SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE (888236) NURHASANAH CHE MAT KAWASAN PUTRAJAYA, CYBERJAYA, DENGKIL, BANTING, NILAI DAN BBST

Wednesday 10 October 2012

INGATAN BUAT DIRI YANG LUPA - By Ebit Lew

Jom kita nasihat anak kita belajar2 kata-kata Nabi SAW. Ianya penuh dengan nur yang menerangi hati umat ini.

Abdullah Ibnu Abbas menceritakan suatu hari aku membonceng satu tunggangan di belakang Nabi SAW,

Lantas Nabi SAW bersabda'

Wahai anak, sesungguhnya aku akan ajarkan kepada kamu perkara penting,

Peliharalah (perintah) Allah nescaya dia akan memelihara kamu

Jagalah hak Allah, nescaya kamu akan dapati ALLAH didepan kamu ( Pertolongannya sentiasa bersama kamu)

Apabila meminta,mintalah pada Allah. Apabila memohon pertolongan maka hanya pohon kepada Allah.

Ketahuilah jika semua umat ini berkumpul untuk memberi manfaat kepada kamu, sekali-kali mereka tidak akan memberi manfaat kepada kamu melainkan manfaat yang telah ditakdirkan oleh Allah untuk kamu.

Jika mereka berkumpul untuk memberi apa-apa mudharat kepada kamu, sekali-kali ia tidak akan memberi mudarat kepada kamu melainkan sesuatu mudarat yang telah ditakdirkan oleh Allah untuk kamu

Pena telah diangkat dan tintanya telah kering yakni tidak mungkin berlaku perubahan dalam keputusan takdir.( tirmizi)

Bagaimana nasihat kita kepada anak-anak kita. Ya ALLAH bangunkan orang Islam dengan nasihat dan percakapan tentang Allah-

Teringat Hj Abdul Wahab suka kata, Amerika tiada kuasa, Allah yang berkuasa. Bom , atom tiada kuasa , Allah yang berkuasa.
Wahai ahli batil, jangan kamu ganggu kerja dakwah kerana bersama orang yang buat kerja ini ialah Allah.
Jika orang yang niat dakwah dan sentiasa membesarkan Allah. Bersamanya ialah Allah. melawan dan menghinannya seperti berlawan dengan Allah. Semoga Allah memberi hidayat kepada seluruh manusia- ebit lew

1 comment:

  1. Terima kasih atas perkongsian. Disini saya kongsikan ceramah ustaz ebit lew yang terbaik. Semoga semua dapat manfaat dari ceramahnya. Jom share ramai-ramai:

    https://www.youtube.com/watch?v=kh8BKO1dl7U

    ReplyDelete