SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE (888236) NURHASANAH CHE MAT KAWASAN PUTRAJAYA, CYBERJAYA, DENGKIL, BANTING, NILAI DAN BBST

Saturday 28 September 2013

SEMBELIT : BAYI DAN KANAK-KANAK

Sembelit bukanlah satu penyakit. Namun kesakitan dan kesukaran untuk membuang air besar di kalangan bayi dan kanak-kanak memberikan rasa tidak selesa kepada mereka.

Tanda-tanda Sembelit
Anak-anak menangis dan menunjukkan rasa resah dan tidak seleasa ketika membuang air besar.
Bagi kanak-kanak yang lebih besar akan mengadu rasa sakit atau mereka kelihatan meneran ketika sedang membuang air besar.
Selain itu, najis mereka kelihatan kering, keras, berbiji-biji seperti biji kacang. Kentut dan najis mungkin berbau lebih busuk.
Kekerapan membuang air besar juga kurang daripada tiga kali dalam seminggu. Mereka tidak mempunyai selera untuk makan dan perut menjadi kembung.

Punca Sembelit
Punca utama berlakunya sembelit ialah susu formula. Bayi yang diberikan susu formula mudah mendapat sembelit berbanding bayi yang diberikan susu ibu kerana susu formula sukar dihadamkan dan diserap masuk ke dalam usus.

Begitu juga jika bayi yang mula diberikan makanan separuh pejal juga mudah sembelit. Usus mereka yang tidak matang masih belum dapat berfungsi sepenuhnya dengan baik. Jadi pastikan makanan separuh pejal yang hendak diberikan adalah makanan yang lembut dan mudah dihadam. Banyakkan kandungan air dalam makanan itu ketika menyediakannya.

Bayi dan kanak-kanak yang tidak berselera untuk minum susu kerana demam, selsema, jangkitan pada tekak dan mula tumbuh gigi mudah mengalami sembelit kerana kekurangan air dalam badan atau disebut dehidrasi.

Bagi mengelakkan dehidrasi yang berterusan, selalunya tubuh akan menyerap lebih banyak air dari najis bagi menampung kekurangan air dalam badan. Ini menyebabkan najis menjadi kering dan keras. Akhirnya najis disimpan lebih lama dalam usus besar dan berlakunya sembelit.

Tip Atasi Tanpa Ubat
Bagi ibu bapa yang mahu mengelakkan pemberian ubat, dicadangkan melakukan perkara berikut :

  1.  Baringkan bayi dengan kaki ke atas dan cuba lakukan pergerakan seolah-olah sedang mengayuh basikal di udara. Ini akan merangsang pergerakan najis dalam usus.
  2. Jika bayi yang berusia lebih enam bulan ke atas dan menyusu susu formula. Boleh diberikan makanan separuh pepejal seperti lobak yang dikisar dan disediakan secara segar. Berikan pada kadar yang berpatutan dan minta nasihat doktor. Ini akan menambah kandungan serat dalam pemakanan dan memudahkan mereka buang najis dengan lebih mudah.
  3. Bagi kanak-kanak yang berumur satu tahun ke atas boleh diberikan air buah-buahan seperti tembikai atau air mineral suam dalam kadar yang berpatutan. Memberikan jus betik yang dikisar juga sangat baik untuk mereka, kerana selain mempunyai banyak serat, betik juga mengandungi bahan semula jadi yang dapat merangsang pergerakan usus. 
Jika ibu bapa telah mencuba langkah-langkah tersebut tetapi tidak berjaya, maka bolehlah mendapakan nasihat doktor.

No comments:

Post a Comment