SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE (888236) NURHASANAH CHE MAT KAWASAN PUTRAJAYA, CYBERJAYA, DENGKIL, BANTING, NILAI DAN BBST

Saturday 28 September 2013

CARA BANTU UNTUK DAPATKAN ANAK YANG SOLEH

Credit : Dato' Dr Dato' Dr. HajiFadzilah

As salamu'alaikum shbt tersayang. Ramai yg mohon tip kaedah didik anak menjadi soleh. Pesan Nabi saw: Anak2 yg nakal atau degil semasa kecil, akan menjadi org dewasa yg bijaksana. So tukar paradigma kita ttg anak kita itu. Fikir & kata2 ibubapa/ guru adalah DOA YG MAKBUL. Sabda Nabi SAW: Allah bertindak seperti mana yg di fikirkan oleh hambaNya.

Di antara perkara yg kita boleh lakukan utk bantu anak2 menjadi insan yg soleh:

1. Sentiasa berdoa utk mendapat anak yg soleh. Doa itu senjata terpenting org yg beriman.

2. Didik anak ttg solat & ibadah yg lain sejak kecil. Setelah beri ingatan & amaran, wajar rotan anak yg tak solat di umur 10 thn. Ramai ibubapa yg rotan anak atas berbagai kesalahan, tapi tak sampai 10% ibubapa yg rotan anak sbb tak solat!!!

3. Biasakan anak mengamalkan sunnah2 harian-- mkn & minum, amalan di bilik air, amalan berpakaian, tertib belajar, pergaulan, tertib tidur, dll

4. Pastikan anak2 makan mlm sebelum maghrib spt yg Nabi saw sarankan supaya mudah belajar waktu mlm. Mkn malam lepas maghrib buat anak mudah letih & mengantuk bila belajar. Makanan hadam sekitar 1- 1 1/2 jam selepas makan. So anak boleh belajar dgn berkesan & fokus jika belajar 11/2 jam selepas mkn mlm. Pastikan anak kurang makan daging merah, banyakkan daging putih spt ayam & ikan. Daging merah buat anak irritable & agresif. Pastikan mrk MAKAN BUAH2AN SBLM MAKAN NASI agar badan dpt serap Vit C yg ada dlm buah2an. Vit C membantu tenangkan fikiran anak di samping jaga kulit. Mkn buah selepas mkn nasi adalah amalan yg sia2 sbb badan tak dpt serap nutrien dlm buah2an bila perut dah kenyang!

5. Banyakkan memeluk & memuji anak2. Anak yg sering di peluk & di puji/ belai akan tenang, kurang degil, rasa selamat & di sayangi & tak perlu nak buat nakal utk tarik perhatian ibubapa.

6. Pesan kpd anak utk menghadap Qiblat semasa belajar/ mengaji. Ini akan tingkatkan keberkatan dlm belajar.

7. Beri anak supplemen yg dpt menguatkan minda, tenangkan fikiran & stabilkan emosi. Cuba dapatkan EXCEL SUPREME atau supplemen lain mengikut pilihan anda.

8. Cari peluang berjumpa guru2 anak di Sek tempat dia belajar. Minta nasihat & bimbingan ttg cara nak bantu anak belajar di rumah.

9. Bacakan di kepala anak: Fatehah, ayar qursi dan surah al Insyirah utk rangsang otak & memori anak dan jadikan dia anak yg tenang, baik akhlak, rajin ke sek & pintar. Bacakan waktu mlm masa anak nak belajar atau waktu anak nak pergi ke sek atau bila2 masa yg sempat.

10. Elakkan anak memakai pakaian berwarna merah atau orange. Ikut kajian, warna merah dan orange akan rangsang anak jadi agresif dan hyperaktif.

11. Suruh anak tidur mengiring kekanan agar otak jadi lebih pintar, puas tidur & ikut sunnah Nabi.

12. Pastikan rezki yg ibubapa terima benar2 berkat dgn mengelakkan perkara haram & syubahat & keluarkan zakat pendapatan & zakat emas perak jika berkenaan. Rezki yg kurang berkat juga jadi punca anak jadi agresif & extra nakal.

