SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE (888236) NURHASANAH CHE MAT KAWASAN PUTRAJAYA, CYBERJAYA, DENGKIL, BANTING, NILAI DAN BBST

Sunday, 26 May 2013

SHAKLEE DAN MASALAH KETIDAKSUBURAN

Pasangan mana yang tidak mahukan zuriat. Semua pasangan berkahwin mahukan anak dalam kehidupan. Ada yang kerana masalah ketidaksuburan menyebabkan pasangan beralih arah. Saling salah menyalahi antara satu sama lain. Memang zuriat itu rezeki dari Allah, namun sebagai manusia, kita diminta untuk berusaha untuk mendapatkan zuriat. Langkah pertama yang perlu anda dan pasangan lakukan adalah untuk mendapat pandangan dari pengamal perubatan. Ini kerana, penyebab ketidaksuburan adalah 40% datang daripada wanita itu sendiri, 40% daripada pihak lelaki dan 20% tidak diketahui sebab musabab berlakunya ketidaksuburan. Setelah didiagnos oleh pengamal perubatan, dan anda tidak mengalami masalah ketidaksuburan yang serius barulah anda disarankan untuk mendapatkan makanan tambahan untuk meningkatkan kesuburan masing-masing, suami isteri.

Sistem reproduktif manusia sangat sensitif. Bagi wanita, pertukaran hormon, organ reproduktif yang tidak normal, jangkitan, penyakit dan juga stress boleh membawa kepada ketidaksuburan.

Bagi lelaki pula, masalah ketidaksuburan biasanya disebabkan oleh kurangnya bilangan sperma dan motility sperma. Motility ialah keupayaan sperma untuk berenang ke arah telur.

Walaupun makanan berkhasiat dan suplemen tidak boleh  menyelesaikan kesemua masalah ketidaksuburan, namun ia boleh membantu meningkatkan kebarangkalian untuk hamil, kerana jika tubuh kita terpelihara dan cukup khasiat, ini menjadi asas yang kukuh kepada kehamilan yang sihat dan meningkatkan peluang kehamilan.



MAKANAN DAN NUTRIEN YANG DIPERLUKAN DALAM MASALAH KETIDAKSUBURAN


  1. Wanita dinasihati untuk  mengambil asid folik sebagai suplemen apabila merancang untuk  mengandung kerana asid folik boleh  mencegah sesetengah kecacatan janin. Namun, lelaki juga memerlukan asid folik. Pengkaji University of California menemui bahawa kekurangan Vitamin B boleh menyebabkan kekurangan bilangan sperma. Makan makanan yang kaya dengan folate (bentuk semulajadi asid folik) boleh membantu. Ambil 600mcg folate setiap hari. Ia bersamaan dengan 7-10 hidangan sayuran dan buah-buahan (terutamanya sayuran hijau) dan paling kurang 5 hidangan bijirin setiap hari.
  2. Tubuh kita memerlukan asid lemak omega-3 untuk menghasilkan hormon yang dipanggil eicosanoids, yang meningkatkan penyaluran darah ke uterus, dan seterusnya meningkatkan peluang hamil, juga membantu tumbesaran fetus. Omega-3 juga mengurangkan risiko kelahiran pramatang dan bayi kurang berat. Kita memerlukan1000mg omega-3 sehari, bersamaan dengan 70gm salmon.
  3. Kekurangan nutrien zinc pada lelaki boleh menyebabkan kurang bilangan sperma, kurangnya motility sperma, kurang air mani dan juga kemandulan. Kekurangan zinc juga mempengaruhi kesuburan seseorang wanita, kerana ia memanjangkan pusingan haid, bermaksud, kurang bilangan ovulasi. Ada kajian mengatakan lelaki memerlukan 220 - 500mg zinc setiap hari, namun 40mg ialah jumlah yang disyorkan oleh badan kesihatan Australia dan New Zealand. Bagi wanita pula, 8mg sehari sudah mencukupi.
  4. Ada kajian menunjukkan rawatan kalsium bersama vitamin Dmemulihkan masalah kesuburan. Kajian ini menunjukkan bilangan sperma bertambah apabila pengambilan kalsium meningkat. Bagi wanita pula, PCOS, iaitu sejenis penyakit yang mengganggu kitaran ovulasi, boleh dipulihkan dengan pengambilan Kalsium dan Vitamin D.1000mg kalsium diperlukan dan 1000IU Vitamin D diperlukan setiap hari.
  5. Satu kajian bersama 150 wanita yang mempunyai masalah kesuburan menunjukkan, pengambilan 750mg vitamin C sehari, meningkatkan kesuburan. Selepas 6 bulan, kadar kesuburan kumpulan yang mengambil Vitamin C meningkat kepada 25%.

MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN BAGI MENINGKATKAN KESUBURAN

Kurangkan atau elakkan kafein kerana kafein menjejaskan kesuburan dan mungkin mengundang kepada keguguran. Teorinya ialah, ia mungkin mengganggu tahap hormon, yang akan meningkatkan rintangan insulin dan seteruenya mengganggu ovulasi.

Sumber : Reader's Digest's FOOD CURES

Suplemen yang disyorkan untuk masalah kesuburan ialah:

(ini ialah cadangan pengambilan, ia berbeza, bergantung pada tahap kesihatan setiap individu)

Shaklee Omega Guard

Omega-3 untuk kesuburan
Minyak ikan yang paling tulen dan selamat

Shaklee Sustained Release Vita-C

Vitamin C untuk kesuburan
Pembebasan Vitamin C sedikit demi sedikit ke dalam sistem badan. Jadi tubuh akan mendapat khasiat sekata dan kekal di dalam plasma darah selama 24 jam.


Shaklee GLA Complex

GLA Complex untuk kesuburan
Dari minyak Borage, sumber paling baik GLA, untuk menstabilkan hormon dan  menggalakkan pengeluaran servical mucous.

Shaklee OsteMatrix

Kalsium untuk kesuburan
Mengandungi Kalsium, Magnesium dan Vitamin D untuk penyerapan maksimum


Shaklee Zinc Complex

Zink untuk kesuburan
Membekal 15mg zinc dalam setiap tablet.


Untuk mengetahui lebih lanjut tentang rangkaian produk Shaklee dan ingin membuat pesanan, boleh hubungi saya di:

Anas Hasanah
Shaklee Independent Distributor
Member ID : 888236
Contact no: 019 559 7792
Fb Page : AnazDazzlingShoppe

*produk ini tidak bertujuan untuk diagnosis, menyembuh dan mencegah sebarang penyakit

VIVIX ~ PROMOSI SHAKLEE MEI


PROMOSI VIVIX masih berlangsung..
Cepat hubungi Pn. Anas untuk mendapatkan harga TERBAIK. Anda dapat berjimat sehingga RM140... Bagaimana nak dapatkan harga JIMAT ni??
Hubungi Pn. Anas 019 559 7792.

Wednesday, 1 May 2013

KURANG DARAH KETIKA HAMIL

Kurang darah ialah keadaan di mana kepekatan darah merah adalah kurang daripada biasa. Dalam istilah perubatan, seorang yang mengidap kurang darah mempunyai kepekatan darah merah kurang dari 9 gm peratus hemoglobin


Punca kurang darah:
Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan berlakunya keadaan itu. Antaranya ialah :-
  • Kurang memakan makanan mengandungi zat besi
  • Ibu yang kerap bersalin
  • Jangkitan cacing
  • Pendarahan dari faraj atau buasir
  • Lain-lain penyakit seperti jangkitan saluran kencing, penyakit limpa, demam malaria dan penyakit barah.
 Bagaimana mengetahui anda menghidap kurang darah?
Tanda - tanda yang biasa dirasa/dialami ialah:
  • Kelihatan pucat
  • Sentiasa rasa letih lesu
  • Rasa mahu pitam bila bangun
  • Sentiasa rasa pening
  • Bengkak kaki dan muka
  • Kebas kaki dan tangan
  • Rasa mengah dan hati berdebardebar

