SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE (888236) NURHASANAH CHE MAT KAWASAN PUTRAJAYA, CYBERJAYA, DENGKIL, BANTING, NILAI DAN BBST

Showing posts with label TIPS PENYUSUAN. Show all posts
Showing posts with label TIPS PENYUSUAN. Show all posts

Thursday, 18 September 2014

TEKNIK POWER PUMPING

                Terdapat pelbagai kaedah dalam membantu diri untuk memperbanyakkan kembali susu ibu. Salah satu kaedahnya adalah melalui power pumping.
                Kaedah ini merupakan teknik mengepam yang sangat berkesan membantu anda meingkatkan penghasilan susu. Caranya mudah. Hanya pam dan masa selama satu jam diperuntukkan untuk menjayakan misi ini.
                Teknik ini melibatkan rutin mengepam sepertia yang biasa anda lakukan setiap hari. Namun ia dijalankan dalam cara yang lebih unik berbanding cara biasa. Idea asal kaedah ini adalah untuk meniru corak bayi menyusu yang secara tidak langsung dapat meningkatkan pengeluaran susu ibu.
                Dalam usaha menambah kuantiti susu perahan yang mahu disimpan untuk kegunaan bayi sepanjang bekerja, anda digalakkan untuk melakukan teknik power pumping ini sekerap yang mungkin. Sekali sehari pun memadai sekiranya anda terlalu sibuk dengan tugasan harian. Jika mempunyai banyak masa terluang, anda boleh melakukan lebih daripada sekali dalam tempoh 24 jam. Namun begitu, anda sangat digalakkan untuk menyusukan bayi anda mengikut keperluan.
                Waktu yang paling sesuai untuk melakukan power pumping adalah di tengah malam. Ini kerana pengeluaran hormon prolaktik yang merangsang pengeluaran susu sangat tinggi pada waktu ini. Namun begitu, tidak semestinya anda perlu melakukan pumping hanya pada waktu ini. Ia terpulang pada keselesaan anda.
                Dalam pada itu, perlu diingat walaupun pada peringkat awal proses PP ini pengeluaran susu mungkin sedikit, anda dinasihatkan untuk terus melakukannya. Lazimnya kesan kaedah ini akan mula kelihatan selepas satu hingga dua minggu.
                Tidak dinafikan ramai juga yang mengalah sebelum berjuang. Ada yang berpendapat ia agak leceh dan memakan terlalu banyak masa. Jangan begitu! Percayalah usaha yang diiringi kesungguhan dan kesabaran secara berterusan akan menjadi tonggak kejayaan tidak terbanding nilainya.

TIPS ASAS BANYAKKAN SUSU IBU
1. Pam atau susukan bayi setiap dua ke tiga jam
Susu ibu terhasil berdasarkan konsep penawaran dan permintaan. Oleh itu, semakin kerap diminta, lebih banyak susu dapat dihasilkan. Ada andaian menyatakan susu akan kering apabila bayi menyusu terlalu kerap atau mengepam terlalu kerap. Ia adalah andaian yang tidak benar. Yang sebetulnya lebih kerap bayi menyusu atau anda mengepam payu dara, ia merangsang otak dan tubuh untuk menghasilkan lebih banyak susu bagi memastikan keperluan bayi dapat dipenuhi dengan baik.

2. Usah tunggu sehingga penuh
Bagi yang bekerja, buangkan persepsi bahawa anda hanya boleh mengepam susu apabila payu dara mula terasa penuh. Salah tanggapan sebegitu! Anda harus didik diri untuk menghasilkan susu pada suatu tempoh tertentu. Oleh sebab itu, anda digalakkan untuk mengepam ketika di tempat kerja setiap dua ke tiga jam. Lakukannya secara tetap. Dengan yang demikian, otak dan tubuh sudah terbiasa dengan rutin ini dan akan berterusan menghasilkan susu untuk keperluan bayi.

3. Tandem Pumping
Hal ini dapat anda lakukan dengan mengepam sebelah payu dara sambil menyusukan anak. Langkah ini dapat memaksimumkan penghasilan susu. Apabila susu dihasilkan pada sebelah kanan, secara automatiknya payu dara sebelah kiri turut menghasilkan susu apabila amalan tandem pumping ini diamalkan.