13. Kenali kwn2 anak & ziarah ke rumah mrk utk berkenalan dgn ibubapa kwn2 anak.

14. Doakan guru2, kwn2 anak & jiran kita agar cemerlang & soleh. In sya Allah akan di aminkan Malaikat & Malaikat akan doakan kita MENDAPAT APA YG KITA DOAKAN UTK ORG LAIN!

15. Anak tak ingat apa yg ibubapa tuturkan, tapi anak mudah ingat apa yg ibubapa pamerkan. Justeru, ibubapa wajib pamerkan amalan & peribadi yg Allah redha.

16. HARAMKAN SEMUA PERKATAAN NEGATIF (spt bodoh, jahat, degil, malas, bengong, goblok!) dlm rumahtangga. Kata2 ibubapa merupakan doa!

17. Padam semua kata2 negatif yg pernah di sebut kpd anak2 dgn memohon maaf & memuji anak dgn jelas. Cthnya: Abah minta maaf sbb kata kamu bodoh. Sebenarnya anak abah ni pandai-- buat homework sblm abah suruh, solat sblm ibu berleter, layan adik dgn baik & tak herdik2. Ikut kajian psikologi: Satu pujian yg jelas akan MEMADAM 300 KUTUKAN YG LALU! Maha suci Allah SAWT.

18. Ibubapa takkan mampu MENGUBAH ANAK2! Tapi bila ibubapa berubah, Allah akan ubah anak2. Justeru, ibubapa overhaul diri secara bersepadu agar Allah ubah anak2 jadi hebat & cemerlang.

19. Ibubapa JGN MENGHARAP ANAK2 BERUBAH, SBLM IBUBAPA BERUBAH DULU!

20. Setelah melakukan yg terbaik mengikut kemampuan, KITA BERSERAH KPD ALLAH SWT.

21. Saya BERPESAN KPD DIRI SAYA & KPD SEMUA SHBT TERSYG UTK SAMA2 BERUSHA utk mendidik anak menjadi anak2 yg Allah redha. Aameen, wassalam.

SEMBELIT : BAYI DAN KANAK-KANAK

Sembelit bukanlah satu penyakit. Namun kesakitan dan kesukaran untuk membuang air besar di kalangan bayi dan kanak-kanak memberikan rasa tidak selesa kepada mereka.

Tanda-tanda Sembelit
Anak-anak menangis dan menunjukkan rasa resah dan tidak seleasa ketika membuang air besar.
Bagi kanak-kanak yang lebih besar akan mengadu rasa sakit atau mereka kelihatan meneran ketika sedang membuang air besar.
Selain itu, najis mereka kelihatan kering, keras, berbiji-biji seperti biji kacang. Kentut dan najis mungkin berbau lebih busuk.
Kekerapan membuang air besar juga kurang daripada tiga kali dalam seminggu. Mereka tidak mempunyai selera untuk makan dan perut menjadi kembung.

Punca Sembelit
Punca utama berlakunya sembelit ialah susu formula. Bayi yang diberikan susu formula mudah mendapat sembelit berbanding bayi yang diberikan susu ibu kerana susu formula sukar dihadamkan dan diserap masuk ke dalam usus.

Begitu juga jika bayi yang mula diberikan makanan separuh pejal juga mudah sembelit. Usus mereka yang tidak matang masih belum dapat berfungsi sepenuhnya dengan baik. Jadi pastikan makanan separuh pejal yang hendak diberikan adalah makanan yang lembut dan mudah dihadam. Banyakkan kandungan air dalam makanan itu ketika menyediakannya.

Bayi dan kanak-kanak yang tidak berselera untuk minum susu kerana demam, selsema, jangkitan pada tekak dan mula tumbuh gigi mudah mengalami sembelit kerana kekurangan air dalam badan atau disebut dehidrasi.