Bagaimana kurang darah boleh dikesan?Keadaan ini dapat dikesan awal jika datang klinik untuk pemeriksaan sebaik sahaja mengetahui yang diri anda mengandung. Semasa pemeriksaan, jururawat akan mengambil sedikit darah untuk ujian. Jika keputusan ujian ini menunjukkan kepekatan darah merah anda kurang dari 9 gm peratus , anda dianggap mengalami kurang darah. Kesan bila dipandang remeh:
  • Anda mungkin mengalami keguguran
  • Melahirkan anak tidak cukup bulan
  • Anak mati dalam perut
  • Melahirkan anak yang tidak cukup berat badan
  • Anda mudah mendapat jangkitan penyakit
  • Keluaran susu badan akan berkurangan
  • Mudah mendapat penyakit lemah jantung
  • Mudah mengalami tumpah darah selepas bersalin
  • Kesemua akibat-akibat tersebut mengancam kesihatan dan kesejahteraan ibu serta kandungan dan boleh membawa MAUT
 Cara Atasi:
  • Menjaga kebersihan diri
  • Makan makanan yang berzat setiap hari seperti sayur-sayuran hijau, biji-bijian, telur, ikan basah, daging hati, kerang dan tauhu
  • Rehat dengan cukup
  • Dapatkan rawatan awal dari klinik yang terdekat apabila mengalami tanda-tanda kurang darah.
  • Makan ubat yang diberi sebagaimana yang dinasihatkan
 ___________________________________________________
Dari segi makanan tambahan, Shaklee mengesyorkan pengambilan Vitalea utk
mengatasi Hb rendah... berikut testimoni yang mengamalkan Vitalea.





Shaklee BERBEZA sebab...
  • Vitalea mempunyai patented Sistem Penyerapan Bioaktif utk memastikan peningkatan penyerapan asid folid kritikal.
  • memberi 28 Jenis Vitamin yang penting dalam satu rumusan yg seimbang.
  • menguatkan fungsi otak
  • membantu proses metabolisme dgn vitamin2 B yg lebih seimbang
  • ambillah bersama Vitamin C bagi meningkatkan kadar penyerapan iron dalam tubuh. _____________________________________________________________

    Untuk mengetahui lebih lanjut tentang rangkaian produk Shaklee dan ingin membuat pesanan, boleh hubungi saya di:

    Anas Hasanah
    Shaklee Independent Distributor
    Member ID : 888236
    Contact no: 019 559 7792
    Fb Page : AnazDazzlingShoppe

    *produk ini tidak bertujuan untuk diagnosis, menyembuh dan mencegah sebarang penyakit
    Credit : MommaMia

Monday, 1 April 2013

PROMOSI APRIL 2013

BUY 6 NUTRIFERON FREE 1 NUTRIFERON

Apa anda dapat dengan pembelian dari blog ini?
  • Harga istimewa. Apa yang istimewa? Eh, kena la hubungi saya untuk dapatkan harga 'ittew'..
  • Konsultasi yang berterusan
  • Free gift
  • Dapat join group support untuk pengguna kami
Pembelian barangan Shaklee yang bernilai RM150.00 ke atas untuk bulan ini juga layak untuk mendapatkan pek PERCUMA Nutriferon. Ini semua bergantung selagi stok masih ada ye.. Terima Kasih....


SELALU TERKENA SELSEMA? DEMAM? BATUK?


MUNGKIN DISEBABKAN OLEH SALAH SATU DARI SEBAB DI ATAS


JADI JOM KITA GUNAKAN NUTRIFERON UNTUK TINGKATKAN SISTEM IMUNITI BADAN

NAK TAU LAGI APA YANG BEST TENTANG NUTRIFERON? BOLEH KLIK SINI


Untuk maklumat lanjut serta konsultasi, boleh hubungi Pn. Anas 019 559 7792 (CALL/SMS/WHATSAPP)



PANADOL VS NUTRIFERON

NUTRIFERON OH NUTRIFERON!!