4. Kebaikan menyusu malam
Penyusuan yang kerap di waktu malam terutamanya di awal pagi adalah baik kerana ketika ini hormon prolaktin banyak dihasilkan. Tambahan pula ketika ini , diri anda berada dalam keadaan tenang. Jadi, ia membantu anda melancarkan proses penghasilan susu.

5. Minum air mencukupi
Adalah penting untuk anda memastikan tubuh mendapat bekalan cecair yang mencukupi setiap hari. Bagi ibu yang menyusu, anda disarankan minum sekurang-kurangnya tiga liter air setiap hari.

TEKNIK POWER PUMPING
1. Pam Tunggal
Pam payu dara kanan terlebih dahulu selama 10 minit. Kemudian beralih ke payu dara sebelah kiri pula untuk tempoh 10 minit. Tukar semula ke payu dara kanan selama 10 minit dan seterusnya payu dara kiri. Ulang langkah ini berterusan selama satu jam.

2. Pam Berganda

Pam kedua-dua belah payudara serentak selama 10 minit. Kemudian rehat 10 minit dan sambung kembali mengepam untuk 10 minit. Ulang langkah ini sehingga cukup tempoh selama satu jam.

Monday, 26 August 2013

POSISI PENYUSUAN

1. Posisi penyusuan yang baik
Menyusu dalam posisi yang salah boleh menyakitkan anda dan juga mengecewakan bayi. Berikut adalah cara yang betul:
  • Sentuh bibir bayi dengan hujung puting sehingga dia membuka mulutnya.
  • Biarkan dia membuka luas mulutnya untuk memenuhi sebahagian besar areola (bahagian berwarna coklat).
  • Gerakan rahang dan bunyi tegukan memastikan yang bayi menyusu dalam posisi yang betul.
  • Bayi akan berhenti menyusu bila kenyang. Jika bayi masih menyusu walaupun susu sudah berhenti mengalir, masukkan hujung jari kelingking anda di hujung mulut bayi untuk menghentikan hisapan.

 2. Refleks ‘let-down’ atau pancutan susu
Refleks ‘let-down’ adalah rasa berdenyut yang menandakan aliran hangat susu sebaik sahaja bayi telah berada pada posisi penyusuan yang betul. Jika anda tidak mengalami rasa ini, ia mungkin disebabkan oleh gangguan, tiada ruang untuk bersendirian, rasa malu atau cemas tentang penyusuan susu ibu, letih atau sakit.



 3. Pilih posisi yang selesa
Dapatkan posisi yang membuat anda dan bayi rasa selesa. Tubuh bayi haruslah rapat ke tubuh anda dan mukanya bertemu dengan payudara anda. Mulutnya haruslah berhampiran dengan puting dan kepala, leher dan belakangnya perlulah dalam keadaan lurus. Belakang badan anda juga perlulah tegak, jangan membongkok. Gunakan bantal untuk bersandar, jika perlu.


Posisi dakapan
Ini merupakan posisi klasik dan menjadi kegemaran kebanyakan ibu. Ia membolehkan perut bayi dan perut anda bertemu supaya anda tidak perlu memusingkan kepalanya untuk menyusu.
  • Kepala bayi berehat di dalam dakapan anda.
  • Sokong belakang badan dan punggung bayi.
  • Lengan bayi perlu berada di bahagian sisinya.

Posisi ‘football hold’
Posisi ini sangat sesuai jika anda baru pulih daripada pembedahan ‘Cesarean’, memiliki payudara yang besar, menyusukan bayi pramatang atau bayi yang kecil saiznya atau menyusukan anak kembar pada waktu yang serentak.
  • Sokong kepala bayi dengan tangan.
  • Gunakan bantal untuk menyokong belakang badan bayi.


Posisi berbaring
Cuba posisi ini apabila anda dan bayi rasa letih. Jika anda baru pulih daripada pembedahan ‘Cesarean’, ini mungkin satu-satunya posisi yang boleh anda cuba pada beberapa hari pertama.
  • Sokong kepala anda dengan lengan.
  • Sokong bayi anda dengan lengan atas

4. Beralih payudara
Jika boleh, berikan bayi menyusu dari kedua-dua belah payudara setiap kali menyusu. Susukan bayi pada satu payudara sehingga dia berhenti menghisap. Angkat bayi, sendawakannya dan alihkannya ke payudara sebelah dan teruskan menyusu sehingga dia kenyang. Untuk penyusuan yang berikutnya, mulakan pada payudara yang terasa sarat dengan susu.






