SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE (888236) NURHASANAH CHE MAT KAWASAN PUTRAJAYA, CYBERJAYA, DENGKIL, BANTING, NILAI DAN BBST

Sunday 26 May 2013

SHAKLEE DAN MASALAH KETIDAKSUBURAN

Pasangan mana yang tidak mahukan zuriat. Semua pasangan berkahwin mahukan anak dalam kehidupan. Ada yang kerana masalah ketidaksuburan menyebabkan pasangan beralih arah. Saling salah menyalahi antara satu sama lain. Memang zuriat itu rezeki dari Allah, namun sebagai manusia, kita diminta untuk berusaha untuk mendapatkan zuriat. Langkah pertama yang perlu anda dan pasangan lakukan adalah untuk mendapat pandangan dari pengamal perubatan. Ini kerana, penyebab ketidaksuburan adalah 40% datang daripada wanita itu sendiri, 40% daripada pihak lelaki dan 20% tidak diketahui sebab musabab berlakunya ketidaksuburan. Setelah didiagnos oleh pengamal perubatan, dan anda tidak mengalami masalah ketidaksuburan yang serius barulah anda disarankan untuk mendapatkan makanan tambahan untuk meningkatkan kesuburan masing-masing, suami isteri.

Sistem reproduktif manusia sangat sensitif. Bagi wanita, pertukaran hormon, organ reproduktif yang tidak normal, jangkitan, penyakit dan juga stress boleh membawa kepada ketidaksuburan.

Bagi lelaki pula, masalah ketidaksuburan biasanya disebabkan oleh kurangnya bilangan sperma dan motility sperma. Motility ialah keupayaan sperma untuk berenang ke arah telur.

Walaupun makanan berkhasiat dan suplemen tidak boleh  menyelesaikan kesemua masalah ketidaksuburan, namun ia boleh membantu meningkatkan kebarangkalian untuk hamil, kerana jika tubuh kita terpelihara dan cukup khasiat, ini menjadi asas yang kukuh kepada kehamilan yang sihat dan meningkatkan peluang kehamilan.



MAKANAN DAN NUTRIEN YANG DIPERLUKAN DALAM MASALAH KETIDAKSUBURAN


  1. Wanita dinasihati untuk  mengambil asid folik sebagai suplemen apabila merancang untuk  mengandung kerana asid folik boleh  mencegah sesetengah kecacatan janin. Namun, lelaki juga memerlukan asid folik. Pengkaji University of California menemui bahawa kekurangan Vitamin B boleh menyebabkan kekurangan bilangan sperma. Makan makanan yang kaya dengan folate (bentuk semulajadi asid folik) boleh membantu. Ambil 600mcg folate setiap hari. Ia bersamaan dengan 7-10 hidangan sayuran dan buah-buahan (terutamanya sayuran hijau) dan paling kurang 5 hidangan bijirin setiap hari.
  2. Tubuh kita memerlukan asid lemak omega-3 untuk menghasilkan hormon yang dipanggil eicosanoids, yang meningkatkan penyaluran darah ke uterus, dan seterusnya meningkatkan peluang hamil, juga membantu tumbesaran fetus. Omega-3 juga mengurangkan risiko kelahiran pramatang dan bayi kurang berat. Kita memerlukan1000mg omega-3 sehari, bersamaan dengan 70gm salmon.
  3. Kekurangan nutrien zinc pada lelaki boleh menyebabkan kurang bilangan sperma, kurangnya motility sperma, kurang air mani dan juga kemandulan. Kekurangan zinc juga mempengaruhi kesuburan seseorang wanita, kerana ia memanjangkan pusingan haid, bermaksud, kurang bilangan ovulasi. Ada kajian mengatakan lelaki memerlukan 220 - 500mg zinc setiap hari, namun 40mg ialah jumlah yang disyorkan oleh badan kesihatan Australia dan New Zealand. Bagi wanita pula, 8mg sehari sudah mencukupi.
  4. Ada kajian menunjukkan rawatan kalsium bersama vitamin Dmemulihkan masalah kesuburan. Kajian ini menunjukkan bilangan sperma bertambah apabila pengambilan kalsium meningkat. Bagi wanita pula, PCOS, iaitu sejenis penyakit yang mengganggu kitaran ovulasi, boleh dipulihkan dengan pengambilan Kalsium dan Vitamin D.1000mg kalsium diperlukan dan 1000IU Vitamin D diperlukan setiap hari.
  5. Satu kajian bersama 150 wanita yang mempunyai masalah kesuburan menunjukkan, pengambilan 750mg vitamin C sehari, meningkatkan kesuburan. Selepas 6 bulan, kadar kesuburan kumpulan yang mengambil Vitamin C meningkat kepada 25%.

MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN BAGI MENINGKATKAN KESUBURAN

Kurangkan atau elakkan kafein kerana kafein menjejaskan kesuburan dan mungkin mengundang kepada keguguran. Teorinya ialah, ia mungkin mengganggu tahap hormon, yang akan meningkatkan rintangan insulin dan seteruenya mengganggu ovulasi.

Sumber : Reader's Digest's FOOD CURES

Suplemen yang disyorkan untuk masalah kesuburan ialah:

(ini ialah cadangan pengambilan, ia berbeza, bergantung pada tahap kesihatan setiap individu)

Shaklee Omega Guard

Omega-3 untuk kesuburan
Minyak ikan yang paling tulen dan selamat

Shaklee Sustained Release Vita-C

Vitamin C untuk kesuburan
Pembebasan Vitamin C sedikit demi sedikit ke dalam sistem badan. Jadi tubuh akan mendapat khasiat sekata dan kekal di dalam plasma darah selama 24 jam.


Shaklee GLA Complex

GLA Complex untuk kesuburan
Dari minyak Borage, sumber paling baik GLA, untuk menstabilkan hormon dan  menggalakkan pengeluaran servical mucous.

Shaklee OsteMatrix

Kalsium untuk kesuburan
Mengandungi Kalsium, Magnesium dan Vitamin D untuk penyerapan maksimum


Shaklee Zinc Complex

Zink untuk kesuburan
Membekal 15mg zinc dalam setiap tablet.


Untuk mengetahui lebih lanjut tentang rangkaian produk Shaklee dan ingin membuat pesanan, boleh hubungi saya di:

Anas Hasanah
Shaklee Independent Distributor
Member ID : 888236
Contact no: 019 559 7792
Fb Page : AnazDazzlingShoppe

*produk ini tidak bertujuan untuk diagnosis, menyembuh dan mencegah sebarang penyakit

No comments:

Post a Comment