Ada tak lagi sekarang ni orang yang tak pernah kenal panadol, tak pernah ambik panadol? Mesti ada jugak kan. Kita ni, sakit sikit telan panadol. padahal tak tahu pun apa yang ada dalam panadol tu dan apa kesan jangka panjang kat badan kita. Kat bawan ni nanti ada diterangkan jenis-jenis ubat tahan sakit yang selalu kita dengar atau kita guna.. Tapi sebelum tu jom kita kenali dulu apa itu sistem imuniti dalam badan

Kenali Sistem Imun Kita


Sistem imun adalah seperti tentera badan kita, yang melawan jangkitan dan penyakit-penyakit yang mengancam kesihatan dan kecergasan badan. Tanpa pertahanan ini, virus, bakteria, parasit, toksin, dan lain-lain patogen berbahaya akan menyerang badan kita, menjadikan badan kita lemah dan sakit. 


Sistem imun adalah sangat kompleks dan canggih. Ia mengesan pelbagai jenis patogen berbahaya dan membezakannya daripada sel-sel dan tisu-tisu yang sihat. Badan kita ni dicipta dengan begitu canggih sekali. Bala tentera yang sangat kompleks gitu. Bermula dari pertahanan pertama – KULIT. Tanpa lapisan perlindungan kulit, badan kita bukan je akan hancur, tetapi terdedah kepada toksin dan macam2 lagi. Kulit bukan je bertindak sebagai penghalang fizikal, tetapi juga menyediakan halangan kimia, kerana kulit ada keluarkan sebum anti bakteria. Ini dengan segera membunuh spora dan bakteria yang hinggap pada kulit. 


Hidung, mulut, dan mata semua tu adalah ‘jalan masuk’ kuman dalam badan kita, so ia juga menyediakan sistem pertahanan. 


Antara sistem pertahanan semulajadi badan: 


Hidung – mukus hidung mengandungi enzim yang dikenali sebagai lysozyme yang memecahkan dinding sel bakteria. 


Mulut – air liur mengandungi bahan anti bakteria. 


Secara ringkasnya, badan kita dijaga oleh SISTEM IMUNITI – menahan serangan kuman, bakteria, mikrob, parasit, patogen dan toksin! 


Sistem imun terdiri daripada thymus, limpa, sistem limfa, sumsum tulang, sel-sel darah putih, antibodi, dan hormon. Setiap komponen berfungsi dengan cara yang tersendiri untuk melawan penyakit dan jangkitan supaya kita sentiasa sihat. 


Sistem imun kita bekerja setiap hari, 24 jam tanpa henti… dan adakalanya ia breakdown.. apakah yang boleh menyebabkan sistem imun kita terganggu? Biasa kan orang kata “Musim hujan panas sekarang ni ramai orang demam..” Ya, perubahan cuaca dan iklim boleh memberi kesan kepada sistem imun. Begitu juga dengan faktor psikologi seperti stress.. apa lagi kalau makan benda2 merapu. 


Untuk mengetahui lebih lanjut tentang sistem imun dan kesannya pada badan, penyelidik Shaklee menjalankan kajian di Jabatan Mikrobiologi dan Imunologi, Weil Medical College, di Cornell University of Pediatrics. 


Kajian ini mempunyai dua matlamat. Yang pertama adalah untuk membangun dan mengesahkan cara baru untuk meneroka biologi virus dan fungsi imun dalam paru-paru manusia. Matlamat kedua adalah untuk menilai kesan campuran botani yang unik terhadap sistem imun. 


Hasilnya mendapati campuran botani terpilih meningkatkan interferon dalam tubuh untuk melawan penyakit tatkala tubuh kita sedang lemah. Maka lahirlah Nutriferon.


Dah kenal cara imunisasi badan bertindak, sekarang jom kita lihat pulak apa perkaitan nutriferon ni dengan sistem imunisasi badan..


APA NUTRIFERON??


NutriFeron merupakan satu-satunya pemakanan tambahan di U.S. yang dicipta oleh penemu interferon yang boleh menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi. Para saintis dan komuniti perubatan telah mengenalpasti interferon sebagai sesuatu yang amat penting bagi fungsi imun yang sihat.Apa itu interferon? Basically ianya adalah sejenis hormon yg berfungsi sebagai perisai penting dlm sistem pertahanan badan terhadap virus2...