Sendawakan bayi
Sendawakan bayi setiap kali selesai penyusuan. Dia mungkin termuntah susu, jadi pastikan anda menyediakan tuala. Jika dia tidak sendawa selepas 30 saat, dia mungkin tidak perlu disendawakan.
  • Letakkan bayi di bahu anda.
  • Gosok atau tepuk perlahan belakang badannya.




Jalinan Hubungan Dengan Bayi
Anda boleh menjadikan setiap sesi penyusuan sebagai suatu pengalaman bermakna melalui suasana yang betul dan penuh perasaan bersama-sama dengan si manja. Lebih penting lagi adalah interaksi dengan si manja yang berkualiti semasa menyusukannya. Berikan sentuhan kasih sayang kepadanya agar si manja rasa dihargai dan selamat, lalu meningkatkan harga diri dan keyakinannya.

Saturday, 12 January 2013

TIPS BEKALKAN SUSU IBU KE NURSERI

Tadi jalan2 tengok blog kawan2, saya tertarik dengan tips ni.. saya rasa banyak info yang kita boleh dapat.. Jom kita baca...
____________________________________________________________________________

Hari ini saya nak kongsikan cara-cara untuk bekalkan EBM ke Pusat Asuhan. Pastikan kita menerangkan cara-cara menggendalikan susu ibu (EBM) kepada pengasuh. Kepada yang mendapat pengasuh yang sudah mahir selok beloknya, lebih mudah :) 

Setibanya di rumah, saya akan mulakan proses dengan mengasingkan EBM yang diperah di tempat kerja tadi sebanyak 4 oz setiap botol dan letakkan kesemua EBM ke dalam bahagian sejuk peti ais (bahagian bawah). 

Pada sebelah malamnya lebih kurang jam 11 malam saya akan keluarkan 3 botol EBM beku yang bertarikh paling lama dari bahagian beku. 3 botol EBM beku tadi saya letakkan dalam sebuah bekas yang berisi air paip dan masukkan ke dalam bahagian sejuk peti(bawah). Cara ini membantu EBM beku tadi cair dengan sempurnanya di keesokan paginya.

Seawal jam 5 pagi saya biasanya bangun mengepam, selepas mengepam saya akan mulakan proses memindahkan EBM yang dicairkan ke dalam botol (sekiranya simpan didalam plastik) dan melabelkan botol-botol susu untuk ke pusat asuhan. Mula-mula saya akan susunkan 3 botol 'fresh EBM' dan 3 EBM yang dicairkan semalaman mengikut tarikh dan masa. Kemudian saya akan melabelkan setiap botol. Manakala baki 'fresh EBM' di bahagian sejuk saya akan pindahkan ke bahagian beku.


Cara melabel, saya akan labelkan dulu EBM yang telah dicairkan kepada nombor 1, nombor 2 dan nombor 3. Sebabnya EBM beku yang telah di cairkan WAJIB di gunakan dalam tempoh 24jam. Jadi anak saya akan habiskan EBM yang dicairkan terlebih dahulu. Dan 3 botol 'fresh EBM' akan dilabelkan mengikut turutan dari nombor 3 hingga nombor 6.


Mengapa kita perlu sediakan 'fresh EBM'? Sebabnya anak kita, kadang-kadang tidak habiskan kesemua stok susu yang kita bekalkan setiap hari, mungkin 4 atau 5 botol sahaja yang dapat dihabiskan. Atau mungkin kesemua susu dapat dihabiskan sekiranya saya lewat mengambilnya di pusat asuhan. Sekiranya susu tersebut tidak dihabiskan, saya akan meminta jasa baik pengajar pusat asuhan untuk terus meletakkan susu tersebut di dalam peti ais Pusat Asuhan untuk digunakan keesokkan harinya. 'Fresh EBM' dapat tahan selama 2-3 hari dibahagian sejuk peti ais. Dan sekiranya hari tersebut adalah hari jumaat(hari terakhir bekerja) saya akan membawa pulang 'Fresh EBM' tersebut untuk dibekukan. 

Amaran; EBM beku yang telah dicairkan tidak boleh dibekukan semula. Sekiranya bayi anda tidak menghabiskan stok dari EBM beku yang telah dicairkan dalam tempoh 24 jam, susu tersebut perlu dibuang. Maknanya membazir kan?.



