Bila sebut sahaja fibroid pun sudah rasa ngeri, macam mana kalau ada fibroid semasa mengandung?? lagi la rasa tak tentu arah. Saya sendiri pernah mendapat cyst sebanyak 3 kali. Cyst ni adik sikit pada fibroid. Kali pertama cyst pecah dalam uterus. Jadi terpaksa buat pembedahan kecemasan. Kali kedua buat laparoscopic dan yang ketiga saya makan ubat untuk stopkan period sebab saya berusaha untuk dapatkan anak. Mengikut Doc O&G saya, dia kata lagi banyak tebukan atau usikan pada kawasan peranakan, lagi sikit ovum yang akan tinggal. Jadi untuk kali ketiga saya mengambil suntikan untuk menghentikan haid. Oleh kerana cyst saya adalah jenis darah, bila tiada darah haid turun, cyst tu akan mengecut sendiri. Alhamdulillah. Syukur.
Jom tambah info tentang Fibroid. Terutama semasa mengandung.
Ramai yang menyangka fibroid berisiko kepada golongan wanita
berumur sekitar 30 tahun ke atas sahaja, namun sebenarnya ia boleh berlaku
kepada setiap wanita yang sudah mencapai umur akil baligh.
Kebanyakan
wanita tidak tahu bahawa mereka mempunyai fibroid kerana tidak mengalami gejala
atau tanda-tanda penyakit tersebut. Hanya 20 hingga 30 peratus sahaja yang
mungkin menunjukkan gejala yang dihadapi bergantung pada saiz, lokasi dan
bilangan fibroid.
Pakar Perunding Obsetrik dan Ginekologi Hospital
Pantai Kuala Lumpur, Dr. Adilah Ahmat berkata, wanita yang mempunyai fibroid
yang merupakan penyakit yang berkaitan dengan rahim, tidak perlu bimbang
tentang kehadirannya kecuali jika ia mendatangkan masalah kepada mereka.
Fibroid ialah sel-sel otot rahim yang
bergumpal dan bukan sejenis kanser. Hanya kurang satu peratus fibroid boleh
bertukar menjadi kanser yang dipanggil Sarkoma.
Lebih 50 peratus wanita mengalaminya,
namun daripada mereka tidak tahu pun mereka mempunyai
fibroid sehinggalah membuat pemeriksaan berkala dan doktor mengesahkan di dalam
rahim mereka terdapat ketulan fibroid," katanya ketika ditemui baru-baru
ini.
Begitupun,
ia tidak berbahaya bergantung kepada kedudukan dan saiznya. Fibroid boleh
berlaku sama ada dalam satu biji yang besar atau beberapa biji yang kecil
tetapi dalam bilangan yang banyak.
Beliau
menambah, tiada sebab-sebab dan punca-punca tertentu mengapa wanita mempunyai
ketulan fibroid di dalam rahim mereka kerana ia sendiri terdiri daripada otot
rahim.
Lazimnya,
fibroid membesar secara perlahan-lahan dan tanpa simptom. Lokasi fibroid di dalam rahim sama ada di luar,
tengah, dan dalam akan memberi gejala berbeza kepada penghidapnya dan sering
mempengaruhi gejala yang dialami oleh seseorang.
Dr.Adilah
berkata, terdapat lima jenis fibroid iaitu fibroid sidemucosa, fibroid
intramyometrium, fibroid subserosa, fibroid broad ligament, dan fibroid
servikal.
Jika fibroid bersaiz kecil, ia akan
melekat di dinding rahim sahaja (fibroid subserosa) tetapi
jika ia terbonggol ke dalam (fibroid sidemucosa), ia akan mengubah lapisan
tempat darah haid yang akan menyebabkan pengeluaran darah haid dalam jumlah
yang banyak.
Saiz Fibroid yang pelbagai |
Fibroid yang besar jika terbonggol ke
dalam akan menekan pundi kencing yang akan menyebabkan
masalah kencing seperti kerap kali hendak kencing atau sering kali tidak dapat
mengawal kencing.
Jika hal ini berterusan, air kencing
akan bertakung di dalam pundi kencing dan akan menyebabkan seseorang wanita itu
berisiko mendapat jangkitan kuman pada pundi kencing.
Jika membonggol ke belakang pula, ia
akan menekan saluran usus di belakang. Ia mungkin akan menyebabkan kesukaran
membuang air besar dan sembelit.
"Apabila
ini berlaku, sepatutnya mereka berjumpa doktor dengan segera untuk pemeriksaan
dan rawatan selanjutnya," katanya.
Beliau
menambah, wanita yang mengalami ketumbuhan fibroid masih boleh mengandung
kecuali ia tumbuh di bahagian servik dan sekiranya fibroid itu terlalu besar,
ia akan menyebabkan salur fallopio tersumbat sehingga seseorang itu sukar untuk
hamil.
Ibu yang mempunyai fibroid di dalam
rahim biasanya dinasihatkan bersalin secara pembedahan kerana bayi akan
bersaing untuk ruang dengan fibroid.
Bagaimanapun pembedahan membuang fibroid
tidak boleh dilakukan semasa proses bersalin. Ia akan
menyebabkan risiko pendarahan," katanya.
Dr.
Adilah menegaskan, sekiranya didapati ia tumbuh dalam saiz yang kecil pesakit
tidak digalakkan untuk membuangnya melalui pembedahan kerana dikhuatiri pada
masa akan datang akan wujud lagi ketulan-ketulan yang lain kerana benih yang
ada menyebabkan risiko tumbuh memang ada.
Jika ia tidak berbahaya, mengapa mahu
melakukan pembedahan berulang kali, Sebenarnya pada fasa menopous, fibroid akan
mengecut kerana wanita tidak lagi mengeluarkan hormon estrogen yang menggalakkan pembesaran ketulan fibroid.
Pembedahan juga agak berisiko kerana
akan mengakibatkan pendarahan yang banyak kerana rahim merupakan sumber bekalan
darah yang utama," ujarnya.
Ujarnya,
biasanya fibroid yang tidak mengganggu pesakit akan dibiarkan saja tetapi
saiznya yang semakin membesar dan keras akan menyebabkan pesakit tidak selesa. Fibroid perlu dirawat sekiranya ia mula
menunjukkan tanda-tanda tersebut.
Beliau
menambah, doktor akan mengesyorkan ia dibuang sekiranya saiz terlalu besar
sehingga menyebabkan perut kembung seperti orang mengandung yang menimbulkan
ketidakselesaan.
Pengeluaran
darah haid yang begitu banyak sehingga pesakit perlu dimasukkan bekalan darah
baharu kerana kekurangan darah, juga digalakkan untuk membuang fibroid.
Katanya,
fibroid yang terlalu terbonggol ke dalam sehingga terkeluar ke pintu rahim yang
boleh menyebabkan jangkitan kuman, juga perlu dibuang.
Katanya,
wanita perlu mengurangkan pengambilan produk berasaskan estrogen seperti susu,
kacang soya, ubi keladi dan produk kecantikan yang menggunakan estrogen sebagai
bahan utama selain amalan gaya hidup yang sihat.
- NURSYAMIMI SAIDI
No comments:
Post a Comment