MANFAAT utama nutriferon??

1. Mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari - ianya satu-satunya interferon semulajadi. Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu merangsang dan mempertingkatkan keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajad tubuh berfungsi untuk membunuh: T-cells, B-cells, dan makrofag.

2. Melawan kanser dan tumor - interferon semulajadi mengandungi polisakarida yg merangsang dan mengaktifkan immunoglobin melawan sel tumor dan cancer. Selain tu, ia juga mampu mengurangkan ketidakselesaan semasa kimoterapi

3. Melindungi dari influenza - ia mengimbangi kepada respon alergi persekitaran dn pencemaran udara, melindungi dengan berkesan daripada virus, mikrob, termasuk selesama, alergi, inflamasi dn influenza.

4. Meringankn stress dan kelesuan - meringankan kemudaratan disebabkan oleh keletihan, kelesuan, dan gaya hidup yang sibuk

5. Melambatkn penuaan - formula unik nutriferon merangsang pengeluaran makrofag untuk mengurangkn radikal bebas, virus dan kuman. Jadi sel akan jadi lebih sihat.

6. Mengurangkan infeksi oleh pesakit hepatitis b dan c - keberkesanan nutriferon dalam memerangi virus akan mengurangkan infeksi dan meminimumkan ketidakselesaan seperti kembung perut, mual, muntah dll

7. Mempertingkat monopous - hypertensi, tahap kolesterol tinggi, kitaran darah dan masalah lain berkaitan monopous akan menjadi lebih baik

8. Mempertingkatkan PMS - terbukti secara klinikal mengurangkan simptom yang terjadi akibat ketidakseimbangan sistem endokrin iaitu kekejangan waktu haid, sakit belakang, sakit breast, jerawat, kegelisahan, imsomnia dan mood swing


Kenali Sistem Imun Kita


Sistem imun adalah seperti tentera badan kita, yang melawan jangkitan dan penyakit-penyakit yang mengancam kesihatan dan kecergasan badan. Tanpa pertahanan ini, virus, bakteria, parasit, toksin, dan lain-lain patogen berbahaya akan menyerang badan kita, menjadikan badan kita lemah dan sakit. 



Sistem imun adalah sangat kompleks dan canggih. Ia mengesan pelbagai jenis patogen berbahaya dan membezakannya daripada sel-sel dan tisu-tisu yang sihat. Badan kita ni dicipta dengan begitu canggih sekali. Bala tentera yang sangat kompleks gitu. Bermula dari pertahanan pertama – KULIT. Tanpa lapisan perlindungan kulit, badan kita bukan je akan hancur, tetapi terdedah kepada toksin dan macam2 lagi. Kulit bukan je bertindak sebagai penghalang fizikal, tetapi juga menyediakan halangan kimia, kerana kulit ada keluarkan sebum anti bakteria. Ini dengan segera membunuh spora dan bakteria yang hinggap pada kulit. 


Hidung, mulut, dan mata semua tu adalah ‘jalan masuk’ kuman dalam badan kita, so ia juga menyediakan sistem pertahanan. 


Antara sistem pertahanan semulajadi badan: 


Hidung – mukus hidung mengandungi enzim yang dikenali sebagai lysozyme yang memecahkan dinding sel bakteria. 


Mulut – air liur mengandungi bahan anti bakteria. 


Secara ringkasnya, badan kita dijaga oleh SISTEM IMUNITI – menahan serangan kuman, bakteria, mikrob, parasit, patogen dan toksin! 


Sistem imun terdiri daripada thymus, limpa, sistem limfa, sumsum tulang, sel-sel darah putih, antibodi, dan hormon. Setiap komponen berfungsi dengan cara yang tersendiri untuk melawan penyakit dan jangkitan supaya kita sentiasa sihat. 