Juga digalakkan menyediakan  'bottle warmer' untuk pengajar pusat asuhan memanaskan susu. Maknanya pengajar tidak perlu memanaskan air semata-mata untuk merendam susu. Sebenarnya kita sangat digalakkan menggunakan pemanas botol khas kerana EBM tidak boleh dipanaskan lebih 40 degree, nanti merosakkan nutrien.

Ihsan artikel : http://whenmayend.blogspot.com
Ihsan gambar : http://harlindahalim.blogspot.com/

Berminat dengan untuk dapatkan supplement set penyusuan Shaklee, boleh hubungi saya :

Puan Nurhasanah [Anas]
Shaklee Independent Distributor [ID No : 888236]
019-5597792| anas.hasanah@gmail.com | fb:anas.hasanah27

Sunday, 30 December 2012

TANDA BAYI MENDAPAT SUSU YANG CUKUP

Assalamualaikum w.b.t...
Macamana ye nak tahu yang baby kita mendapat susu yang cukup? Mungkin persoalan ni pernah bermain di fikiran mummies kan.. ye la..baby ni tak pandai cakap lagi..so dia tak bleh la nak bagitau "mummy! susu tak cukup.. boleh baby nak lagi?" hehe..so kat sini saya sediakan jawapan untuk persoalan ni..

Dalam beberapa minggu pertama, anda mungkin tertanya-tanya jika bayi anda mendapat susu yang secukupnya, terutamanya jika dia mahu menyusu setiap masa atau ternampak tidak puas selepas menyusu. Apabila telah lepas satu atau dua hari pertama, bayi anda akan selalu berasa lapar. Dan kemungkinannya memang dia lapar, sebab susu badan selesai dicernakan dalam dua jam selepas dia menyusu.

Kebanyakan bayi baru lahir mahu menyusu lapan hingga 15 kali sehari pada tiga atau empat hari pertama kehidupannya. Ramai bayi yang masih menyusu 10-12 kali sehari selepas minggu pertama. Bayi akan terus menyusu begini sehingga satu minggu lagi sebelum mengurangkan penyusuan ke lapan hingga 10 kali sehari. Susukan bayi anda sekerap yang dia kehendaki. Anda dapati bahawa anda tidak boleh lagi melakukan kerja harian biasa dalam beberapa minggu pertama semasa menyempurnakan rutin menyusukan bayi.

Malangnya, menimbang berat badan bayi pada beberapa hari pertama tidak akan menyakinkan anda, sebab berat badan bayi baru lahir selalunya turun lima hingga 10 peratus daripada berat lahir mereka dalam minggu pertama atau seterusnya. Walau bagaimanapun, bayi anda sepatutnya menambah berat badan selepas itu, dan jika anda menimbangnya semula pada hari ke-10 hingga ke-14, anda akan mendapati berat badan bayi anda sudah pulih kepada berat lahirnya.

Terdapat beberapa cara untuk mengukur jika bayi anda menyusu secukupnya, dan terdapat juga tanda-tanda yang dia tidak menyusu secukupnya. Penyahidratan dalam bayi baru lahir jarang berlaku tetapi anda perlu mengetahui tanda-tanda bayi menyusu dengan sempurna supaya anda boleh menghubungi doktor anda jika terdapat sebarang keadaan yang tidak menyenangkan. Ini termasuklah:

• Bayi anda menyusu lapan hingga 10 kali sehari pada dua atau tiga minggu pertama.

• Buah dada anda sudah melepaskan susu sepenuhnya dan berasa lebih lembut selepas penyusuan.

• Kulit bayi anda berasa tegang – ia akan memantul semula apabila dicubit.

• Sepatutnya terdapat sekurang-kurangnya enam kali tukaran lampin basah dalam masa 24 jam. (Lebih mudah untuk mengetahui lampin biasa yang basah daripada lampin pakai buang yang basah.) Urin bayi anda akan berwarna jernih dan tidak berbau.

• Kelihatan bayi menelan semasa penyusuan.

• Najis bayi anda berwarna kuning gelap atau sering gelap, atau najis semakin berwarna cerah pada hari kelima selepas kelahiran.

Apakah tanda-tanda amaran bahawa bayi saya tidak mendapat susu secukupnya? 

Tanda-tanda bahawa bayi anda tidak mendapat susu secukupnya selalunya termasuk perkara yang berikut:

• Bayi anda tidak mendapat balik berat lahirnya atau menambahkan berat badan selepas dua minggu.