Bagi mengelakkan dehidrasi yang berterusan, selalunya tubuh akan menyerap lebih banyak air dari najis bagi menampung kekurangan air dalam badan. Ini menyebabkan najis menjadi kering dan keras. Akhirnya najis disimpan lebih lama dalam usus besar dan berlakunya sembelit.

Tip Atasi Tanpa Ubat
Bagi ibu bapa yang mahu mengelakkan pemberian ubat, dicadangkan melakukan perkara berikut :

  1.  Baringkan bayi dengan kaki ke atas dan cuba lakukan pergerakan seolah-olah sedang mengayuh basikal di udara. Ini akan merangsang pergerakan najis dalam usus.
  2. Jika bayi yang berusia lebih enam bulan ke atas dan menyusu susu formula. Boleh diberikan makanan separuh pepejal seperti lobak yang dikisar dan disediakan secara segar. Berikan pada kadar yang berpatutan dan minta nasihat doktor. Ini akan menambah kandungan serat dalam pemakanan dan memudahkan mereka buang najis dengan lebih mudah.
  3. Bagi kanak-kanak yang berumur satu tahun ke atas boleh diberikan air buah-buahan seperti tembikai atau air mineral suam dalam kadar yang berpatutan. Memberikan jus betik yang dikisar juga sangat baik untuk mereka, kerana selain mempunyai banyak serat, betik juga mengandungi bahan semula jadi yang dapat merangsang pergerakan usus. 
Jika ibu bapa telah mencuba langkah-langkah tersebut tetapi tidak berjaya, maka bolehlah mendapakan nasihat doktor.

SOAL JAWAB : MASALAH PERUT BUNCIT SETELAH BERSALIN

S: Selepas bersalin, saya dapati agak sukar untuk kembali ke rupa bentuk asal terutama bahagian perut. Bagaimanakah perkara ini boleh berlaku?

J : Sewaktu mengandung, bahagian perut mengalami perubahan yang paling ketara. Bayangkan perut membesar dalam masa sembilan bulan sahaja. Kebanyakan wanita akan mengalami 'strechmark' yang ketara. Setelah melahirkan anak pula, perut terus mengecil. Akibatnya kulit yang teregang tadi kelihatan kendur dan menggeleber.

===========================================================

S : Adakah rawatan yang selamat untuk mengurangkan perut buncit tanpa surgeri?

J : Rawatan yang sesuai untuk mengembalikan ketegangan kulit adalah :
  • Rawatan radiofrekuensi di mana kulit akan dilalukan dengan plat yang panas supaya suhu dinaikkan ke paras 40 darjah selsius. Pada tahap ini, lemak akan pecah, kolagen akan bertambah pada kulit dan kulit akan menegang semula. Rawatan ini dilakukan seminggu sekali sehingga menampakkan kesan positif.
  • Pemakaian bengkung yang sesuai selepas rawatan radiofrekuensi selama enam hingga lapan jam untuk membantu perjalanan sistem limfatik.
  • Rawatan Zerona iaitu laser yang membantu mengeluarkan lemak dari sel lemak. Kulit yang dikenakan cahaya laser Zerona, pintu sel lemak akan terbuka dan lemak akan keluar dari sel lemak. Proses ini mampu mengecilka sel lemak. Rawatan ini perlu dilakukan tiga kali seminggu selama tiga minggu berturut-turut diikuti pemakanan berkalori rendah.
  • Pil plasenta boleh diambil untuk meningkatkan tahap kolagen dalam badan dan memperbaharui kolagen pada kulit.
=======================================================

S : Adakah cara untuk mengelakkan perut buncit daripada berlaku?

J : Kesemua wanita akan mengalami masalah ini selepas melahirkan anak. Namun begitu, penjagaan semasa mengandung amat penting supaya badan kembali pada sedia kala.

Pastikan berat badan tidak naik mendadak sewaktu mengandung iaitu kenaikan normal antara 10-15 Kg dalam masa sembilan bulan. 