Sistem imun kita bekerja setiap hari, 24 jam tanpa henti… dan adakalanya ia breakdown.. apakah yang boleh menyebabkan sistem imun kita terganggu? Biasa kan orang kata “Musim hujan panas sekarang ni ramai orang demam..” Ya, perubahan cuaca dan iklim boleh memberi kesan kepada sistem imun. Begitu juga dengan faktor psikologi seperti stress.. apa lagi kalau makan benda2 merapu. 


Untuk mengetahui lebih lanjut tentang sistem imun dan kesannya pada badan, penyelidik Shaklee menjalankan kajian di Jabatan Mikrobiologi dan Imunologi, Weil Medical College, di Cornell University of Pediatrics. 


Kajian ini mempunyai dua matlamat. Yang pertama adalah untuk membangun dan mengesahkan cara baru untuk meneroka biologi virus dan fungsi imun dalam paru-paru manusia. Matlamat kedua adalah untuk menilai kesan campuran botani yang unik terhadap sistem imun. 


Hasilnya mendapati campuran botani terpilih meningkatkan interferon dalam tubuh untuk melawan penyakit tatkala tubuh kita sedang lemah. Maka lahirlah Nutriferon.



Ok, sekarang ni jom kita tengok apa jenis ubat tahan sakit yang selalu kita gunakan.. 

Beberapa jenis ubat tahan sakit

Ubat jenis narkotik


  • Codein, morphine
  • Ubat tahan sakit paling berkesan dan digunakan untuk kesakitan selepas pembedahan atau kecederaan yang serious dan hasil dari penyakit tertentu (barah)
  • Berfungsi di otak dengan menghalang isyarat sakit daripada dikesan oleh otak untuk diterjemah sebagai kesakitan.
  • Boleh menghasilkan kesan keterujaan yang boleh membawa kepada salah guna dan ketagihan. Oleh itu penggunaannya amat dikawal.
Ubat bukan narkotik
  • Aspirin, paracetamol, ubat antikeradangan bukan steroid (NSAIDs)
  • Tidak terlalu kuat sepeti jenis narkotik
  • Befungsi di saraf sakit pada kawasan kecederaan untuk menghalang dari isyarat sakit dihantar ke otak
  • Ubat jenis NSAIDs pula (cth: ibuprofen, naproxen, mefenamic acid) akan menghalang penghasilan ‘prostaglandin’ dan mengurangkan keradangan
  • Paracetamol
  • Ubat paling popular di pasaran untuk tahan sakit
  • Melegakan kesakitan yang ringan dan sembuh dalam sehari dua
  • Juga mengurangkan demam
  • Sesuai untuk kanak-kanak mengikut dos yang dicadangkan
  • Alternatif bagi individu yang alah pada Aspirin
  • Antara ubat tahan sakit paling selamat apabila diambil dengan betul serta boleh digunakan semasa mengandung dan ibu yang menyusukan anak kerana hanya sedikit sahaja ubat ini berpindah masuk ke dalam susu ibu.
  • Selalunya tidak memberikan kesan kerengsaan pada perut
  • Namun kesan dos berlebihan sangat berbahaya serta boleh mengakibatkan kerosakan kekal pada hati dan buah pinggang.
Aspirin
  • Juga dikenali dengan nama Actylsalicylic acid
  • Melegakan kesakitan minor and sakit-sakit otot, sendi, sakit kepala, sakit urat dan sakit luka kecederaan.
  • Melegakan sakit senggugut
  • Mengurangkan demam
  • Mengurangkan kesan keradangan. cth; pesakit arthritis/sakit sendi
  • Boleh membantu menghalang pembekuan darah yang abnormal (mengurangkan kejadian stroke berlaku)
  • Tidak sesuai digunakan untuk individu yang mempunyai pembekuan darah yang tidak normal
  • Tidak boleh digunakan semasa mengandung dan pesakit gout yang mudah sakit perut apabila mengambil ubat ini
  • Tidak sesuai untuk kanak-kanak dan remaja
  • Adakalanya menerukkan lagi keadaan asthma.
NSAIDs
  • cth; Mefenamic acid, Ketoprofen, Indomethacin dll
  • kerap digunakan untuk mengurangkan keradangan akibat terseliuh dan arthritis/sakit sendi
  • Digunakan untuk ubat tahan sakit semasa haid
  • Boleh menyebabkan ulser perut, maka jangan guna ubat ini jika anda mengalami ulser perut melainkan di bawah penjagaan doktor anda. Ambil bersama makanan untuk mengurangkan rasa perut tidak selesa semasa pengambilan ubat ini
  • Menerukkan lagi keadaan asthma
  • Kebanyakannya tidak digalakkan untuk digunakan semasa mengandung atau menyusukan bayi
Codeine
  • Digunakan secara kombinasi dengan aspirin atau paracetamol untuk melegakan kesakitan
  • Boleh juga digunakan untuk menghalang batuk
  • Boleh menyebabkan kepala pusing, loya, muntah, sembelit, dan sekat pernafasan.