• Payu dara anda tidak berasa lebih lembut selepas penyusuan.

• Bayi anda meragam atau sering letih.

• Pipi bayi anda lekung atau membuat bunyi berdecit semasa menyusu. (Ini adalah tanda yang bayi anda tidak menghisap dengan betul dan anda perlu mendapatkan nasihat pakar perunding penyusuan untuk memastikan anda menggunakan teknik yang betul.)

• Selepas hari kelima kelahiran, anda tidak menyalin lampin bayi anda sebanyak enam hingga lapan kali dalam masa 24 jam.

• Bayi anda tidak membuang air besar sekurang-kurangnya sekali sehari atau najisnya masih berwarna gelap lima hari atau lebih selepas kelahiran.

• Bayi anda semakin berwarna kekuningan, bukannya semakin kurang, selepas minggu pertama.

• Muka bayi anda tidak berisi dalam masa tiga minggu.

• Kulit bayi anda tetap berkerut selepas minggu pertama.

Jika anda risau mengenai sebarang tanda-tanda berikut, hubungi doktor atau ahli pediatrik keluarga anda.

Anda akan tahu yang anda menyusukan bayi dengan secukupnya apabila:

• bayi anda melekap pada buah dada anda dengan baik dan menyusu apabila terasa lapar;

• penyusuan adalah selesa dan tidak menyakitkan;

• dan, bayi anda akan menukar ritmanya semasa menghisap dan berhenti seketika semasa penyusuan, mula menyusu tanpa berhenti dan melepaskan hisapan secara spontan apabila sudah kenyang.

Jika bayi anda menunjukkan tanda-tanda berikut, anda menyusukannya dengan secukupnya. Salah satu perkara yang paling sukar semasa memulakan penyusuan ialah merasa yakin bahawa anda menyusukan bayi anda secukupnya. Memang anda menyusu dengan betul, tetapi jangan teragak-agak untuk mendapat nasihat dan bantuan daripada ahli pediatrik, doktor keluarga atau perunding penyusuan semasa peringkat awal penyusuan.

Sumber :
http://www.babycenter.com.my/malay/baby/susu-mencukupi/

Saturday, 29 December 2012

FAHAMI KONSEP MENYUSU


FAHAMI KONSEP SUPPLY vs DEMAND BUAT IBU MENYUSU
=====================================


Ini fenomena biasa yang berlaku.. Saya sering terima PM/email/sms dari ibu menyusu yang merasakan susunya semakin berkurangan akan segera mencari suppleme

nt dengan tujuan utk BANYKKAN SUSUnya kembali. 

Namun sebelum proceed order, saya akan tanya dulu.

- berapa kali puan pam susu dalam sehari?
- berapa banyak air yang puan minum dalam sehari?

Rata-rata yang mengalami masalah susu kurang akan memberi jawapan yang hampir sama...

- saya x pam waktu kerja..cuma bagi anak direct feeding waktu malam jer.
- saya pam sekali je waktu kerja sebab susu sikit sgt...jadi buat apa pam. Pam pun susu xde.
- saya tak suka minum banyak air..nanti asyik ke toilet jer.

Dalam hati saya berkata..."Oh..patutlah."


TAHUKAH IBU-IBU KENAPA KITA PERLU MENGEPAM DENGAN KONSISTEN 



SETIAP 3-4JAM SEKALI?

-Tujuan mengepam (selain utk kumpul stok susu) adalah utk menghantar SIGNAL kepada otak utk terus HASILKAN SUSU dalam badan. Lagi kerap signal dihantar, maka lagi banyaklah susu akan terhasil. Bila kurang atau tiada signal, bagaimana susu nak terhasil? 

Sebab itu ibu2 yang rajin mengepam, susu mereka sentiasa ada..sampai bengkak2 susu!

- Teruskan mengepam dengan KONSISTEN walaupon tiada langsung susu yang keluar..kadang2 angin jer..tak mengapa. Anda sekarang sedang berusaha menghantar signal utk menghasilkan susu yang banyak.

- Amalkan POWER PUMPING sekali sehari jika jadual mengepam anda agak 'huru-hara' di siang hari. Mungkin disebabkan kekangan waktu kerja contohnya ada meeting yang panjang ker..jadi gantikan waktu mengepam di siang hari tadi (utk hantar signal) dengan power pumping di sebelah malam. 

