kelamaan barulah air yang mengalir akan menjadi bersih. Harap perbandingan saya ini cukup untuk membuat pembaca paham apa itu healing crisis.

Hari ni belum sebulan customer whatsapp saya satu gambar. Allahu Akbar inilah kali pertama sy lihat BATU KARANG yg real..fuh!!! Menakutkan macamana boleh keluar ye...Customer saya ni perempuan...cuba anda bayangkan sendiri...dia bagi tahu saya, masa nak buang air tiba-tiba air kencing dia seperti tersekat & dapat rasa ada benda tersekat...bila di korek tu la seketul yg keluar! Adoiiii ngerinya saya dengar dia cerita...

Bila saya tanya dia sama ada dia sakit sewaktu membuang air kecil? Dia jwb dia tak rasa sakit atau demam. Sebelum ni kalau nak keluar macam pasir je pun dia boleh demam dan sakit sampai nak pengsan...alhamdulillah masa batu ni keluar sikit pun tak rasa sakit...

Sebelum ini dia pernah menjalani proses laser batu karang yang makan belanja sehingga RM 5000...katanya kalau batu karang sebesar ini, mahu memakan belanja sehingga RM10k!!! Alhamdulillah dengan izinNya terbukti Shaklee bukan sekadar makanan tambahan yang berkesan, malah ia dapat meningkatkan kualiti hidup dengan kos yang sangat minima. Kepada customer sy ni,jangan berhenti jika ingin terus sihat...minum air banyak-banyak & saya juga tidak akan berhenti berdoa untuk semua customer saya.

Ini adalah kisah seorang customer salah seorang ahli dalam keluarga Jutawan Shaklee. Credit kepada kak Lyn untuk testimoni customernya.

Berminat untuk mendapatkan vivix, hubungi saya, Pn. Anas, 019 559 7792 untuk konsultasi terbaik. Jagan malu dan segan. Saya cuba untuk mencari penyelesaian kepada masalah anda.

Tuesday 13 May 2014

Solat Tahajjud

"Ya Allah, bagiMu segala pujian. Engkau pencipta langit dan bumi dan segala isinya. Bagimu segala pujian, Engkau cahaya langit dan bumi dan segala isinya. Bagimu segala pujian, Engkau pemilik langit dan bumi dan segala isinya.  BagiMu segala pujian, Engkau hak, janjiMu itu hak, pertemuan itu hak, firmanMu itu hak, syurgaMu itu hak, neraka itu haq, para nabi itu haq, Muhammad pun haq dan hari kiamat itu pun haq.

Ya Allah, kepadaMu aku menyerah, denganMu aku beriman, kepadaMu aku bertawakkal, kepadaMu aku kembali, denganMu aku bertemu, kepadamu aku bertahkim. Maka, ampunilah dosaku. Baik yang lalu mahupun yang jelas atau yang Engkau lebih mengetahui. Engkaulah yang Awal dan Yang Akhir. Tiada Tuhan selain Engkau."

Saturday 1 March 2014

PROMOSI SHAKLEE : MAC 2014

Salam 1 Mac 2014.. Mari dekat adik kakak semua... Selepas setahun empat bulan menanti promo terhangat, kini ESP promosi kembali...

Kepada peminat tegar ESP atau anda yang baru sahaja berjinak- jinak mencari supplement protein terbaik dengan harga yang saya jamin sangat berpatutan dengan nilainya jom hubungi saya : Puan Anas Hasanah, 0195597792.

Konsultasi ramah mesra, produk terbukti berkesan, after sale service, free gift untuk setiap belian, jadual pemakanan, jemputan ke group eksklusif, tips & trick untuk masalah anda. Semuanya saya sediakan.. InsyaAllah, anda pasti berpuas hati..