Berminat untuk dapat produk nutriferon dengan harga istimewa, bolehlah menghubungi 019 559 7792 untuk maklumat lanjut dan konsultasi

Monday, 25 March 2013

ANDA PERLU MAKANAN TAMBAHAN

Makan dari dapur yang di masak sendiri tanpa menggunakan cili sos, tomato sos, kicap, mee yang dibuat sendiri, makanan yang dijeruk sendiri, perasa yang dibuat sendiri? Macam dalam drama Korea Jewel In The Palace tu.. (err.. i ni peminat drama ni tau.. banyak kali tengok pun tak jemu.. hihi..). itu beberapa contoh makanan yang selalu kita guna kat rumah la.. Nak buat sendiri? Boleh. Tak ada masalah. Tapi sukar.. Sebab kita hidup sekarang ni memang terkejar-kejar. Semua nak cepat. Tu tak masuk lagi makanan macam jajan, fast food semua tu.. Hmmm.. tu la antara penyebab utama kita semua ni perlukan pemakanan tambahan untuk tingkatkan kualiti hidup.. Bukan setakat badan aje nak slim, cantik. tapi dalaman pun nak jugak sihatnya.. Ok jom kita semak kenapa kita semua ni perlukan makanan tambahan..

Kesihatan menjadi idaman semua insan, semua insan mengakui sihat apabila diajukan soalan kepadanya, tapi hakikatnya kesihatan bukan dilihat secara zahir tetapi ia merupakan perkara rahsia kerana kita tidak dapat menjangkakan apa yang sedang berlaku kepada tubuh badan kita sehari-harian di zaman moden ini.Kenapa Pemakanan TambahanMakanan harian sepatutnya mengandungi zat-zat dan vitamin perlu untuk menjamin kesihatan tetapi malangnya kini ia terdedah kepada :
- pencemaran makanan dengan tambahan bahan kimia,
- pencemaran alam, makanan diproses oleh manusia,
- gaya hidup yang moden dan cepat / tidak sihat, seimbang
- pemakanan yang tidak seimbang.
- Selain bersenam dan amalan kesihatan lain ia tidak memadai jika tidak disertakan dengan program pemakanan tambahan.

Makanan tambahan bererti makanan seharian kita yang masih diperlukan untuk membentuk kesihatan yang benar-benar sempurna dan lengkap, untuk mengelakkan dan mencegah daripada menghidap penyakit. Ia merupakan langkah pencegahan dan berjaga-jaga bagi mereka yang mementingkan kesihatan, dan ingin hidup lebih lama, panjang umur ! Sihat & cergas untuk terus beribadah, bersama-sama orang-orang tersayang.
Nampaknya punca berlakunya penyakit ialah kesan tidak sempurna dan lengkapnya pemakanan, jadi ia perlukan makanan tambahan.