- Supplement adalah sampingan sahaja utk menjadikan tubuh anda lebih sihat, tidak leti, tidak stress agar penyusuan dapat berjalan dengan lancar. 

VITAMIN BUKANLAH UBAT UNTUK BANYAKKAN SUSU. Walaupon anda ambil set bf, kekerapan mengepam itu perlu dijaga.

- Bila ibu2 menyusu kurang faham konsep sebenar penyusuan, dan bergantung sepenuhnya kepada supplement semata-mata dengan harapan susu kembali normal...dan hasilnya susu tidak bertambah seperti dibayangkan dek kerana tidak/kurang mengepam..supplement akan dipersalahkan..sehinggakan ada segelintir yang jadi ANTI-SUPPLEMENT.

Renung2kan dan selamat beramal...SUSU IBU THE BEST!!!! Saya doakan semua ibu2 dapat menyusukan bayi kalian dengan lancar sehingga 2 tahun. InsyaAllah!!!! ~credit~ 

Berminat dengan untuk dapatkan supplement set penyusuan Shaklee, boleh hubungi saya :

Puan Nurhasanah [Anas]
Shaklee Independent Distributor [ID No : 888236]
019-5597792| anas.hasanah@gmail.com | fb:anas.hasanah27

Tuesday, 20 November 2012

KEBAIKAN LECHITIN UNTUK IBU MENYUSU


Hari ini nak share tentang kebaikan Lecitihin. Ada yang bercerita apabila mereka mendapati badan makin mengembang akibat dari pengambilan makanan yang tidak seimbang. Namun bagi yang menyusu badan, tahukah anda, kebaikan Lecithin kepada ibu yang menyusu?


  •  Ia membantu mengurangkan risiko clog duct atau duktus susu tersumbat.
  • Ia membakar lemak yang berlebihan dalam badan ibu.
  • Ia membantu ibu mengatasi masalah  lupa atau "short memory" yang biasa dilalui selepas melahirkan.
  • Ia membantu menyalurkan inositol dan kolin di dalam susuibu untuk perkembangan otak bayi .

Maka selamatkah Lecitihin di ambil semasa penyusuan selain untuk pengambilan untuk mengurangkan berat badan? Jawapannya ialah ya selamat diambil. Sila dapatkan jadual pemakanan dari pengedar seandainya anda mahukan cara pengambilan yang lebih baik.




·        Nature’s Emulsifier (Pengemulsi Semulajadi) – yang  membantu badan menyerap nutrien larut lemak seperti Vitamin A,D,E, K, Beta Caretone
·        Boleh didapati dari tisu binatang dan tumbuhan (plant)
·        Untuk commercial didapati dari telor, jagung & kacang soya
·        Fat Emulsifier – Metabolisma lemak 

KANDUNGAN
·        Asid linoleik (essential fatty acid) – amat diperlu oleh badan. Tapi badan tidak boleh menghasilkannya sendiri dan  ia perlu diambil melalui diet harian .
·        Kolin – satu komponen neurotransmitter
·        Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf
·        Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan

KHASIAT DAN KEGUNAAN LECITHIN

1.     PALING UTAMA – untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids)
·        Lecithin memecah serta mencairkan lemak terutama koleterol.
·        Ia membantu menurunkan total serum cholesterol dan      meningkatkan kolesterol baik (HDL)  
·        Membantu mengawal paras triglycerides
·        Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
·        Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol

2.     PENTING UNTUK FUNGSI OTAK
·        Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb
·        Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini  dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari LECITHIN
·        Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak  adalah lecthin, dan70% lemak di hati (liver) adalah lecithin

3.     UNTUK KAUM TUA
·        Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angina, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua
·        Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb

4.     UNTUK PENGHADAMAN
·        Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman

5.     UNTUK SEL
·        Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel
·        Choline & lecithin menguatkan selaput sel-sel neurondan semua sel-sel tubuh  badan kita

6.     UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)
·        Fungsi utama lecithin adalah sebagai “Fat  Emulsifier“ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.
·        Ia amat mujarap jika di ambil bersama-sama EPA dan Fiber

HASIL PENYELIDIKAN (R&D)
·        Lecithin daripada soyabean  berkesan memecahkan deposit kolesterol
·        Lecitin daripada telor  boleh tetapi tidak bergitu berkesan

MENGAPA SHAKLEE
·        Kacang soya – sumber semulajadi yang terpilih.
·        Kapsulnya mempunyai ciri-ciri lecithin sebagaimana di anugerahkan oleh alam
·        Tiada pengawet, perwarna, perasa tiruan
·        Kepekatannya.
- 1 kapsul : 520 mg lecithin
                   78 mg phosphatidycholine
                   47 mg phosphatidylinositol

Berminat?
Setiap pembelian dengan saya, anda layak menerima hadiah istimewa percuma jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di FB atau boleh inbox ke fb Anas Irdina.. Boleh whatsapp/sms ke 0195597792 untuk dapatkan harga terbaik untuk anda.  