Jaga Pemakanan sewaktu mengandung. Jangan makan berlebihan dan kurangkan makanan yang berkalori tinggi. Apabila perut sudah membesar, gunakan 'tummy support' supaya perut tidak menggeleber.

Sapukan krim atay minyak seperti Belli Oil untuk mengurangkan strechmark

Lakukan senaman ringan sewaktu mengandung dan teruskan aktiviti sihat. 

Jangan merokok kerana rokok akan menambahkan toksin dalam badan dan menyebabkan kulit kendur dan berkedut. Ambil multivitamin dan pil minyak ikan tinggi DHA dan EPA.

====================================================

Penyelesaian yang diberi banyak menggunakan rawatan yang mahal dan berterusan. Namun bersama Shaklee, tidak banyak yang perlu dibelanjakan. Dapat pula bonus kebaikan untuk kesihatan. Antara produk untuk menguruskan perut buncit selepas bersalin adalah dengan pengambilan 
  • Lecithin (untuk memecahkan lemak)
  • Omega Guard (mengawal selera makan dan membekalkan DHA dan EPA yang tinggi)
  • Alfalfa (membawa lemak-lemak serta toksin-toksin dari bahan pengawet, perasa, pemanis dan pewarna tiruan keluar dari badan)
  • Vitamin C (percepat sembuh luka dan mengikat kolagen untuk elakkan strechmark)
  • Vita lea (multivitamin untuk keperluan badan)
  • B complex (untuk mengelakkan stress dan mengembalikan seri wajah dari kusam) 
  • Collagen (elakkan perut yang bersalin daripada menggeleber). 
Kepada yang berminat untuk dapatkan set produk Shaklee dengan harga mampu milik, boleh hubungi Pn. Anas : 019 559 7792. Pembelian dengan saya akan melayakkan anda untuk mendapatkan konsultasi, jadual pemakanan supplement lengkap, perkhidmatan selepas jualan, dijemput ke group facebook ekslusif dan free gift istimewa. ;)

BAHAYA BAYI TIDAK MENANGIS KETIKA DILAHIRKAN

Bahaya bayi tidak menangis ketika dilahirkan. Orang tua-tua menyatakan bayi yang lahir menangis kerana takutkan syaitan dan jin yang jahat yang menunggu di alam dunia. Namun perubatan moden menyatakan bayi yang lahir perlu menangis untuk menggalakkan fungsi paru-paru untuk bersedia menerima oksigen. Ini kerana, semasa di alam rahim, bayi mendapatkan bekalan oksigen melalui uri (plasenta). Setelah dilahirkan, bayi ini perlu menangis untuk membuka rongga pernafasan dan menyedut udara ke dalam paru-paru.

kegagalan bayi untuk menangis ketika dilahirkan menyebabkan belakan oksigen tidak dapat sampai ke otak dan menyebabkan otak bayi mengaami kerosakan.

Jadi, istilah yang digunakan adalah Neonatal Encepahalopathy. Istilah ini menggambarkan 'masalah saraf yang dihadapi oleh bayi sejak kelahirannya. Menyebabkan bayi itu sukar bernafas secara normal, tidak mempunyai kekuatan otot dan refleks otot, mempunyai tahap kesedaran yang tidak normal dan selalunya mengalami sawan'.

Masalah saraf ini boleh berlaku atas pelbagai sebab, sama ada ketika hamil, sedang melahirkan atau setelah dilahirkan. Tetapi jika masalah kerosakan saraf pada bayi akibat oksigen tidak cukup, ia dinamakan sebagai Hypoxic Ischemic Encephalopathy (HIE).


Bagi memahami prognosis atau masa depan bayi yang mengalami kekurangan oksigen dan tidak menangis ketika dilahirkan, seorang doktor harus memeriksa saraf bayi itu ketika berada dalam NICU.

Bukan setakat itu saja, banyak lagi pemeriksaan yang melibatkan pengambilan darah, pemeriksaan EEG dan sebagainya. Pendek kata, kadang kala kita tidak sampai hati dengan penderitaan bayi ketika menjalani pemeriksaan-pemeriksaan tersebut. Walaubagaimanapun, pemeriksaan ini amat penting.