Mengapa Vitamin (Pemakanan Tambahan) Adalah Penting

Kerana Pemakanan Tambahan Adalah Keperluan Asas, Tiada Pilihan Lagi
- Tubuh kita perlukan dos yg lebih tinggi bagi sesetengah vitamin,
- Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin ditanam di atas tanah yg kurang subur,
- Mungkin berlaku kehilangan zat makanan semasa memasaknya,
- Gaya hidup kita mungkin mengganggu penyerapan zat makanan,
- Kepelbagaian makanan mungkin terhad dalam hidangan kita,
- Kita mungkin kerap makan di luar,
- Gaya hidup yang tidak aktif,
- Banyak stress di tempat kerja, di jalanan dll,
- Kerap demam atau jangkitan selesema dll
- Makanan kini digabungkan dengan bahan kimia, bahan awet, pewarna, perisa MSG dll.
- Peningkatan penyakit berkaitan diet (serangan jantung, kanser, kencing manis, tekanan darah tinggi, osteoporosis dll)

Siapa Yang Sangat Perlukan Vitamin ?

- Pengidap penyakit yg tenat,
- Org yg memelihara diet makanan,
- Org yg terlalu alahan 'alergi' dgn makanan,
- Kanak-kanak yg membesar,
- Remaja, pelajar sekolah yang meningkat usia,
- Wanita hamil dan ibu yg menyusukan,
- Warga tua,
- Ahli sukan,
- Pekerjaan yg stress tinggi,
- Selepas pembedahan,
- Pekerja shift,
- Mrk yg mencari kesihatan melalui pemakanan tambahan.


Sabda RasuluLlah (SallaLlahu alaihi wa sallam):
“ Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah dari pada mukmin yanglemah dalam setiap amal kebaikan" 
 credit : Grand Nanny E-Laila

Saturday, 23 February 2013

KELEBIHAN GRAPE SEED DALAM VITA E SHAKLEE

Kenapa Vitamin E Shaklee adalah yang terbaik di pasaran?
Kerana kini ditambah dengan GRAPE SEED/Biji anggur..

Kelebihan GRAPE SEED EXTRACT yang terkandung dlm pek baru VITA E COMPLEX SHAKLEE:

Mengikut kajian saintifik Minyak Biji Anggur terbukti amat berkesan untuk membantu mengatasi masalah KANSER serta amat baik untuk awet muda dan memelihara kecantikan badan jika mengamalkn secara konsisten.

Grape Seed Extract juga terbukti berkesan untuk menguatkan system imun badan, menurunkan paras kolestrol menghalang pembentukan darah beku, melegakan masalah berpunca daripada urat timbul, serta merencat pembengkakan dan keradangan.



KENAPA GRAPE SEED OIL?

Sebabnya dalam Minyak Biji Anggur terdapat Oligomeric Proantho Cyanidin(OPC) yang lebih tulin berbanding kumpulan fitonutrien yang lain,

OPC pula merupakan anti pengoksidaan yang paling berkesan dan mampu melindungi tisu-tisu daripada pelbagai kecederaan pengosidaan.

OPC juga adalah 50 kal ganda lebih kuat daripada Vitamin E dan 20 KALI GANDA LEBIH KUAT DARI VITAMIN C.

OPC berfungsi memusnahkan ‘radika bebas’ yang boleh memusnahkan badan manusia. Dalam erti kata lain, OPC inilah yang bertindak MEMBANTU MENGATASI MASALAH KANSER bagi mereka yang sedang mengalami masalah penyakit kanser atau bertindak sebagai benteng daripada serangan penyakit yang ditakuti itu.

Di samping itu, OPC yang amat kaya dengan protein terutamanya kalogen serta lebih kuat dari Vitamin E (50 kali ganda) dan C (20 kali ganda) menjadikannya sebagai makanan yang paling baik terhadap pembentukan sel dan tisu.

Sekaligus ia juga baik untuk awet muda dan memelihara kecantikan.

Selain daripada kehebatan Minyak Biji Anggur dari sudut kajian saintifiknya itu kelebihan anggur juga turut termuat d dalam At-Tibb An Nabawi (Perubatan Nabi), yang menyatakan bahawa anggur adalah sebaik-baik buah dan yang paling banyak manfaatnya.

Ianya berfungsi sebagai buah, minuman dan juga ubat. Tidak hairanlah jika di dalam Al-Quran disebut sebanyak 11 tempat mengena buah anggur.



Credit : MummyMaira Wardrobe