RELAKTASI UNTUK IBU MENYUSU







Relaktasi ialah proses penyambungan semula penyusuan susu ibu selepas susu berkurangan atau kering berikutan kurangnya atau tiada langsung penyusuan langsung selama beberapa minggu atau bulan.

Relaktasi biasanya melibatkan 2 inisiatif:
1. Membawa bayi supaya mahu semula minum daripada payudara ibu.
2. Meningkatkan semula produksi susu ibu supaya ibu berupaya menyusukan anaknya secara eksklusif tanpa suplemen lain (terutamanya susu formula)

Kenapa Mahu Relaktasi
Relaktasi tidak mudah.Walaubagaimanapun hampir 75% peratus ibu yang mencuba relaktasi mendapati ianyanya adalah pengalaman yang positif (samada berjaya eksklusif ataupun tidak). Secara keseluruhannya, relaktasi lebih mudah dijayakan sekiranya fokus ibu ialah kepuasan menyusukan anak sendiri dan mengetahui yang anaknya menerima khasiat susu ibu berbanding kemahuan ibu untuk menghasilkan susu yang banyak.

Umur Bayi
Semakin muda bayi itu, semakin mudah proses relaktasi berlaku. Ini adalah kerana bayi perlu menghisap secara terus daripada payudara ibu sebagai syarat utama untuk penghasilan susu.
• Bayi di bawah 3 bulan lebih mudah untuk dipujuk untuk menyambung penyusuan
• Bayi di atas 6 bulan agak sukar untuk dipujuk
• Bayi yang pernah menyusu susu ibu sebelum ini lebih mudah dipujuk berikutan applikasi penyusuan daripada susu ibu dan botol adalah berbeza

Berapa Lama Ianya Akan Berhasil?
Sebaik baiknya luangkan masa 2 minggu bersama bayi sepanjang proses relaktasi. Sebagai anggaran, jumlah masa yang akan diambil untuk memulakan semula penyusuan secara eksklusif ialah sama dengan masa yang telah diambil semasa penyusuan terhenti. Ramai daripada ibu yang relaktasi mengambil masa kurang daripada sebulan untuk mengembalikan bekalan susu mereka.Dalam kes saya, saya mengambil masa 2 minggu untuk memastikan saya menyediakan susu yang cukup untuk bekal bayi selama saya bekerja(18 oz untuk 10 jam) tanpa perlu ‘backup’ dengan susu formula.

Bagaimana Harus Saya Memulakannya?
• Dapatkan panduan daripada Kaunselor Laktasi yang bertauliah untuk sebarang konsultasi samada ibu dan bayi mengalami masalah lain (seperti keliru puting) bagi membantu proses relaktasi yang lancar
• Dapatkan pam elektrik yang berstandard hospital yang membolehkan pengepaman serentak untuk ibu mengepam 8 ke 12 kali sehari. Ianya penting untuk mengelakkan kes seperti puting luka.
• Banyakkan sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan bayi
• Tawarkan (offer) payudara dengan cara menggeselkan puting di pipi bayi selang 2 jam sekali
• Beri bayi menghisap secara terus selama 20 minit atau lebih pada satu payudara
• Tawarkan (offer)payudara sebelah lagi sekiranya bayi masih mahu menyusu
• Pam kedua dua belah payudara selama 20 minit selepas menyusukan bayi
(Nota: Prinsip penyusuan susu ibu ialah susu akan makin bertambah sekiranya payudara dikosongkan dengan berkesan)
• Ibu digalakkan mengepam 20 minit pada waktu malam (12 pagi – 6 pagi) selepas menyusukan bayi dimana produksi susu agak tinggi pada waktu itu
• Sekiranya bayi terlalu marah dengan pengeluaran susu yang lambat, berikannya 1 oz susu formula di dalam cawan kecil (untuk alas perut), dan cuba sambung dengan menawarkan payudara semula.
• Elakkan penggunaan puting palsu(pacifier) mahupun botol. Kerana payudara ibu memerlukan stimulasi yang secukupnya daripada bayi.
• Panduan : Sepanjang 2 minggu bersama bayi, susukannya secara terus di samping mengepam dimana susu yang dipam akan dibekukan sebagai stok semasa ibu memulakan bekerja nanti.
• Anggaran susu perahan yang perlu ditinggalkan : 10 jam = 12 oz – 18 oz (kuantiti mungkin berubah mengikut usia bayi dan masa meninggalkan bayi)