Dianggarkan 15-20% bayi yang lahir dengan masalah ini akan meninggal dunia sama ada ketika dilahirkan atau sebelum berumur setahun. Sementara 25-30% bayi yang hidup menghadapi masalah saraf apabila besar dan mengalami masalah cerebral palsy, mental retardation dan kesukaran belajar.


Terdapat tiga peringkat kerosakan otak (encephalopathy) di kalangan bayi yang dilahirkan.

Stage 1
  • Untuk beberapa hari selepas kelahiran, kekuatan otot (muscle tone) mungkin akan lebih sedikit. Ini bermakna, apabila kita cuba merenggangkan tangan, bayi seolah-olah cuba 'melawan'. Beberapa ujian refleks (deep tendon reflexes) yang dilakukan oleh doktor menunjukkan tanda yang berlebihan (brisk). Beberapa hari kemudian, kekuatan dan reflex menjadi normal.
  • Bayi juga mungkin kelihatan lemah untuk menyusu, mudah menangis dan menjerit kuat ketika terjaga. Apabila tidur, ia tidur dengan nyenyak dan lama.
  • Pemeriksaan saraf lain mungkin normal.
  • Pemeriksaan electroencephalogram juga normal.

Stage 2
  • Bayi kelihatan letih, kekuatan ototnya lemah dan pemeriksaan deep tendon reflexes menjadi negatif.
  • Bayi mungkin sudah tidak berdaya menghisap susu lagi.
  • Bayi diserang sawan dalam masa 24 jam dilahirkan. Kadangkala sukar bernafas ketika tidur.
  • Jika keadaannya bertambah baik dalam masa 1-2 minggu, InsyaAllah ada kemungkinan bayi tidak menghadapi masalah saraf ketika dewasa.

Stage 3
  • Bayi kelihatan pengsan dan tidak sedarkan diri. Ia tidak respon terhadap ransangan.
  • Mengalami kesukaran bernafas dan mungkin memerlukan bantuan mesin ventilator
  • Pemeriksaan EEG menunjukkan tiada gelombang yang aktif.

 Menurut satu kajian, bayi yang berada dalam kategori Stage 3 atau Stage 2 melebihi seminggu, atau pemeriksaan EEG masih tidak normal pada umurnya tujuh hari, selalunya akan mengalami masalah saraf di kemudian hari atau meninggal dunia.

Oleh itu, pemeriksaan saraf pada umur 12 bulan amat penting bagi menentukan sama ada bayi mengalami rencatan otak (mental retardation), telah boleh bergerak (meniarap, merangkak, bangun dan berjalan dengan sokongan atau bantuan) dan sama ada bayi boleh diberikan makan dengan mudah.

Ramai yang mahu mengetahui masa depan anak meraka. Terutama apabila anak mereka tidak menangis ketika dilahirkan. Terlalu sukar untuk diandaikan. Namun ada kajian yang dilakukan dimana dikatakan secara purata kanak-kanak yang tidak bergerak dan diberikan makanan melalui tiub di hidung hidup sehingga tujuh tahun. Satu lagi kajian yang diterbitkan didalam jurnal paediatric menyatakan 80% kanak-kanak yang menghadapi kerencatan otak (severe cognitive impairment) tetapi boleh bergerak dengan bantuan, boleh hidup sehingga 18 tahun dan kebanyakkannya boleh survive sehingga umur 35 tahun. 

Kajian ini menyokong terhadap kajian sebelumnya. Jika kanak-kanak itu mampu bergerak (dengan bantuan) insyaAllah umurnya panjang. Cuma kualiti hidup mereka terjejas kerana terpaksa bergantung kepada pembantu. 

Semoga Allah tidak menguji kita dengan ujian berat dan semoga Allah membantu ibubapa yang bersusah payah membesarkan anak yang mengalami masalah ini. Amin...

Wallahua'lam.

Credit : drzubaidi.com