Pengamalan Kangaroo Care semasa proses relaktasi
• Bayi hanya dipakaikan lampin untuk memperbanyakkan sentuhan kulit ke kulit dengan ibu di mana ibu juga berkeadaan bare chest
• Ibu mendukung bayi sebanyak mungkin (semasa menonton televisyen, membaca majalah mahupun tidur)
• Bagi membantu, bayi boleh dibawa didalam sehelai kain seperti pouch atau kain batik
• Tiada had waktu maksima untuk kangaroo care
• Selain daripada kebaikan kangaroo care seperti menstabilkan pernafasan, denyutan jantung dan suhu bayi, cara ini juga dapat menserasikan bayi dengan bau ibunya.
• Kangaroo care adalah ‘easy-access’ bayi kepada susu ibu dimana secara tidak langsung akan meningkatkan produksi susu ibu.

Bagaimana Ibu Mengekalkan Produksi Susu Selepas Mula Bekerja?
• Pam 3 jam sekali (20 minit setiap sesi) semasa di ofis
• Sentiasa bertenang
• Mengamalkan cara pemakanan yang sihat
• Minum 8 gelas air sehari

Indikasi Cukupkah Susu Ibu?
Susu yang terhasil akan bergantung kepada :
• Keberkesanan penyusuan bayi tersebut seperti lekapan (latch-on) yang betul, masa yang diluangkan untuk setiap sesi, dan adakah bayi menolak mana mana sesi penyusuan
• Kekerapan stimulasi terhadap payudara ibu. Stimulasi dari pam membantu dalam peningkatan penghasilan susu walaubagaimanapun penyusuan terus daripada bayi lebih berkesan.
• Respon fizikal ibu terhadap stimulasi. Setiap ibu mempunyai kadar respon penghasilan susu yang berbeza beza walaubagaimanapun prinsip penghasilan susu tetap sama iaitu ‘supply and demand’
• Simpan rekod susu formula dan susu ibu yang diberikan sepanjang minggu dimana pemberian susu formula dikurangkan sedikit demi sedikit hari demi hari.
• Bayi yang mendapat cukup susu akan mempunyai sekurang kurangnya 6 lampin basah sehari.
• Najis bayi akan semakin cair, berwarna kuning cair dan semakin kurang berbau berkadaran dengan pertambahan jumlah susu ibu yang diminumnya.
• Berat dan panjang bayi stabil pada setiap kali lawatan klinik.

Alternatif lain?
Terdapat beberapa cara yang dipercayai boleh menambahkan produksi susu ibu. Walaubagaimanapun, suplemen suplemen ini hanya berkesan dengan penyusuan secara langsung dan pengepaman yang berkesan.
• Makanan penambah susu seperti pegaga, jantung pisang, lobak putih, oat, minuman horlicks.
• Suplemen herba seperti halba
• Perubatan moden seperti pil Domperidone dan Mortilium dibawah preskripsi doktor
• Penggunaan supplement nursing system (SNS) dimana susu formula dimasukkan dan tiub dilekatkan pada payudara ibu.

* Bagi ibu-ibu yang mahu mulakan proses relaktasi dengan menggunakan kaedah yang tidak memberi kesan negatif, anda boleh mencuba Shaklee Set B (breastfeeding set) dan juga Energizing Soy Protein Shaklee atau lebih baik set 3m. Didalam set2 ini terdapat alfalfa dan ESP yang bertindak sebagai milk booster.


credit : mamafaiz


Berminat?
Setiap pembelian dengan saya, anda layak menerima hadiah istimewa percuma jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di FB atau boleh inbox ke fb Anas Irdina.. Boleh whatsapp/sms ke 0195597792 untuk dapatkan harga terbaik untuk anda.